Pesanan Penaja

Friday, August 19, 2011

Jom Kita Rebut Beramal di Malam Lailatulqadar!


    Assalamualaikum... Pejam celik pejam celik kita cuma tinggal kira-kira 10 hari saja je lagi untuk beramal dan berpuasa di Bulan Ramadhan ini. Cepat kan??? Lepas tu dah nak raya dah.. Seperti korang sedia maklum, dalam 10 malam terakhir ni ada satu hari yang special di mana ganjaran amalan orang muslim dibalas dengan pahala beramal di 1000 bulan! Banyak kan? ini bermakna kita seperti beramal selama 83 tahun lebih! Yelah, kini tak ramai orang yang mampu hidup melepas usia 83 tahun! Jom baca selanjutnya...


BILA EK LAILATULQADAR?

     Malam lailatulqadar bukannya 10 hari terakhir Ramadhan,tetapi salah satu malam daripada 10 malam terakhir Ramadhan. Ramai Ulama berselisihan pendapat mengenai tarikh tepat malam lailatulqadar. Namun, kita ni digalakkan menggandakan amalan kita pada 10 malam terakhir nih.


MASALAH MASYARAKAT KITA PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN...

1. Jemaah di surau/masjid terutama sekali time sembahyang tarawih amat mendukacitakan. Awal ramadhan je berduyun-duyun penuh satu surau ada sampai sembahyang di luar, tapi makin susut sikit demi sedikit menjelang 10 malam terakhir nih.. aishh

shopping raya sakan sampai berjam-jam kat shopping mall

2. Over dalam persiapan menyambut aidilfitri seperti shopping beli baju raya, buat kuih raya banyak-banyak, hias rumah over-over,dan seumpamanya sehingga meninggalkan amalan sunat dan malah mungkin amalan wajib di bulan Ramadhan nih seperti solat fardhu.

3. Teruja dan happy sangat nak sambut raya berbanding dengan berasa sedih kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita nanti.

4. Lalai. Lalai mendengar lagu-lagu raya tak kira la yang sedih-sedih ataupun berentak rancak dan menggambarkan suasana ceria di pagi raya. Tak salah dengar/nyanyi lagu raya tapi berpada-pada lah. Lebih baik perbanyakkan amalan zikirullah.

5. Suka melenggah-lengahkan membuat zakat fitrah, kang bila dah lepas buat solat sunat aidilfitri baru la nak teringat nak buat pembayaran zakat fitrah.. asyehhh..

6. BAM.. BAMMM... bunyik mercun.. mesti ramai gile kanak-kanak dan mungkin remaja dan 'dewasa' yang bermain mercun time nak raya nih! Please jangan main! bukan saja buang duit dan masa, malah mungkin jari kita akan dibuang oleh doktor kalau jari putus main mercun.. Camne nak salam ngan abang yang murah ati nak bagi duit raye nih (murah ati kunun.. hehe).. alahaiii...

camne aku nak dapat duit raya n makan kuih raya kalau jari camni....

APA EK AMALAN YANG DISARANKAN?

     Banyak amalan yang bileh dilakukan seperti malam-malam Ramadhan yang lain. Antaranya amalan sunat seperti bertadarus,membaca al-Quran, berqiamullail, solat tahajud,kurangkan tido dan amalan-amalan yang sia-sia dan sebagainya yang tak mampu aku nak taruk kat dalam entri nih.. (:P).. kalau nak baca lebih.. baca kat entri ni
bertadarus al-Quran antara amalan yang amat digalakkan

HARAPAN RAMADHAN PADA MALAM LAILATULQADAR...

     Kita berharap serta berdoa agar kesihatan yang baik dan mempunyai kekuatan untuk beramal pada 10 malam terakhir nih.. yelah, takut-takut time kita sakit time jatuhnya malam lailatulqadar sehingga tak mampu melakukan amalan sunat yang lain.. mesti rasa rugi kan?


HARAPAN SELEPAS BERAKHIRNYA RAMADHAN..

     Lepas habis ramadhan tak yah buat amalan-amalan sunat, pergi ke surau tiap-tiap malam dan teruskan siri ke-100 mengumpat orang merata rata??? Tak begitu! Bulan Ramadhan ni lah 'destinasi' untuk kita berubah untuk menjadi Hamba Allah yang lebih baik daripada bulan sebelumnya.. Kalau perubahan yang terhasil daripada bulan Ramadhan itu walaupun tak seperti 'time' Ramadhan, tapi alangkah baiknya kalau diri kita ni menjadi lebih baik daripada Bulan sebelumnya, kan? :)

p/s- selamat beramal di 10 malam terakhir RAMADHAN :D

27 comments:

  1. mase skola dlu slalu gak bgun wat qiamullai..
    tp skrg..err..(-____-")

    *nice en3! :)

    ReplyDelete
  2. bagus la entry ko ni nas.. I LIKE..

    btw.. belanja aku nas.. shoping raya.. hi3

    ReplyDelete
  3. @FariehanIbrahim [LBC] erk... dulu rajin sbb ramai yang buat.. kan?
    skank sbb da xramai tu la maleh kot :P

    ReplyDelete
  4. @Zuewairy erk.. shopping raye? aku raye tahun ni xshopping pon.. saving je lebey :P

    ReplyDelete
  5. jom bro, kumpul tenaga untuk 10 malam terakhir ini

    ReplyDelete
  6. entry yg superb, nas :)


    semoga kita semua mendapat keberkatan ramadhan kali ni, dpt berubah menjadi yg lebih baik, insyaAllah~

    ReplyDelete
  7. nash, bace2 anda tulis..

    scroll sket2

    scroll lagi..


    tibe2

    nampak gamba tangan tu.
    terkejut! nk pitam rase.
    T___T

    ReplyDelete
  8. huwaaaa!!!!! kesiannyer nyer hilang jari die -..-

    ReplyDelete
  9. Elaklah bermain mercun bola kesannya amatlah teruk ada yang hilang jari dan memberi kecacatan kekal

    ReplyDelete
  10. @iman Haikal Insya-Allah.. harap2 aku xlalai la walaupun tenaga banyak

    ReplyDelete
  11. @soffea eh.. xde la superb.. huk3...
    amin
    harap2 begitulah.. insya-Allah

    ReplyDelete
  12. @i am S!L4H.. tu la..mungkin balasan orang yg xdengar kata.. nak main mercun gak

    ReplyDelete
  13. @lizztu la pasal.. aku tumpang simpati

    ReplyDelete
  14. @akubiomed yep3.. mercun bola adalah mercun yang boleh buatkan tangan pecah macam gambar diatas.. huishh

    ReplyDelete
  15. @ADfeez boleh? boleh main mercun ker? hahahaa

    ReplyDelete
  16. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip tayar motorsikal pancit

    Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr...

    wooo 10 malam ramadan ramai yang buat tadarus dan iktikaf kat masjid tempat aku... mudahan ramadan kali ini lebih sempurna

    ReplyDelete
  17. ilmiah sungguh ni.
    berusaha untuk sampai ke malam tu ~

    ReplyDelete
  18. best entry..
    tp, mmg btol pn..
    ble2 dah nk raye ni lg bnyk la sale raye..
    org pn makin kurang ke surau..huhu

    ReplyDelete
  19. alahai...1st nmpk je entri ko ni...
    "sama" la plak pic lailatul qadar tu...haha. *segan* tp bkn copy tau. :P

    yup...jom tingkatkan iman + kurangkan pembaziran.. =)

    fmly aku pun byk saving jer...
    xde sofa baru..rumah pun stil sme jer..x cat..sbb cat masih elok...huhu

    tp...langsir tukar baru la..sbb da 3 taon xtkr..stil langsir corak yg sme...hehe

    sekian..

    p/s: menurut pndgn aku jer.. peacee

    ReplyDelete
  20. @Afzainizam samelah aku.. lama xsinggah blog ko... hehehhee.... bagusla ko buat cm2..aku just buat simpe2 je

    ReplyDelete
  21. @zt-zati betul tu.. sales da banyak... ramai mesti tengah shopping raya time skank ni

    ReplyDelete
  22. @asTaNa iMpiaN alamak.. kebetulan je nih
    hehhee.. bagus tu
    rumah aku xde upgrade sgt...
    langsir pun sama jerk
    baju raye pun 2 tahun lepas :P

    ReplyDelete
  23. hehe...bersederhana lah kita sebagai umat Islam... ;)

    ingat lah kpd umat islam yg telah tiada di muka bumi ini.. :')

    ReplyDelete

Thx sebab komen entri.. bagi mereka yang dari wordpress atau reader yang tidak mempunyai blog,boleh komen dengan klik pada name/url. then tulis nama dan/atau letak link blog korang dan publish comment :)
annonymous juga digalakkan memberi komen :P

Related Posts with Thumbnails