Pesanan Penaja

Saturday, August 27, 2011

Info Lagu-Lagu Raya yang Korang Perlu Tahu



1. Banyak juga lagu raya yang menggunakan tajuk yang sama tetapi artis,susunan lagu dan melodinya langsung tak sama seperti:

- Suasana hari raya: Anuar Zain dan Eleena , Sharifah Aini
- Selamat hari raya: Saloma, Ahmad Jais, Rahimah Rahim dan Fazidah Joned dsb

BACA LAGI..


Nyahhhhhh!!!!

2. Aku pernah tengok klip video (mungkin dari youtube) 4 orang 'mak nyah' yang memakai baju kebaya buat mimik mulut menyanyi dan menari secara gedik-gedik lagu raya siti nurhaliza, "Anugerah Aidilfitri" dulu. Kata ustazah subjek hubungan etnik aku dulu, perbuatan mereka tak sopan dan tak sesuai dengan lirik-lirik lagu yang memuji Tuhan ni... nak tengok??? kat sini

3. Lagu raya "Balik Kampung" oleh Sudirman bukan sebenarnya dirakam untuk lagu raya, tetapi lagu ni antara lagu terfemes bagi lagu raya terutama sekali mereka yang berada di perantauan dan pelajar2 universiti untuk balik ke kampung beraya. ho ho ho balik kampong!!!!! :D

4. Kebanyakan muda mudi apatah lagi kanak-kanak sekarang tidak berapa minat lagu era sebelum 90-an, tetapi tidak pelik jika majoriti mereka meminati lagu raya zaman 60-an hingga 80-an sebab lagu-lagu raya zaman dahulu yang kedengaran kampung lebih dekat di hati dan lebih malar segar.

artis-artis nyanyikan lagu raya 90-an

5. Lagu-lagu raya zaman moden sekarang kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat sekarang, walaupun stesen radio cuba siarkan lagu- lagu raya terbaru pun, aku cepat-cepat tukar siaran lain sebab... TAK BEST! hehhe...

     Tapi ada la juga lagu-lagu alaf baru yang mendapat sambutan seperti sesuci lebaran (siti), satu hari di hari raya (m.nasir) dan keindahan aidilfitri (achik spin,syura,elyana,nana,kumpulan budak kaca mata) Tapi lagu-lagu tersebut dah lama gak, hampir 10 tahun yang lampau.

lagu raya 60-70an

6. Lagu raya saloma, "Selamat Hari Raya" boleh dikatakan lagu paling femes berbanding lagu-lagu raya lain sebab kalau budak-budak yang main bunga api, mesti nak nyanyi "selamat... hari raye.." hehee..

     Kalau korang nak tau, lagu yang korang dengar ni bukannya versi asal tau, tetapi  versi yang baru sikit sebab versi asal tak mendapat lulusan stesen radio kerana mempunyai lirik berbunyi "bam-bam bam... bunyi mercun.. kanak-kanak pun datang berduyun-duyun" (ala-ala macam ni la). ini kerana lirik ni mungkin mengalakkan kanak-kanak bermain mercun.. Ini info yang aku dapat tau dari mak aku :D

7. lagu raya lebih cepat disiarkan di radio iaitu 20 hari sebelum raya berbanding dengan lagu-lagu ramadhan dan lagu-lagu merdeka :P

8. Lagu "ku pohon restu ayah bonda" asalnya lagu daripada kumpulan nasyid wanita kumpulan al-Jawaher, tapi Mamat Exist yang popularkan lagu ini sehinggakan tenggelam artis asal... tak macam artis lain yang cuba nyanyian lagu raya nafas baru, langsung tak setanding nyanyian asal.

p/s: lagu raya apa yang jadi fevret korang??? hehe

16 comments:

  1. menarik info ni...dah macam segmen tahukah anda

    ReplyDelete
  2. @Mohammed Faizal hahaa.. boleh plak jadi segmen.. hehehe :P

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. wah...siap post vid "nyahh" plak...haha..

    hebat ko!hahaha...aku plg suka lagu raya nyanyian M nasir-satu hari di hari raya...siti nurhaliza-air mata syawal & rahimah rahim-selamat hari raya...

    plg sayu lagu sanisah huri-bersabarlah sayang...mmg lentok abis...hehe

    ReplyDelete
  5. haha..nyah2...

    aku suka lagu dari jauh ku pohon maaf...sudirman...biar la feeling sedih2 pagi raya..hahaha

    ReplyDelete
  6. @asTaNa iMpiaN aah.... aku post link jerk.. hehehe
    betul tu.. aku suke lagu2 yang ko minat kecuali lagu siti airmata syawal... hehehehe

    err.. asal blog ko private???

    ReplyDelete
  7. @Aisyah Aina hehehe.. aku pon suke gak..tp aku suke lagu yang happening.. xmau sedey :D

    ReplyDelete
  8. dengar lagu raya masa duduk kat rumah tak feel la. hahahaha,

    ReplyDelete
  9. Lagu-lagu Raya Evergreen tetap menjadi pilihan setiap kali menyambut Hari Lembaran.

    ReplyDelete
  10. yups
    lagu balik kampung nyanyian sudirman tu memang bukan lagu hari raya tapi sebab lagu t bertepatan dengan semangat orang balik kampung waktu raya
    jadi sebab tu la jadi lagu raya secara tiba2 tu
    :-)

    ReplyDelete
  11. @nas

    oh..sor lmbt reply..
    actually smlm blog aku under construction...hehe..
    sessi menukar header blog yg baru..

    ahaaa... =) cpt loading + simple + cantik..heeee.. *puji blog sndiri* =P

    ReplyDelete
  12. @RIANaah.. betul tu... xde feel... kalau dok kat perantauan baru ade feel :D

    ReplyDelete
  13. @akubiomed yep3... lagu3 lama tetapi jadi pilihan sbb ala2 kampung....sesuai ngan raya yg kita semua balik kampung :D

    ReplyDelete
  14. @Hansyes... tu la pasal dah bertepatan dengan semangat raya.. terus da jadi lagu raye.. hehehe.. best2 :D

    ReplyDelete
  15. @asTaNa iMpiaN owh... patut la.. xpe la.. aku blog under construction aku masih biarkan blog tak ditutup.. hehehe
    cait.. suke je puji2 eh..

    ReplyDelete
  16. point no. 6 tu sgt2 la stuju..
    ~teringat plak mase kecik2 sy pn suke nyanyi sambil main bunga api, kantoi..
    :P hehe

    klo lagu raye, suke dengar lagu
    -mamat: ku pohon restu ayah bonda
    -aishah: pulanglah

    :)

    ReplyDelete

Thx sebab komen entri.. bagi mereka yang dari wordpress atau reader yang tidak mempunyai blog,boleh komen dengan klik pada name/url. then tulis nama dan/atau letak link blog korang dan publish comment :)
annonymous juga digalakkan memberi komen :P

Related Posts with Thumbnails