Assalamualaikum semua. Entri ni bukan bermaksud cara mendapat awek bernama Hidayah, tetapi bagaimana cara kita nak dapatkan hidayah daripada Allah S.W.T. Dan buat pertama kali aku lukis dan letak gambar-gambar yang dilukis guna software paint jerk... memang xlawa langsung.. hahaa... apa pun baca selanjutnya..klik
KENAPA HIDAYAH ITU AMAT BERHARGA?
Cuba kita lihat mualaf yang baru memeluk Islam? Aku tengok walaupun mereka baru memeluk Islam, namun mereka lebih bersungguh-sungguh nak dalami Islam. Malah jauh lebih baik daripada sebilangan umat Islam yang tak peduli langsung pada agama, sembahyang tak buat, puasa pun sekadar menahan lapar dahaga ataupun tak puasa langsung, apatah lagi dengan amalan lain.. Dan kebanyakan Mualaf merasa tenang bila bersama dengan agama baru ini.
Maka aku menyatakan bahawa hidayah tu amat berharga jika hati kita dibuka oleh-Nya, kita akan merasa betapa nikmatnya menjadi seorang Muslim, serta dapat melaksanakan amar makruf nahi mungkar dengan baik sekali.
ISU TUDUNG; HIDAYAH UNTUK BERUBAH SEKADAR TUNGGU TIBANYA SERU?
Kalau tanya semua orang, korang nak berubah nak jadi muslim taat pada perintah-Nya? mesti ramai yang kata nak.. Siapa yang cakap tak nak tu memang dah sesat jauh daripada agama ataupun orang gila. Tapi sejauh mana percakapan kita boleh diolah menjadi suatu perbuatan jika kita masih dengan perangai lama dan langsung takde usaha nak berubah???
antara komen artis berkenaan tudung
Paling senang kita nak lihat, tengok jela kat surat khabar dalam ruangan hiburan. Mesti banyak cerita pasal artis nak bertudung kan? Mulanya macamni, artis X berlakon dalam drama bercorak Islamik dengan memakai tudung litup,padahal realitinya tak bertudung malah rambut colourful! Bila wartawan kata "ada x rancangan nak pakai tudung?" Artis X mungkin balas dengan ayat macam ni ..
"saya memang ada rancangan nak memakai tudung, yelah time bertudung kat lokasi rasa macam selesa dan tenang. Tapi tak boleh la bertudung secara tergesa-gesa atau tiba-tiba, kita bertudung kenalah ikhlas.. Jangan jadi macam sesetengah artis yang sekejap tutup sekejap buka... Insya-Allah, kalau tibanya seru atau waktu berkahwin nanti, saya akan bertudung.."
Ayat kat atas ni sekadar rekaan aku, tapi aku pernah baca beberapa statement daripada artis-artis Malaya nih, so aku gabung jadi statement seperti di atas. Sebenarnya kita tak boleh terlalu memaksa mereka terus memakai tudung, bertudung kenalah slow-slow.. TAPI, adakah kita lupa kita sudah diseru oleh Allah sejak akil baligh lagi untuk menutup aurat (bukan sekadar bertudung je) Maka takde alasan lain la kalau nak lengah-lengahkan untuk menutup aurat.
Namun kita (terutama sekali bagi suami,teman lelaki atau kawan perempuan) perlu galakkan mereka yang tidak menutup aurat untuk menutup aurat secara perlahan-lahan, sebab naluri manusia yang bukan mudah untuk berubah mendadak.
pasangan digalakkan mendidik pasangan mereka berubah tapi secara slow2
MACAM NE NAK DAPAT HIDAYAH DARIPADA-NYA?
Hidayah bukan semua orang boleh menerimanya daripada Allah, kata orang, Hidayah tu hak exclusive Allah untuk diberi kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Tapi kita ada cara lain untuk menjadi Insan yang lebih baik...
1. Sentiasa berdoa kepada Allah bukan terbuka hati menerima hidayah, tetapi seelok-eloknya berdoa agar diri kita sendiri berubah menjadi Insan yang menurut perintah Allah dan ampuni kesalahan lalu. Lagi satu, kita digalakkan berdoa untuk orang lain agar mereka ni menerima hidayah oleh Allah (in case berubah perilaku mereka)
sentiasa berdoa minta pengampunan dari-Nya
3. Mulakan perubahan dengan perlahan-lahan. Tolong jangan berubah secara mendadak jika tak mampu, contohnya sembahyang. Jika tak pandai sembahyang, jangan terus pergi ke masjid tiap-tiap waktu padahal ilmu sembahyang belum mencukupi.. Just belajar secara basic daripada kawan-kawan yang ada ilmu..
Cuba kita lihat berapa ramai kawan kita yang tak sembahyang atau tak sembahyang penuh? Salah siapa? Adakah mereka belum mendapat hidayah lagi, atau persekitaran tak menggalakkan mereka untuk beribadah, atau mereka sendiri tidak berusaha untuk berubah? Fikir-fikirlah sendiri..
Jika entri ni ada kesilapan, tolong betulkan ek...Dan jika entri ni sekadar nak menunjukkan HIPOKRIT aku nak tunjuk baik, maafkan aku banyak-banyak, aku cuma Insan biasa hendak berubah secara slow-slow... tak salah nak share bende yang baik-baik kan? hu3
TQ
p/s- Bila nak berubah mesti ada halangan tiba... Dugaan
Kita selalu take for granted kerana sejak azali dilahirkan sebagai islam. Orang-orang yang mendapat hidayah selalunya lebih bersungguh-sungguh melakukan amalan
ReplyDeleteactually, hidayah Allah ada utk setiap hambanNYA..tp sikap kita je yg buatkan Allah susah nk bg...
ReplyDeletesebaiknya, kita kena la slalu muhasabah diri utk mendapat hidayahNYA..amiiinn..
lg seminggu nk raya...lg byk dugaan utk kita beribadat kpdNYA..yela, sesetengahnya da lupa pd penciptaNYA..
dorg lebih sibuk nk sopink raya utk hari lebaran nnt...huhu
p/s: pendapat aku je..peaceee...renung2kan..hehe
*pnjg la plak aku membebel*
emm..kebanyakan orang muda tak berapa beratkan pemakaian tudung ni..skung pun ninie tgk, kbnyakan yg pki tudung pun lebih kepada untuk bergaya dan bukannya untuk menutup aurat..
ReplyDeletepakai tu dah betul, tapi niat pula salah..macam2 lah skung ni dan sebab tu lah gejala sosial makin teruk..kadang-kadang yang tua pun ikut naik sekali dengan yang muda..
pendek kata, soal aurat dah tak penting, semua nya open minded je skung ni..kalau ditegur cakap kolot..emm..ni based on experience ninie juga tegur kawan sendiri..harap mereka berubah kepada yang lebih baik walaupun cuma sedikit (n_n)
nice sharing nas!
ReplyDeletehidayah akan turun bila kita cari dia, bila kita ada rasa mahu tinggal apa yg Allah larang dan buat apa yg Allah suruh.
insyaAllah, Allah tunjuk jalan. Dia sentiasa akan tolong hambaNya, sampai kita rasa sayang dgn apa yg Dia syg, dan benci dgn apa yg Dia benci~
aku support nas, mmg permulaan yg baik, hehehhe
ReplyDeletegewd job nas!
ReplyDelete@akubiomed aah.... kita ni bila dilahirkan as islam... just nama je islam tp amalan langsung xnampak cm muslim... sedih la jika dibandingkan dgn org yang mualaf tu... bersungguh2...
ReplyDelete@asTaNa iMpiaN aah... dugaan besar uh....
ReplyDeletelagi2 bila kita balik kampung nanti msti riuh ngan sanak sedare kan? pasti rase nak sembang2 ngan depa sampai terlupa nak ibadah... isk3
hahha..xpe... bagusla :D
@ninie_azriena yup2.. just gaya.. tudung pun bercolourful... for who??
ReplyDeleteyeker??? bagusla ninie ade usaha tegur2 kawan.. nas kadang2 cepat rase segan bila nak tegur kawan yang buat salah.. ermmm
@Faaizz d. Zul thx faaizz... betul tu... bila kita cari dia dengan berdoa, n perangai pun ke arah menuju perubahan..so tak mustahil Allah akan beri hidayah buat kita :D
ReplyDelete@MR. MIND thx banyak2 bro.. harap2 pasni nak lukis banyak2... heheeee
ReplyDelete@iszieylyanziy thx is.. lama xdengar citer ko.. thx singgah sini :D
ReplyDeletesegan tu mmg lah segan kan, coz kita sendiri pun belum tentu elok agy...tu tak dinafikan..tapi drpd dibiarkan, elok ditegur..
ReplyDeletedalam masa yang sama kita tegur org tu, kita pun boleh cuba berubah jadi yg lebih baik..jgn segan tau buat kebaikan nas =)
waaahh lukis sendiri ka nass??
ReplyDeletesaya suka entry nie. hidayah nie ibarat macam jodoh jugak. bukan datang bergolek tapi kena cari. Atleast kita cuba kearah yg baik dan tentunya yang baik berterusan baik. dan yg tak baik kene berubah menjadi baik|:P
ReplyDeleteGood entri..tentang hidayah..bukan senang nak hidayah.
ReplyDeletePertama kena buang malu bertanya..
Kedua kena buang malu tak berilmu..
entry yang berguna, nas. thanks for sharing. aku pon nak share ini jugak:
ReplyDeletehttp://ordinarysoffea.blogspot.com/2011/08/ini-kisahku.html
situ ade aku letak link tentang hidayah.
anyway, hidayah itu perlu dicari. doa dan usaha. insyaAllah~ semoga ramadhan kali ni membawa 1001 erti kepada kita semua. insyaAllah.. aminnn~
@ninie_azriena baguslah ko.. aku nak amek semangat daripada ko.. aku cuma tegur dalam hati jerk... hu3....
ReplyDeletethx ninie :D
@miss biebbiey aah..lukieh sendiri.. nape? buruk ke? heheeee
ReplyDelete@cIk JanNah yess.. pandai ko buat perumpamaan ek.. hehehee... betul tu.. kalau kita cari dia.. kita xmustahil boleh dapat pd suatu hari nanti :D
ReplyDelete@Hanif betul tu bro.. kene buang malu bertanya kalau kita ni serba kekurangan.... aku akui aku ni sifat malu bertanya mmg susah nk kikis agy.. hu3
ReplyDelete@soffea thx banyak2 sbb ko letak link sama2 kat blog ko...
ReplyDeleteterharu :D
=)
ReplyDeletesemoge kite semue ade hati untuk mengubah kekurangan diri.
nice sharing...sekadar peringatan buat kite semua untuk berubah di bulan Ramadhan ni.
ReplyDeletejwpn artis tu sume cliche kn. jawapan nak selamat. ;) betol ckp ko, kite mmg da diseru utk pakai tdg dari kck lg. bnde tu mmg wajib. so, tak ada istilah2 lum dpt seru ke, ape ke, kan.
ReplyDeletenice entry!
@i am S!L4H.. hati dah ade dah.. cuma hati kita ni xbersih lagi... hope so la
ReplyDelete@Mohammed Faizal yup2.. time ramadhan ni la time kita sesuai untuk berubah :D
ReplyDelete@SyuEyep3.. mmg selamat.... hehehe.. thx.. kita mmg kecik2 dah disuruh memakai tudung err.. menutup aurat :D
ReplyDeleteAku suka entry nie :)
ReplyDeleteAku pon dalam proses nak berubah.
Takpe take it slow.
Sikit2. Yang penting istiqamah.
bersihkan la hati itu...
ReplyDelete^^
biarlah berubah perlahan2 kan asalkan istiqamah..tu lg penting :)
ReplyDeleteRamadan sudah hampir kepenghujungnya .... EEEMMMM paling kurang kita perlu ambil sedikit perubahan dalam diri.... dalam bulan ni lah juga kesempatan kita memperbaiki kelemahan diri... kalau dulu kaki rokok sekarang dah mula langkah mengurangkannya... kalau dulu tak rajin gi surau bulan posa cam ni dah mula dekatkan diri gi surau dengan starting buat solat tarawih... kalau sebulan full buat benda ni Insya Allah ada nampak perubahan dalam diri kita... dan diharapkan berterusan...
ReplyDelete★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
masalah ignition motorsikal tak hidup
@Rowena Zainuddin baguslah kalau ade proses nak berubah... gud luck rowena :DD
ReplyDelete@i am S!L4H.. hope dapat bersihkan diri kita secara slow2
ReplyDelete@Aisyah Aina yep3.. istiqamah tu penting.. buat apa kalau buat setengah jalan je kan ? :(
ReplyDelete