Pesanan Penaja

Thursday, July 15, 2010

makan di luar atau masak sendiri??


Bagi golongan pelajar terutamanya mereka yang tinggal kat hostel macam aku mesti takde pilihan lain,terpaksa makan di luar. Yelah, bukan saja makan di luar menjumatkan masa kepada pelajar yang sibuk dengan pelajarannya dan juga hostel mereka sendiri takde dapur untuk dimasak. Ceh,kalau hostel aku ade dapur mungkin aku dapat masak something yang tak berat-berat,hehehe....


Tapi bagi mereka yang dah ada family,bagaimana pula? Biasanya mereka yang ada family memasak sendiri makanan mereka atau di masak oleh bibik. Namun kadang-kadang mereka keluar ke restoran-restoran tertentu kerana ingin mencari kelainan atau tiada masa untuk memasak disebabkan kesibukan. Tapi agak-agaklah jangan sampai selalu lunch dan dinner kat restoran atau kedai mamak kerana 'terlalu malas' nak masak. pst-aku tak nak kawen ngan perempuan yang tak tahu langsung memasak..ehehehehe.. 


berikut senarai kelebihan dan kekurangan makan di luar



kelebihan
-Amat sesuai bagi pelajar atau orang bujang yang bekerja atau menganggur kerana dengan cara ini amat menjimatkan berbanding masak sendiri. caranya mudah,pergi ke kedai makan,pilih lauk,bayar,balik rumah dan makan atau makan di situ terus,kan senang?? ehehe

-Mengeratkan hubungan kekeluargaan. Yelah,bila ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke kedai makan tertentu,dengan cara ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama mereka. Lagi-lagi jika perbuatan ini memang tidak selalu diamalkan,anak-anak akan merasa lebih seronok bila keluar jalan-jalan dan singgah makan di luar.(itu perkara yang aku alami sewaktu sewaktu kecil hingga sekarang)

-cepat,pantas dan sedap. Biasalah,makan di luar lebih cepat dan pantas penyediaannya berbanding masak sendiri. tak perlulah kita pergi ke pasar borong membeli barang runcit dan barang mentah untuk dimasak. Kita juga tak perlu terhegeh-hegeh kupas bawang sampai 'menangis',buang perut ikan yang busuk,menggoreng ayam sampai tangan terkena minyak panas yang tiba-tiba meletup dan sebagainya. Kita cuma terus ambil nasi dan pilih lauk atau minta pesanan bagi masakan panas yang tidak terlalu lama untuk disiapkan dan terus makan.

-Banyak pilihan. Seperti kebiasaanya bila tengah hari selalunya ada banyak pilihan lauk pauk yang membuatkan kita pening kepala nak pilih mana satu. jika dibandingkan makan masakan sendiri,pilihan lauk amatlah terhad,kalau kita tak lalu nak makan daging buat masa itu,tapi hanya ada lauk daging je,maka terpaksalah kita makan daging kerana tiada pilihan lain.

kelemahan:
-Menunjukkan seseorang itu pemalas. Khususnya bagi mereka yang berkeluarga,jika mereka selalu makan di luar ini menunjukkan si isteri itu pemalas. Yelah,tak pelik ker orang yang sihat walafiat hampir tiap-tiap hari memujuk si suami makan di luar. Yelah,mungkin mereka nie tak pandai masak,tapi apa salahnya kalau belajar masak dari mak,rakan,dan juga blog-blog yang banyak menampilkan resipi di entri mereka.

-Kesan kepada kesihatan. Selalunya bukan semua masakan di kedai makan berkhasiat serta selamat daripada kesan negatif. ini kerana biasanya mereka meletakkan bahan-bahan penyedap rasa seperti monosodium glumate (MSG). Jika kita kerap makan makanan yang mengandungi banyak MSG,ini akan memudaratkan kesihatan kita seperti pening kepala. Aspek kebersihan juga kadang-kadang kurang dititikberatkan bagi sesetengah peniaga sehinggakan tidak mustahil terlihat kaki tikus lipas dalam mangkuk mi kari.

-Status halal yang diragui. Status halal bagi sebahagian kecil kedai makan di Malaysia masih lagi di diragui terutamanya kedai makan cina kerana biasanya mereka menggunakan bahan mentah yang tidak halal serta daging-daging yang tidak disembelih mengikut sunnah. Sijil sijil halal juga masih diragui kerana bukan semua sijil halal itu disahkan oleh Jakim,atau sijil halal itu sudah tamat tempoh. Yang ganjilnya,ada pula kedai muslim yang menyediakan masakan yang tiada sijil halal oleh Jakim. Malah ada kedai makan yang langsung tiada sijil halal,tetapi ramai juga orang Islam yang berduyun-duyun makan di sana. Ini bukanlah perkara yang baik kerana ini melibatkan hal aqidah umat Islam.

-Melibatkan kos yang tinggi. Biasanya kos makan luar amat tinggi terutamanya bagi mereka makan sekeluarga. Bayangkan jika korang sekeluarga makan nasi goreng patayya di restoran yang biasanya berharga RM4.00-RM5.00 dan makan seramai 6 orang,maka sudah RM30.00 sudah di habiskan untuk nasi goreng itu. Itu belum termasuk minuman lagi. Bagi mereka yang makan makanan yang lebih 'berbeza',mesti lebih tinggi kosnya.

maka,apa pendapat korang? mahu makan di luar ke?? bukan apa,tak salah kita makan di luar,tapi janganlah selalu. Dan janganlah selalu makan masak sendiri sehingga bosan pula..so,pilihan di tangan anda...huhu

26 comments:

  1. kadang kadang, dah malas masak pastu complaint tak sedap. dah la malas, kuat complaint.

    nak sedap, masak sendiri. haha.

    ReplyDelete
  2. aku pun x ske lau hari2...beli mknan kt luar...kak aku kata kembang tekak..
    tpi stkt ini, fmily mmg jrg, dan krgkan mkan ktluar...lau dok bjang dlu..slalulah bli mkanan kt luar, smpi kembang tkak..sbb x de pilihan...

    fatinmmj

    ReplyDelete
  3. nash mkn kt sec 2 ke? rindu abc sec 2 lalala....

    suka mkn luar klu duit byk...
    ke mkn kt umh klu nk saving...

    hahaha =))

    mskn mak yg terbest

    ReplyDelete
  4. kdg2 msk sndiri..lau klas pack mkn luar,,,huuhhu

    tp sonok msk..sbb bleh mkn puas2

    ReplyDelete
  5. erm betul2.. baik masak sendiri..cuma kadang2 sibuk/penat..tak sempat nak masak...

    ReplyDelete
  6. hari tu mak aku malas nak masak,so kitrg pun beli la lauk kt kedai je.tp cm hampeh je..ikan dy busuk.dh la xbuang isi dalam tu.ayam ade darah lg.sejak hari tu fobia nak beli lauk kt kedai.rela masak megi je..

    ReplyDelete
  7. Masak sendiri?
    Hahaha...Sab x pndai masak.
    Pandai makan ja...
    So, slalu makan di luar ja waktu study nih...
    Bila cuti bedal mkn byk2 masakan mak di rumah...
    Tu yg best.

    ReplyDelete
  8. bese la nas. aku duk uitm ni pon jrg sgt masak even duk uma sewe pon. huhu

    ReplyDelete
  9. betul tu.. duk ostel mkn luar jer.. hahah.. boleh makan lauk lain2.. hehe..

    ReplyDelete
  10. kalo aku kompem-kompem la makan luar...tak reti masak snd.hahaha...adui..kesiannya kat aku~
    Latest post:Ingatkan saya sorang je malu,tapi semua org malu!!

    ReplyDelete
  11. pastkan telur yang tukag masak tu nak masuk dlam makanan kit adibasuh terlebih dahulu.lku dok pasti ada bahan sisa toksid melekat kt dalam makana kite..hehee

    ReplyDelete
  12. hahaha,baru jer dibincangkan dalam mesyuarat rumah sewa aku tadi...

    masalah masak sendiri ni , ialah jadual kelas yang lain2....kesian yang balik lambat , makanan dah habis.

    ReplyDelete
  13. uwaaa...aku rindukan saat2 UiTM bg subsidi makan sehari 4hengget itooo. best siot.kumpul sampai ujung miggu pastu borong air tin n air kotak bnyk2.haha.aku skrg ni asyik masak spageti je kt umah sewa.save duwet beb.keh3

    ReplyDelete
  14. 
    
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    WELCOME—WELCOME-- WELCOME
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    
    
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Wehhhhh masak sendiri cita rasa sendiri.... mestilah sedap tapi tak taulah kalau tekak orang lain boleh terima ke takk...

    kalau belanjer makan luar boleh... tapi sendiri mau ingat lepas makan sila bayar sendiri kat kaunter lah beb ye

    ReplyDelete
  15. masak sendiri laa jimat ckit...
    tapi kalo xreti masak 2 susah...
    heheee~

    ReplyDelete
  16. haha...aku duk hostel pun curi2 masak sdiri gna rice cooker...walaupun lambat, tp puas hati...ni tyme malas je nak kluar :>

    ReplyDelete
  17. hana prefer masak sendiri. jimat pon jimat lagipon ley masak ape yg kte terasa nk mkn. :)

    p/s: jap gi hana akan publish entry nuffnang sharring session tu. jemput tengok yerr... banyak tips :)

    ReplyDelete
  18. Saya pernah kongsikan pendapat saya tentang ini. Boleh baca disini
    http://westernfood.yolasite.com/index/makan-di-luar-atau-masak-sendiri-

    ReplyDelete
  19. Kalau boring ngn masakan sendiri, mkn la kt luar^^ sesekali try western food pn bez gak!

    ReplyDelete
  20. makan luar best sebab lagi byk variety ! huhuh


    *aku tak log in blogger!
    huhuh

    ReplyDelete
  21. uitttttt.. nnti amik award kat blog zakiah ye.. tq..:)

    ReplyDelete
  22. housemate My mkn luar if beras abis and 1 lagi..MALAS terutama bila kelas lewat ptg,,confirm mkn kt kedai trus..hehehe

    ReplyDelete
  23. monosodium glutamate la cik abg,,=) boley gune info2 ni nk buat esei..tq..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk.. haha.. maklumla bukan orang sains ni.. eh esei ape ni????

      Delete

Thx sebab komen entri.. bagi mereka yang dari wordpress atau reader yang tidak mempunyai blog,boleh komen dengan klik pada name/url. then tulis nama dan/atau letak link blog korang dan publish comment :)
annonymous juga digalakkan memberi komen :P

Related Posts with Thumbnails