Pesanan Penaja

Monday, November 28, 2011

Apabila Tuntutan Aurat Pemain Bola Sepak Dipandang Sepi...


     Perhh! Meriah betol la bila ada perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan negara luar seperti Piala Suzuki AFF 2010, Sukan Sea Indonesia 2011 serta yang terbaru perlawanan kelayakan olimpik antara Malaysia dengan Bahrain yang berkesudahan Malaysia tewas mengejut 2-3 walaupun pada waktu awalnya Malaysia lead 2-0... tetapi dalam 6 minit je Bahrain dapat sumbat 3 gol! ape nak jadi? what the huh??? xpenah dalam sejarah kot jadi camni! :(

     
     Ok.. lupakan peristiwa pedih pasal bola lawan Bahrain yang amat membengongkan tuh... Berbalik pada topik kita pada malam ni cewahh.. Yang pasti penyokong Malaysia yang tak kira dari muda ke golongan veteran, penyokong parti biru atau hijau ke, sama-sama duduk semeja dan sanggup menunggu selama 90-120 minit semata-mata ingin memberi sokongan kepada Malaysia dari jauh selain sama2 berdebar seperti penentuan sepakan penalti malaysia-indonesia yang amat mendebarkan macam nak pecah jantung pun ade.. hehe

     Dan yang pasti kejayaan-kejayaan sesetengah pemain terutama sekali bagi mereka yang berjaya menyumbat gol seperti Faakri Saarani, Badrol Bakhtiar, Nazmi Faiz dan sebagainya selain kehebatan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol membuatkan mereka cepat saja mendapat ribuan peminat tanah air.. kalau tak caya tengok la kat page fb Nazmi Faiz di mana 700 orang likes dalam 15 minit... kat sini

Makin femes ko ea Nazmi Faiz.. ntah2 budak2 sekolah ramai minat.. ehehe :)

     Tapi... adakah jutaaan penyokong harimau Malaya seperti kita terdetik di hati berkenaan dengan AURAT pemain tanah air kita??? Adakah kita sanggup melihat aurat-aurat mereka selama 90 minit dan sanggupkah kita melihat mereka menanggung dosa menayangkan aurat mereka buat 'santapan' ratusan juta penonton termasuk penonton negara lain demi beraksi untuk negara tercinta serta memenuhi hajat-hajat seluruh rakyat negara kita yang mahukan kemenangan atau tak setidak2nya kalah bermaruah??

Apabila mereka menonton pemain-pemain yang semuanya tak menutup aurat.. ermm no komen!

     Sebelum tu, tak salah kalau kita bermain bola sepak kerana bersukan adalah salah satu aktiviti kegemaran Rasulullah S.A.W. antaranya bergusti, memanah dan menunggang kuda. Asalkan kita ikut sunnah baginda yang paling penting dalam bersukan iaitu menutup aurat seperti kalau lelaki dari pusat ke lutut... Erk.. tak jumpe lah hadis tuh =_=

     Tapi yang menjadi masalahnya adalah persepsi kita. Ada orang berkata, "boleh ke orang main bola sepak lawan dengan negara-negara lain dengan seluar panjang? takut nanti lari tak laju, bla3...
dan ada juga yang berkata "ala, negara-negara Islam lain pun pakai seluar pendek macam negara Arab Saudi..." La.. itu pun nak dibandingkan dengan negara lain. Kita perlu ada pendirian.. Biarlah negara kita negara yang pertama yang mewajibkan semua atlet yang muslim menutup aurat tak kira la sukan apa pun.. tapi bilakah bende ni akan terjadi???

     Kalau tak mahu pakai seluar panjang pun pakai sajelah seluar tight hitam yang selalu aku tengok sebilangan orang2 yang main futsal, berbanding dengan menayang bulu-bulu kaki tuh.. ehehehee... Dan minta maaf banyak2 jika entri di atasmungkin membuatkan sesetengah pembaca rasa cam tak puas hati... aku cuma ingin menyampaikan perkara yang betul~


pakai seluar tight camni time main bola pun ok.. tapi jangan pakai seluar ni je.. kene pakai seluar pendek sama! hahaa.. kang jadi seksi seksa lak :P

PERLUKAH KITA 'SAYANG' DENGAN PEMAIN YANG 'LIAR' BERSAMA PEREMPUAN?
    Selepas putus tunang dengan blogger jejari runcing ni, penjaga gol 'kesayangan ramai' Khairul Fahmi ni mula menunjukkan perangai yang ntah ape2 ntah dengan berpegangan tangan dengan Dahlia, kemudian ada gambar dia bersama2 perempuan dan mejanya ada botol2 arak (tapi xsure dia minum ke tak, xleh main tuduh) serta yang terbaru kontrobesi dia berpelukan mesra dengan shida harmi yang berpakaian macam nak terkeluar lurah dendam kesumat dia tuh seperti dalam laman suara people .. alahaii... kot2 ni la punca gawang dia kena bolos 3x time dalam 6 minit lawan Bahrain. Watak macam ni ke nak dijadikan hero atau idola???? Fikirkanlahh.. dan buat Khairul Fahmi... harap2 awak insaf akan perbuatan2 kamu tu! dan jangan persia-siakan bakat yang ada.

Ok.. gambar ni je yang nampak 'sopan' sikit.. yang lain2.. Masya-Allah! ape nak jadi ngan ko ni??


p/s: lama gila tak update blog nak dekat sebulan! ok... 

39 comments:

  1. Ya, btul! sokong dgn pendpt anda. Isu aurat lelaki pun prnah dijdkn 1 topik prbincangan tp dlm bntuk novel..tjuk novel tu VT hasil tulisan Hilal Asyraf..pnuh ngan tarbiah esp ttg isu syariah dlm sukan..

    smpaikn trbyg2 watak dlm novel tu kt dlm khidupan sbnr..kn best klu cmtu..

    ReplyDelete
  2. setuju sgt.. matlamat x menghalalkan cara.. yg main berdosa, yg menonton pun berdosa lgi2 klo sampai tinggalkan solat..

    ReplyDelete
  3. dulu time aku sekolah dulu mewajib pelajar lelaki tutup aurat kalau turun main. kalau wakil sekolah utk bola, dorang kena pakai tight panjang.


    kalah menang aku tetap sokong #harimaumalaya :)

    ReplyDelete
  4. Erk!

    Em, pihak berwajib, sila beri perhatian. =)

    ReplyDelete
  5. yeay nas updet blog!

    isu aurat lelaki. nice. sebenarnya ada pendapat yang define lutut itu bukan aurat. pernah Rasulullah duduk dgn pahanya terbuka dan terima Abu Bakr masuk ke rumahnya. kemudian Umar. lepastu, masa Saidina Uthman masuk barulah Nabi s.a.w tutup pahanya. maaf tak igt sanad hadith. tp mafhumnya lebih kurg mcm ni.

    tp, yg disepakati ulama. aurat itu dr pusat hingga lutut. kita kan mazhab Imam Syafii'. mazhab kita sgt strict dlm amln harian kita spy kita tolak keraguan. bukan susah memakai seluar pjg.

    lgpon mnutup aurat yg bagus ialah bila pkaian yg kita pakai tu, tak perlu kita tambahpakai apa2 lg utk bersolat. kan?

    ReplyDelete
  6. @Ami owh.. bagusla ko sbb ada tahu pasal novel tu.. aku tak ketahuan pun.. rasa macam nak baca untuk pengetahuan yang lebih mendalam..

    ReplyDelete
  7. @reza al-razi agreed wif u.. tu kadang2 rasa serba salah nak tengok orang main bola.. macam kita tengok perempuan yg xmenutup aurat dalam rancangan2 tv.. tapi bukan mudah nak buang pemikiran tu.. aishh

    ReplyDelete
  8. @zikeryhassan wahh.. ko main bola ke zik? hehehehehe.... baguslaa.. sekola aku pon cam2... tapi bila kat U, semua da bebas... sbb maybe mereka ingat kita ni da dewasa leh buat suka2 ati... ermm

    ReplyDelete
  9. @sha my heart aah.. mereka perlu take note pasal perkara ni.. jangan anggap bende ni perkara biasa..

    ReplyDelete
  10. @Faaizz d. Zul mungkin pendapat tu dari mazhab lain... tau xpe... walaupun mazhab kita strict iaitu dari pusat ke lutut..tapi mudah sbb tak de ragu2 nak pakai pakaian macam mana...
    tau xpe.. xsusah pun.. xberkudis pun kaki bila tutup lama2 bila main bola... ehhee

    ReplyDelete
  11. Pemain pasukan bola sepak sekolah saya dahulu mengenakan seluar track suit panjang dan ada yang memakai tight panjang dan seluar pendek diluar.

    ReplyDelete
  12. betul..perasan time sukan sea,keeper indonesia time saingan dalam kumpulan macam pakai tight..terus kagum,sayang plak kalo aurat yang sikit je lagi tu tak dijaga

    ReplyDelete
  13. etulah pasal...ade jgak komen kat grup fb diorang...hurmm mufti plak senyap je kan

    ReplyDelete
  14. slalu dengar pasal free hair la, tudung lilit2 la.. legging la..
    Dengar pasal aurat lelaki plak, excited ttiberr aku! XD

    ReplyDelete
  15. pada pendapat aku: pemain bola sebenarnya kena ada kesedaran juga. boleh juga pakai tight hitam. rasa malu kena ada dalam diri mereka sendiri. mereka la orang yang pertama menyuarakan ttg aurat ni. tapi kalau kita yang hendak diorang tak hendak ibarat curah air ke keladi je. he,he

    ReplyDelete
  16. @akubiomed wah.. bagusla zaman dulu2.. sekarang ni banyak sekolah suh budak2 nya pakai seluar pendek sungguh

    ReplyDelete
  17. @Yana Kama yeker? ni bukan keeper yang masa final kan? hu3.. tu laa.... aurat xsusah pun nak jaga... simple je.. tapi susah.. isk3

    ReplyDelete
  18. @anaMuslimah tau xpe.. senyap je... mungkin sbb mufti tu lelaki.. atau isu ni mmg agak sensitif buat masa sekarang.. ermm.. entahlaa

    ReplyDelete
  19. @farouq pendapat yang baik gak... tau xpe... mereka ni da macam role model tau... kalau diorang buat tutup aurat.. tak mustahil ramai peminat bola main bola dengan pakai tight hitam...

    ReplyDelete
  20. tu la pasal, aurat lelaki tu bkn byk pon.. x susah pon nk tutup. hrp2 semua pemain bola boleh ubah cara pemakaian dipadang. biasa2kan pakai seluar dlm pnjng.. huhuu

    ReplyDelete
  21. blh gak .. main bola pakai jubah.. pak2 arab ok jer..

    ReplyDelete
  22. ya.. betul tu budak kecik.. isu aurat lelaki ni jangan dipandang remeh..

    ReplyDelete
  23. saya sangat sokong fasal isu aurat tentang pemain bola sepak mahupun aktiviti yg lain,, tapi satu je yg saya nak komen,, nabi muhammad s.a.w melarang umatnya menasihati seseorang depan org ramai, contohnya anda mahu menegur seseorang itu secara publik,, apa yg berlaku sekarang anda menegur kahirul fahmi secara terang dengan letak gambarnya bersosial lagi, harap diperbetulkan tingkah laku,,dengan cara ini sahajalah saya menegur pemilik blog ini,,hrap maklum.

    ReplyDelete
  24. hik2 ingat tak kesah..

    ReplyDelete
  25. waa... ak igt ak yang dah berzaman tak update blog.. tp ko yang femes nih pun xupdate berzaman gak.. hehe..

    btw, ak mmg setuju sangat kalo Malaysia wajibkan semua atlit Islam tutup aurat.. baru la Negara Islam.. bukan susah pun..hehe tapi nak tengok jadi realiti tu yang susah..hmm..


    btw, ak pun br je reply komen kt blog ak psal entry ak konvo thn lepas..hehehe~

    ReplyDelete
  26. nas!! its me. still remember me kaa? i miss ur blog..

    ReplyDelete
  27. hye nAS i'm wany...ex trainee at Salihin Consulting :) congratulation dapat trainee kat situ :)serius besh...alhamdullillah.. elaun RM 650...same je rate dgn medium firm kan... n if u masuk time bulan puasa ..insyaALLAH dorangkan providekan duet raya RM 300 n baju raya free :) tambah lagi u lelaki...senang nak bawak g travel... i dapapt buat trainee dekat bhgn accounting je...guna UBS SYSTEM :) so far i enjoy...dorang akan treat u same mcm pekerja..ouh..overtime itu pekara wajib :)cume u mayb susah nak tukar department la..i mean if u start with acc department... u susah nk tukar department audit or tax or secetary... rugi kat situ la..coz tak berpeluang nk belajar audit tax secetary...tapi if ade manager yg request u masuk department lain..u blh la masuk... :) join la salihin family...serius besh!!! bos baik.. i trainee 6 bulan kat situ plus jadi contract staff kat situ selama 2 bulan... till now i miss salihin consluting!!! hahah hopefully one day nnty i dpt join salihin balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx for ur info... da intern baru aku nak baca... hahahaha

      Delete
  28. Sangat setuju....pandangan yang baik

    ReplyDelete
  29. Salam kenal.

    Teguran yang baik dan jika disampaikan dengan cara yang berhemah, insyaAllah pasti anda berjaya menukar keadaan. Keep on writing

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... Insya-Allah... kene berhemah jgn kutuk2 kuat sgt.. hehee.. maaf sgt2 sbb da xmenulis entri blog lagi... da pencen :(

      Delete
  30. Terbaik...isu aurat ini sering di pandang remeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.. harap malaysia jd negara pertama yg pemain bolanya menutup aurat

      Delete
    2. Saudara nas sy syorkan awk ble baca novel vt tulisan hilal asyraf mmg pasal sukan n tarbiah..bg sy novel tu cukup membuka minda kita bertapa tingginya islam..dan yg terbaru novel vt 2 kira sambungan..

      Delete

Thx sebab komen entri.. bagi mereka yang dari wordpress atau reader yang tidak mempunyai blog,boleh komen dengan klik pada name/url. then tulis nama dan/atau letak link blog korang dan publish comment :)
annonymous juga digalakkan memberi komen :P

Related Posts with Thumbnails