Pesanan Penaja

Saturday, January 8, 2011

Evolusi Muzik Di Malaysia; Sempena Anugerah Juara Lagu Ke 25

    
     Industri muzik di negara kita sentiasa berubah dari zaman ke zaman. Contoh yang paling jelas apabila kita menonton filem ataupun mendengar radio, irama pada era 50-an,60-an sehingga kini sentiasa berubah-ubah.  Tetapi perkara yang paling penting ialah berlakunya perubahan 'mendadak' genre muzik yang baru sehingga menjadi kegilaan masyarakat kita pada ketika itu. Sebagai contoh yang jelas, 60-an (pop yeh-yeh), 80-an (rock), 90-an (rap,dangdut dan nasyid) serta 2000-an (indie). Baca lagi ok~

60-an


antara artis pop yeh yeh dulu-dulu


     Pada masa ini memang zaman kegemilangan muzik serta filem negara kita,masakan filem-filem serta lagu-lagu yang ada dalam filem itu sentiasa ditayangkan di kaca tv kita sehingga hari ini. Malah pada lewat 60-an tiba-tiba wujud fenomena pop yeh-yeh yang diinspirasi daripada negara barat yang seakan membunuh irama mendayu-dayu dan syahdu pada ketika itu seperti Suzana, Oh Fatimah dan sebagainya, namun sekitar 70-an,irama ini tenggelam balik sehingga dipopularkan balik pada masa kini.

70-an


Syarifah aini masa muda-muda dulu..


     Pada era 70-an,ramai yang mengatakan lagu-lagunya agak mirip hindustan. Lagu-lagu pada masa ini agak best juga tapi masih kurang lekat di kalangan remaja masa kini,mungkin lagunya bersifat klasik dan kekampungan lagi. pada masa ini juga kumpulan-kumpulan rock mula bertapak seperti Sweet Charity (vokalis- Ramli Sarip). Mak dan ayah aku memang meminati lagu-lagu pada era ini.

80-an
awas,ini bukan artis wanita,tapi ini kumpulan wings! :P


     Pada era ini pula mulanya anugerah juara lagu telah diperkenalkan,iaitu Francesca Peters(Fran) yang menjadi pemenang anugerah ini buat julung-julung kali. Yang uniknya,dia cuma mengenakan baju kurung semasa mempersembahkan lagu 'Sekadar Di Pinggiran' serta menjadi artis bukan melayu yang menjuarai anugerah berprestij ini pada 1986. Pada era ini juga munculnya rock-rock kapak yang 'terbang' dari barat dan hampir kesemua artis rock berambut panjang seperti kumpulan Search dan Wings.

     Pada lewat 80-an,lagu-lagu balada daripada artis-artis solo mula kurang popular kerana bersaing sengit dengan kumpulan-kumpulan rock.

90-an
 kump 4u2c: cuba korang usha lagu fiona kat youtube,lucu tengok diorang menari..hihihi


     Pada era ini pula merupakan era yang paling banyak berlaku evolusi dalam muzik. Ini kerana pada 1992 dan seterusnya,muncul kumpulan rap yang amat femes seperti kumpulan berwajah jambu (hehe) 4U2C,Feminin,KRU dan banyak lagi mula mewarnai irama muzik negara kita yang masih popular dengan lagu rock. Namun,fenomena kumpulan rap cuma sekadar wujud sekejap saja.

    Pada waktu ini juga berlaku sedikit perubahan pada irama rock dan kumpulan rock kerana semakin lewat tahun 90-an,lagu-lagu dari artis berkumpulan rock semakin jiwang! Yelah,dahulunya banyak juga lagu rock yang berentak rancak dan  menjerit bila tarik vokal tinggi,tapi makin lama makin 'syahdu' dan meleleh je lagu mereka,antaranya kumpulan spoon,spin,new boyz dan lain2.

sungguh ku tak mampu..menahan rindu..ah..ah...( amelina)

     Pada waktu 1994-1996 adalah era kegemilangan lagu-lagu dangdut,siapa yang tidak lupa artis amelina Malah Ramlah Ram pun menyanyi lagu dangdut..hehe. Namun irama ini menerima saingan sengit daripada irama nasyid yang dipelopori oleh kumpulan Raihan yang begitu mencetus fenomena di Malaysia dan nusantara! Masakan pengaruh irama nasyid di sekolah serta IPT sehingga kini disebabkan oleh kebangkitan irama ketuhanan ini walaupun nasyid pernah ke udara sekitar 70an dan 80an (tapi xpopular).

jangan terkejut beruk bila aku cakap,album pertama raihan pada 1997 ini mendapat jualan sebanyak 750 000 di Malaysia saja serta 3.5 juta unit di seluruh dunia! 

     Lewat 90-an juga berlaku kebangkitan irama hip hop kemudian lenyap balik. Tidak lupa juga kumpulan seberang, Shiela On 7 mula menarik minat peminat muzik Malaysia dan telah memulakan sedikit 'penjajahan' irama seberang di sini.

siti nurhaliza dulu-dulu....lain benor muka dia. Femes sampai sekarang..

     Pada masa ini juga lagu-lagu etnik kreatif mula bertapak antaranya lagu Cindai yang aku masih terngiang2 masa aku darjah 2 dulu. Banyak juga cikgu sekolah mula melatih murid menari lagu irama tradisional Siti,Adehhh...

2000-an


fenomena mawi world cuma bertahan beberapa tahun je


     Pada era ini pula,irama rock mula semakin terhakis sedikit demi sedikit kerana kebangkitan semula lagu berirama balada serta artis realliti TV mula menghantui masyarakat Malaysia khususnya Akademi Fantasia(mulai 2003). Malah,artis mi segera,Mawi mula mendapat populariti pada sekelip mata selepas menjadi juara AF3 dan menjadi jutawan,mengalahkan Siti yang bersusah payah bertahun-tahun untuk jadi jutawan. Pada era ini juga mula berkuburnya irama etnik kreatif serta irama nasyid mula merosot. Namun irama nasyid mula meningkat semula kerana kehadiran artis luar, Maher Zain yang menarik minat ramai peminat lagu berirama ketuhanan.

hensem: siapa yang tak kenal maher zain..femes kot sekarang! :)

    Pada tahun 2007-2008 adalah tahun-tahun kebangkitan lagu-lagu indie sehingga 2 artis indie, Estranged dan MUH telah memenangi AJL pada tahun-tahun tersebut. Tak lupa juga pada awal 2000-an sehingga 2008 merupakan tahun artis seberang menguasai Radio-radio sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati sebilangan besar artis tempatan serta rakyat Malaysia sendiri. Namun,sejak akhir-akhir ini,lagu dari seberang mula berkurang dikeudarakan di radio,mungkin penangan lagu-lagu baru ciptaan anak muda kita yang lebih bernafas segar.

MUH; antara pencetus kebangkitan artis indie

So,9 Januari ini diadakan AJL  ke-25. Aku macam nak tengok AJL..Harap-harap aku dapat tengok pasni walaupun aku dok kat hostel..sori la entri ni aku tulis panjang-panjang,sebab aku memang minat AJL..hehehehe :P
reading

49 comments:

  1. salam,sama2 saksikan AJL...
    lagu nasyid best...
    http://www.youtube.com/watch?v=T1C3yyaEtvA&feature=related

    ReplyDelete
  2. even mawi da kureng skrg,
    at least rmai da knal dia dri bdk kecik smpai datuk budak douh, hehe!
    * peminat mawi 1ketika dlu,

    maher zain mmg best!
    xde sape leyh lwn suara dia.

    eh, asl mnt tgk ajl?
    dpt dgr lagu ka?
    * cm gmpg ja soaln aku. haha! :P

    ReplyDelete
  3. @MGMSabri jommmm...hehhehee..tak sabar-sabar tengok :P

    ReplyDelete
  4. @fariehan ibrahim erm...mmg la...mawi still org ingat tp orang da mula lupakan sikit demi skit...
    hu3....owh..baru aku thu ko peminat dia :P
    yeah2...mmg maher zain best...adik2 n housemate aku ramai yg ske...
    ntah la...aku mmg minat sbb aku suke dgar lagu...hahahhaa

    ReplyDelete
  5. @Putra Syazlan yeah2..betul2...aku mmg xsabar2 nk tengok..tapi takot tv xde :P

    ReplyDelete
  6. antara lagu sekarang dengan lagu lama2, aku lagi layan lagu lama2.

    ReplyDelete
  7. @zikeryhassan samelah ngan aku..aku minat lagu lama lagi..hehhehehe

    ReplyDelete
  8. sedih kot x dpt tgk.. hostel xde tv.. siot je..

    ReplyDelete
  9. hehe..ok..cantik info tu...just aku tambah sikit...dari tahun 1930an kalau tak silap aku sampai 1960an, industri kita terpengaruh pada asalnya dengan muzik cedokan dari filem Tamil secara direct...kemudian muncul lagenda agung Tan Sri P.Ramlee yang mengkomersialkan stail muzik barat berentak jazz, cha cha, mambo..panjang nak cerita..just nak add up tu jek..adioss

    Gorengbaek - Pengaruh sekolah yang tak patut dibawak pegi rumah...

    Hangit habis dah - Lu kan..perangai macam p*** la bangang...

    ReplyDelete
  10. @cik-terompah aku pon ase hostel xde tv..cuma takot tv je yg rosak..hahhaha...tapi kawan2 aku takot diorang xteman aku tgok tb je :P

    ReplyDelete
  11. @Along Tapa thx bagi taw info ko..aku xarif sangat muzik 30-60an...tak tahu plak ala2 tamil...hehehhee...thenks ea :D

    ReplyDelete
  12. x sabar plak nak tngok! heheheh.... nak tngok artis yang diminati tp xda la plak! huhuhu... :)

    ReplyDelete
  13. aku suka faizal tahir je.harap dia menang weh.semua dia ambik!

    ReplyDelete
  14. tau xpe..
    xsabar gile nk tgok ajl 25 ni..
    ase macam faizal tahir menang..
    hehe
    ;D

    ReplyDelete
  15. Fuh,entri yang cukup panjang..Namun yang pasti,Raihan memang meninggalkan impak yang besar kepada kita semua..Ingat lagi masa kecik2 dulu,sape yang tak hafal lagi raihan memang tak sah la..

    ReplyDelete
  16. @Keyrill Eduardo Willeyhem yup2..xsabar2 kot...hahhaa...takot xde tv plak :P

    ReplyDelete
  17. @echah mashuri aku xminat la ngan faizal tahir....adehh....faizal xleh juara! :P

    ReplyDelete
  18. @zati-zt eh...apesal ramai suke faizal tahir??? adehhh....aku sokong black :P

    ReplyDelete
  19. @Pejuang Kesenian Extreme mmg panjang..hahhaa..mmg raihan meninggalkan impak yg besar....dulu 1st nasyid aku dengar raihan la :D

    ReplyDelete
  20. @nasYap..lepas raihan dah top ,baru la kumpulan Rabbani muncul..masa tu,raihan jugalah dihati..hehe

    ReplyDelete
  21. kita kan 1 Malaysia apa2 pun layan jer ..tapi nasyid iramanya haru di ketengahkan lgi

    ReplyDelete
  22. malam sok kan??sape yang ade tiket nk pegi sana?

    ReplyDelete
  23. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara
    Sebuah persahabatan....
    Terima kasih
    kembara ziarah maya”

    AJL kali ni tak dapat tengok lahhh pasal ade hal nak gi Pahang lahhh time tu....

    rasanya hanya dapat tengok siaran kat tv ulangan aje nanti...

    tahh tak tau sapa yang akan bakal menang esok

    ReplyDelete
  24. Dulu saya antara peminat yang sangat meminati kumpulan nasyid Raihan.Lagu iman adalah mutiara dari album puji-pujian selalu saya ulang.

    Ketika raihan sedang popular dengan album ini,saya masih lagi berumur dalam lingkungan 14 belas tahun dan sedang belajar dalam bidang tahfizul Quran.

    ReplyDelete
  25. AJL best.. thn ni aku rasa Yuna menang.. yehaa!

    ReplyDelete
  26. Memang hebat calon-calon yang dipertandingkan malam ini. Rata-rata lagu semuanya hebat-hebat juga :-)

    ReplyDelete
  27. @Pejuang Kesenian Extreme betul2.. raihan tetap dihati...cuma sedihnya sejak rabbani mula femes, kumpulan nasyid popular abp dipegang rabbani dalam tempoh yg lama..isk3~

    ReplyDelete
  28. @suriharu ke baru atau harus? hehehe..mmg nasyid perlu diketengahkan lagi...baru balance :D

    ReplyDelete
  29. @taufiq helios malam ni..hehehe...aku xde tiket lol..adehhh :( tgok tb sudahh

    ReplyDelete
  30. @Afzainizam erk..ko pegi pahang? kesiann...xdpt tengok kot..kalau tengok ulangan xbest la sbb xde rase teruja :)

    ReplyDelete
  31. @Rahsia Buah Pinggang Sihat pergh..teringat plak aku ngan lagu iman adalah mutiara...heheheh... mmg popular..time tu aku baru 8 tahun... hehe

    ReplyDelete
  32. @Zuewairy ek? aku xharapkan yuna menang :P

    ReplyDelete
  33. aku paling suke siti nurhaliza la nas :) tidak dpt disangkal lagi. hehe.


    nway, malam nie mesti tengok. sume mcm best2 :) hehe.

    ReplyDelete
  34. tak minat sangat dgn anugerah2 nie.. ngeee.. just rse nk tau, sape menang.. tu je.. hehe..


    mlm nie pun belum tentu tengok.. hee

    ReplyDelete
  35. Ajl tetap aku tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!
    Yeah..

    ReplyDelete
  36. Salam

    jangn lupa juga tahun 70 an, yahudi mula tabur dadah kat malaysia

    ReplyDelete
  37. aku paling suka lagu dulu-dulu. rentak muzik yang tak macam sekarang. teerpekik terlolong. dan aku juga suka lagu-lagu nasyid. tak kira mana-mana kumpulan sekali pun.

    bagi yang tak dapat tengok malam ni jangan risau, aku akan update senarai semua pemenang malam ni juga.

    ReplyDelete
  38. rugi tul tak ada tiket,lambat dpt info huhu...tengok tv x best huhu..

    ReplyDelete
  39. @soffea aku pon suke siti gak..asyik2 dia menang je..susah artis lain nak menang..hehehe...mmg aku nk tengok pon :)

    ReplyDelete
  40. @cik @ien owh..xper2...its okay..aku ngah nak usha persembahan diorang cmne~

    ReplyDelete
  41. @d_tieah ko rase sape yang menang ea tieah? :P

    ReplyDelete
  42. @IMANSHAH erk..tabur dadah? maksud ko time 70-an mula dadah tersebar kat malaysia? hu3

    ReplyDelete
  43. @RedBoys hehe..aku pon ske lagu dulu2..tp bukan 70-an..tp 80an dan 90an..hehehe..owh..ye ker??? nanti aku usha nanti :D

    ReplyDelete
  44. @saiful eh..ko suke tengok melalui live ea??? tv pon cukup laa :)

    ReplyDelete
  45. erm mcam tuh.. maher zain nk dtg ms'sia lagi bulan 2 nie nanti.

    ReplyDelete

Thx sebab komen entri.. bagi mereka yang dari wordpress atau reader yang tidak mempunyai blog,boleh komen dengan klik pada name/url. then tulis nama dan/atau letak link blog korang dan publish comment :)
annonymous juga digalakkan memberi komen :P

Related Posts with Thumbnails