Pesanan Penaja

Saturday, April 16, 2011

Kenapa Aku tak Minat Berbincang Pasal Politik?

sekadar gambar hiasan... :P

     Apa berita yang 'Hot' hari ini? semestinya pasal pilihan raya kecil negeri Sarawak di mana Barisan Nasional berjaya mengekalkan kecemerlangan dengan menguasai 55 daripada 71 kerusi (merosot daripada 2006,menang 62 kerusi), manakala DAP pula berjaya menambah kerusi kepada 12 kerusi (daripada dulu 6 kerusi) dan PKR dan calon bebas mendapat masing-masing 3 (naik 2 kerusi) dan 1 dan PAS serta SNAP mungkin hampa kerana tewas kesemua kerusi yang dipertandingkan.

     Tapi apa yang aku nak fokuskan sekarang bukanlah pasal pilihan raya kecil ini, kerana aku memang takkan menceritakan hal-hal politik (kecuali neutral) dalam blog ini. Aku nak beritau sebab mengapa aku tak berminat berbincang pasal politik sama ada dalam blog ini mahupun bersama kawan-kawan. Jom bace lagi :)
DI BLOG

1. Pembaca blog ini bukannya terdiri daripada satu pihak parti politik, ada yang menyokong Barisan, ade yang menyokong Pakatan.. So, xboleh la aku menyiarkan pandangan aku pasal politik, isu semasa berkaitan dengan politik di sini.

2. Bukan semua pembaca blog yang berminat dengan politik. Malah ramai yang tak berminat pun especially pembaca 'bawah umur' atau sebahagian pembaca perempuan (lelaki memang lebih berminat dengan politik berbanding dengan perempuan). So, macam sia-sialah aku post pasal hal-hal politik neyh! :P

3. Aku bukannya blogger 'annonymous' yang tak letak maklumat peribadi,muka,laman peribadi facebook dalam blog dan gemar menulis entri pasal politik memanjang.. So, kalaulah seseorang itu buat entri pasal politik.. takut tak pasal-pasal jadi masalah...

parti politik utama di Malaysia

BERSAMA DENGAN MEMBER

1. Seperti yang aku beritahu bagi point blog, bukan semua kawan aku berpihak kepada satu saja parti politik. Malah bermacam-macam. lagi-lagi di UiTM ni.. jangan ingat walaupun UiTM tempat aku belajar ini milik kerajaan, tetapi boleh dikatakan lebih dari separuh bukan penyokong kerajaan. Tak caye? (opss.. dah mula la aku citer pasal politik.. eishh.. jangan nas.. stop di sini)

2. Apabila bersembang pasal politik bersama dengan kawan-kawan yang mempunyai pandangan politik tertentu, mesti menjadi masalah dalam komunikasi. Contoh, si A bercerita pasal video seks anwar ibrahim dan mengatakan ia daripada tipu helah parti BN (atau berita sebaliknya) tetapi mesti kawan yang pro kerajaan membantah sama ada berbalas hujah, saja-saja 'mengiakan' apa yang kawan cakap, ataupun senyap tapi dengan muka agak masam dan tak puas hati. kan xbest cenggitu....?

3. Kita  kan masih lagi sebagai pelajar (kecuali mereka yang sudah bekerja.. hehe), tak payah la serius sangat bincang pasal politik nih.. banyak lagi bende yang kita boleh bincang.. seperti pelajaran, isu semasa, mengatasi masalah yang dihadapi oleh orang Melayu (cth ekonomi, buang anak,hiburan berlebih-lebihan,tak solat!) jauh lebih bermanfaat berbanding politik nih.

4. Peribadi. Aku sendiri agak rimas kalau mendengar bende2 pasal politik nih... Kalau ya pun,aku lebih mengambil pendekatan neutral...

Tak salah berpolitik.. cuma mestilah kena dengan caranya... sebab politik juga salah satu cabang dari Islam iaitu dari segi memilih pemimpin. So,sebelum aku nak sambung study utk final exam ni, aku nak beritahu sedikit kriteria dalam memilih pemimpin...

a) mengajak bertaqwa kpd Allah
b) Adil kpd semua orang dan tak memlilih bulu
c) menegakkan amar makruf nahi mungkar
d) mengukuhkan tali persaudaraan
e) bermusyawarah dalam membuat keputusan penting dalam masyarakat
f) berwawasan,berpengetahuan luas dan mencintai ilmu pengetahuan
g) Teguh pada pendirian dan sabar mengadapi ujian

kita juga pemimpin tau, khalifah di muka bumi.. so, jgn lupe.. :P

p/s- umur aku mencecah 21 tahun pada Oktober nanti.. boleh la mengundi nanti :P

49 comments:

  1. yeahhh!!! sokong sangat2.. hehe..
    urm..lagi2 part nak memilih pemimpin tuh.. ;) adil saksama, amar makruf nahi munkar..

    ReplyDelete
  2. oh tak suka cakap pasal politik. . tak dapat la nak tau pendirian ko pasal politik kat malaysia ni. huahha,

    ReplyDelete
  3. same la.. mlas nk amek port sal politik.. bkn xnk jd mnusia yg xbrtnggungjwab cs xamek tau sal negara tp bnda tu diam2 suda la.. xsume kwn kite suke pe bnda yg kite suke ye dak?! tp klau nk cri clon hidup t, biar la yg stu pilihan politik ngn kite.. kang xpsal ad kes cerai-berai sal isu ni je.. muehehehe

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  4. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    rxz 5 speed 6 speed catalyzer
    Politik dalam bahasa Arab disebut sebagai siasah.Menurut bahasa ditakrifkan sebagai sasa- yasusu-siasatan wa riasah yang membawa maksud tadbir,perintah ataupun mengetuai.

    “Mengendalikan urusan orang ramai (rakyat) adalah kewajipan agama yang besar, dan agama tidak mungkin ditegakkan kecuali dengan kekuasaan memerintah”

    Apa lagi,laksanakanlah kewajipan anda selaku muslim dan rakyat Malaysia!

    ReplyDelete
  5. aku setuju.. ada tu siap emosional lg bila cerita ttg politik.. lebih baik diam..

    ReplyDelete
  6. orang selalu tanya aku..."Long, apa pendapat ko pasal politik kita skang ni?"

    aku jawab,"aku tak setuju masa mengundi kita kena pangkah...sebab orang selalu confuse yang kita pangkah tu yang kita pilih ke, yang kita taknak...pakaila tanda right.."

    amcam?boleh??

    Gorengbaek - Sebagai jantan, aku memang pantang kalo pompuan...

    Hangit Habis dah - Jelak dah aku dengor pasal benda ni..

    Kerat Senget - Ta Perlu Tanya Kao

    ReplyDelete
  7. hahaha..ingatkan ninie sorg jer yg malas nak amek tau sal benda nie..ninie juz amek tau ckit2 jer ah..kang org kata macam katak bawah tempurung pula kan..maklum lah, masyarakat kita skung kan "advance" semua nyer..tp kebanyakan org yg sembang sal politik nie, mesti nak menangkan parti yg dyer suka...ntah parti tu betul ntah tidak, men terjah jer..paper pun, ti ninie dah boleh mengundi, ninie nak undi parti yg betul2 layak bagi ninie..


    p/s: gud luck tok exam t nas (n_n)

    ReplyDelete
  8. simpan je pendirian ko nas, kalau cite2 ngan membe, takut bole gado plak kalau masing2 sokong pihak len2.

    ReplyDelete
  9. sebenarnya tak perlu pun nak cite pasal politik2 ni.. asalkan kerajaan yg memimpin bertanggungjwab dan x nyusahkan rakyat...

    p/s : sblm leh ngundi.. jgn lupa daftar dulu ye dik.. ;)

    ReplyDelete
  10. gimme 5 nas. aku pon tak minat sgt politik. tapi kite kene amek tahu jugak kan .. cuma ye lah, politik ni kotor. sbb tu malas n tak berminat :)

    ReplyDelete
  11. Undi tu kan rahsia kalau da becerita tau la dia tu sokong mana..hehe

    apa lagi nas nanti da cukup umur pergi mengundi yg betul2 layak untuk kemajuan malaysia dan diri kita.

    ReplyDelete
  12. umurku sudah cecah 21...pening2x...parents suh pilih yg tu..grandparents plak suh pilih yg ni...tak suka jugak politik, tapi suka ambil tau pasal potlitik :>

    ReplyDelete
  13. sekadar menjengah blog ini..aku tak tau nak komen apa..

    tapi aku sokong setiap kita adalah pemimpin..

    ReplyDelete
  14. Berpolitik tidak semestinya perlu masuk mana-mana parti politik. Kalau diperhatikan 'politik' ada dimana-mana tidak kira didalam persatuan penduduk, tempat kerja, universiti memang ada.

    Saya dapat merasakan 'politik' antara persatuan pelajar untuk mendapat tempat pemilihan siswazah.

    Tidak salah ambil tahu mengenai politik kerana dari situ kita dapat membuat pilihan untuk mengundi memilih pemimpin.

    Saya ketika dikolej tidaklah mengambil berat sangat hal politik tetapi apabila sudah bekerja ia hadir secara natural maklumlah sudah perlu bayar cukai jadi ingin tahu bagaimana hasil cukai itu dibelanjakan untuk manfaat rakyat dan keikhlasan pemimpin yang berkerja untuk rakyat. Jadilah gunalah sebaik-baik kuasa mengundi apabila sudah layak mengundi pada umur 21tahun nanti.

    Maaf Nas. Terlebih sudah :-)

    ReplyDelete
  15. xberminat dengan politik.
    politik skrg lebih byk pecah belahkn masyarakat.
    kalau bule bila umur dh smpai 21 nanti, xnk ngundi. :P

    ReplyDelete
  16. @Black_roses92 betul2... nak pilih pemimpin kenelah cari yg adil serta laksana amar ma'ruf nahi munkar.. lebih baik :)

    ReplyDelete
  17. @RIANxpayahla rian.. kalau ya pun kita bincang secara face to face.... itupun kenelah berahsia sket.. xleh over sgt :P

    ReplyDelete
  18. @Farhana Jafri betul2.. aku still amek port.. cuma xdedahkan sgt depan kwn2.. hehehe... aku pon sama.. suke gadis yg sama sefahaman dlm ideologi politik.. hehehehehhehee

    ReplyDelete
  19. @Afzainizam betul tu bro.. dah 21 thn nanti.. tunaikanlah kewajiban kita as voter utk mengundi.. sbb mmg perlu dlm memilih pemimpin.. lagi2 jika kita inginkan pemimpin yg adil,berwawasan,beragama..dsb :)

    ReplyDelete
  20. @MR. SYAH betul tu syah... xleh emo2 sgt pasal politik nih.. kalau diorg annonymous blogger xpe.. tp kalau org yg kenal2 tu mmg xleh kot :P

    ReplyDelete
  21. @Along Tapa ehehe.. btul gak.. kalau kita pangkah maknanya kita xsetuju ngan YB tu.. so kene la buat right kan.. hehehe.... kang kalau introduce sistem tu mst jd len mcm la plak :P

    ReplyDelete
  22. @ninie_azriena betul tu.. xleh jd katak bawah tempurung.. nampak sgt la xtahu isu semasa kan... erk.. ninie dah boleh mengundi? padahal ninie baru 20 thn kn? :P

    ReplyDelete
  23. @Aizat Azizan kadang2 xleh simpan sgt.. nanti org kata aku ni ntah ape2 plak.. senyap jerk.. just bagi pandangan yg neutral ok la sket... kadang2 tersangkut gak :P

    ReplyDelete
  24. @illafira betul2.. hehehe... ok3.. aku akan daftar time october nanti.. baru la mengundi thn depan rasenye :P

    ReplyDelete
  25. @soffea nah.. aku bagi 5.. hehehe.. aku mina politik.. cuma xshow sgt perilaku aku.. just simpan shj lah..tp kalau bincang2 pun xde la over sgt..

    ReplyDelete
  26. @LiFe KaMi aah.. so kalau citer, mmg dah sah2 tahu kan dia sokong yg mane satu.. ehhehee... orait2 nt mendaftar la saye :P

    ReplyDelete
  27. @asmaqhusna owh.. parents n grantparents xsama pegangan politik ker? hahhahaa...sabo jelah...

    ReplyDelete
  28. @tengkorakemas hu3... xtahu eh? mst xminat kot..atau minat??? hehehe

    ReplyDelete
  29. @akubiomed yup2.. IPT salah satu tempat org 'asah' bakat dlm politik.. ehehe..mmg xsalah pun...

    owh.. mmg lambat la.. aku ni sejak PRU 2004 dah amek berat da pasal politik tau.. lagi awal.. sejak form 2... hehee.. kat IPT ni lagi la over2.. hahaha... tp xshow la...

    orait.. no hal la bro... kene mengundi dgn bijak..

    ReplyDelete
  30. @cik fza hahaa... ehh.. jgn cm2.. undi jelah... pilih wakil rakyat yg dirasakan sesuai.. :P

    ReplyDelete
  31. Salam bro Nash,

    thanks utk entry nih, i like. =)

    Actually, politik yang u all faham nih, adalah politik yg diamalkan sekarang. Politik tuh kotorlah, politik tuh pemecah belah persaudaraan, politik tuh punca pergaduhanlah dll yg buruk kan?

    Tapi pernahkan korang terfikir, politik dalam Islam sebenar tuh mcmana? Mmmg lah bro Nash ada gitau kriterianya di atas, tapi itu hanyalah kriteria memilih pemimpin sahaja.

    Bagaimana dengan pengaturan umat? Apakah dalam islam tidak mengajar politik yg sebagaimana perlu diterapkan oleh pemimpin??

    Bro,

    boleh tgk sini untuk ketahui lanjut, http://www.mykhilafah.com/seminar/2767-munaaqashah--hukum-pilihanraya-menurut-islam ..


    jemput datang belog, http://shirashafrida.blogspot.com/

    ReplyDelete
  32. @Shira Shafrida wslm..thx atas pendapat bernas.. mmg la politik sekarang dah makin broken.. teruk seyh... owh.. politik dalal islam aku tahu sket2..cuma lupe nk highlight kat sini... ok.. aku nk tahu gak....
    ape2 pun tqvm :)

    ReplyDelete
  33. entry SEO ka?? hahaha
    aku nda minat lnsg kt politik..
    nak amik tahu pn, sket2 jak laa..
    tp kalu nak suruh baca abis, hampehhh~ hehehe..

    politik zaman skrg makin bida.. hurmm nda kuasa maw d layan.. hehe..

    btw, nice info nas :)

    ReplyDelete
  34. ko da 21taun nash...da daftar ka lum? g tunai kn tnggjwb...ha3

    ReplyDelete
  35. aku pon xminat,,tapi belajar hubungan etnik ni,kadang2 lec ckp gak sal politik,,

    ReplyDelete
  36. Tak minat berpolitik.Bosanla tengok ahli politik zaman sekarang,asyik gosip je,mengalahkan artis.
    umurku dah cecah 36 tapi masih takda nama dlm senarai.Dah jenuh daftar,huhu

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. hurm..tatau nak cakap camne..
    tapi bab politik ni..
    mmg sy minat giler..
    hahaha..
    tp tak leh ambil tau sepenuhnye..
    mcm dkat uitm nih..
    mmg tak semua sokong Kerajaan..
    nampak trang tang tang..
    bukan nak cakap..
    lgpon
    sy msih tak cukup umur nak ngundi..
    n kerajaan cakap budak bawah umur jgn libatkan diri dlm politik..
    tapi..
    dkat UiTM bila ada perjumpaan dgn ketua2 besar..yg mewajibkan pelajar2 u..
    maka..faham2lah..mesti ada terselit bab politik..
    wallahhu'alam..
    hehehehe...

    cuma cara pemimpin kita berpolitik yg tak kena..
    sy tak kata sy sokong mana2..
    tp tgok dkat berita baru2 nih...
    dkat iklan mengundi lah katakan..di bahagian suruh undi..
    akan hanya ada logo kerajaan..
    so...begitulah resmi alam...hurm hurm hurm..

    (pst: lari mana sekali pon..hidup ni bergelumang dgn politik)

    ReplyDelete
  39. erkkk tak suka jugak cakap sal politik sebab rasa macam dah tua :D

    ReplyDelete
  40. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    Yamaha 125z
    pilihan raya ni nk undi pemimpin kan. Mestilah nak pemimpin yang senangkan kita, Takkan yang susahkan kita pulak. Lepas tu kene pilih yang betol2 tau! Nanti kat akhirat Allah tanya siapa yang kte undi n kenapa. Haaa, kena pulak orang yang kte undi tu buat dajal kat orang lain. Haaa, nak jawab cemana. Kan dah kena bertanggungjawab jugak. Sebab kita yang pilih dia. Haaa


    Tulah, pilihanraya ni bukan main2 tau ;) Its time to know about our politic situation.

    ReplyDelete
  41. yeah, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya sudah daftar sebagai pemilih, even im still in da state of confusion in choosing the future leader..


    btw, sorry lmbt reply cmmmt sbb Shark bz sgt3, last sem nih.. nak taw apa yg Shark buat sem nih, mai la mlawat blog Shark..

    last but not least, "SAPA KATA STUDENTS ACCOUNT SKEMA??" hehehe
    -Salam-

    ReplyDelete
  42. nas;
    yup..
    jgn la cemarkn blog ngn isu politik2 ni..
    pendapat org kn berbeza, nnt xpasal2 jd masalah pulak..

    ~ btw, awk sokong pe ek..??
    lol, gurauan semata2..
    :p

    ReplyDelete
  43. betul2.. dlm memilih pemimpin kita kena tengok psal agama dan kebolehan mengubah rakyat ke arah kebaikan.. em, aniss maseh muda dan membahas isu nie =)

    ReplyDelete
  44. sebenarnya politik amat pntg buat kita,tanpa kita yang ada,pasti akan hncur negara ini..nmun aku amat jijik bila melihat politik yang agak keji sekali..menembak musuh sesama agama,demi kepentingan politik semata2..ermm skdr pndgan aku bro..
    follow sni

    ReplyDelete
  45. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    Honda ex5 dan Honda wave

    "Pada aku politik adalah pilihan, kita tidak boleh memaksa orang melibatkan diri dalam politik tetapi kita mesti mencari jalan untuk melibatkan semua orang terutamanya orang muda dan mahasiswa dalam politik,"

    ReplyDelete
  46. Pun menyampah dengan politik...
    ntah mana yang betul...
    tambah kaya adalah....
    taraf hidup rakyat di takuk yang sama juga...

    ReplyDelete
  47. Salam bro,

    Nampaknya macam bro memang tak minat nak berbincang tentang politik di blog ni, tapi saya dapat rasakan yang bro ada semangat untuk berpolitik.

    Saya yakin ramai generasi muda kita yang semakin tingi daya pemikirannya.Terutamanya mereka di pusat-pusat pengajian tinggi.

    ReplyDelete
  48. suke ckp "politik je semue tu"
    haha. ntah kite pon x tau hal sebena dorg. byk yg angguk2 je. bek diam sudaaa

    ReplyDelete
  49. erm, tu la susah sikit bila nak berblog dan cakap pasal politik dgn kwn2 =)

    ReplyDelete

Thx sebab komen entri.. bagi mereka yang dari wordpress atau reader yang tidak mempunyai blog,boleh komen dengan klik pada name/url. then tulis nama dan/atau letak link blog korang dan publish comment :)
annonymous juga digalakkan memberi komen :P

Related Posts with Thumbnails