Pesanan Penaja

Wednesday, December 8, 2010

Tips Untuk Menjadikan Blog Kelihatan Profesional dan Cantik

  
Blog nampak lagi cantik kalau ader gambar lisa suri hani..hehee

     Cuba kita lihat blog-blog seperti yanmieonline,ohtidak dan banyak lagi, takkan kita tak jeles kot dengan template diorang yang cantik, simple serta susunan widget-widget mereka yang lebih teratur dan yang paling penting,tidak terlalu berat untuk di loading! Blog yang cantik serta kelihatan lebih profesional (kelihatan seperti blog wordpress) mesti menjadi daya tarikan pengunjung blog untuk kerap singgah ke blog kita.

     Tapi jangan lupa juga,kualiti entri juga memainkan peranan penting untuk menarik lebih ramai pengunjung blog. Bagi blogger- blogger terutama sekali mereka yang menggunakan platform blogspot,boleh la baca 9 tips yang tidak seberapa nih..hehe :

1. SEMBUNYIKAN ATAU MEMBUANG BLOGSPOT NAV BAR
 

     Blog sapelah aku cilok nih..hehehe..sori..jangan mara ek...Mereka yang menggunakan platform blogspot memang sedia ada nav bar seperti di atas. Walaupun kita mudah untuk pergi ke dashboard serta sign out dengan adanya nav bar ini, namun ia kelihatan kurang profesional serta mengurangkan ruang pada atas blog kita. Malah,jika kita lihat button 'report abuse',ini agak membahayakan blog kita kerana sesiapa saja yang mungkin 'membenci' blog serta tuan punye blog akan report blog abuse. So siapa yang mahu try,cuba tutorial ini.

2. GUNA WARNA TEMPLATE/BACKGROUND YANG TIDAK TERLALU TERANG/GELAP

nice gak header serta template yanmieonline.com nih..simple je~
     Sekali lagi aku beritahu,tolong jangan gunakan template yang berwarna terlalu terang benderang,terlalu berwarna warni,gelap gelita serta kusam secara sepenuhnya dalam blog kita. Contohnya warna merah terang memang agak menyakitkan mata memandang. Tapi ia kelihatan lebih elok jika diimbangi dengan warna yang tidak terang seperti warna putih pada bahagian entri. Contohnya seperti di blog SoffieSoffea nie. Memang seimbang! :)

3. LETAKKAN GAMBAR PADA SETIAP ENTRI


     Entri yang diserikan lagi oleh gambar berkaitan entri akan menceriakan blog kita. Blogger-blogger yang terkenal pun biasanya meletakkan gambar yang mungkin membuatkan pengunjung blog teruja untuk membaca dengan lebih lanjut. Lagi best kalau letak gambar yang melucukan.

4. ELAKKAN DARIPADA MELETAKKAN WIDGET YANG TIDAK PERLU

     Widget-widget seperti kalendar,jam,lagu autoplay dan banyak lagi yang boleh dibaca dalam entri ini. Ini membuatkan blog kelihatan kurang profesional serta memberatkan lagi blog. Tapi bagi mereka masih menyukai widget sedemikian, boleh je kekal meletakkan di situ. Bukan aku suruh ok..hehehe

5. JANGAN MENYURUH SERTA MEMAKSA ORANG KLIK PADA IKLAN

     Ada sebahagian kecil blog yang menulis tajuk pada iklan nuffnang mereka seperti 'Plz klik iklan nih', 'Press f5 kalau iklan tak muncul', 'Klik nuffnang ni' dan sebagainya. Kalau boleh tukarkan kepada ayat yang lebih umum seperti 'iklan terbaru', 'nuffnang' dan sebagainya yang tidak mempunyai unsur seakan memaksa orang klik iklan. Ini menjadikan blog kelihatan kurang mengamalkan 'profesionalisme' dalam meletakkan iklan mereka dalam blog. Aku dulu pernah letakkan ayat sebegini,cuma dah insaf..hehe

6. JANGAN MEMASANG IKLAN TERLALU BANYAK SERTA BERSELERAK

     Iklan yang banyak memang menguntungkan tuan punya blog. Cuma jangan meletakkan iklan terlalu banyak serta bersepah hingga mengganggu pelawat blog. Kadang kadang aku pernah terlihat satu blog yang meletakkan iklan di tengah-tengah blog. Susah kot aku nak baca entri dia..Aisshh..

7.  PAPARAN BLOG YANG JELAS DI SEMUA INTERNET BROWSER

     Pernah kita terbaca ada blog yang menulis 'paparan blog ini lebih jelas jika dilayari mozilla firefox dan internet explorer'. Bagi mereka yang selalu melayari internet IE dan firefox memanglah dapat melihat blog seseorang dengan jelas,cuma bagi mereka yang menggunakan google chrome,mesti blog seseorang kelihatan berketak-ketak seperti di header. Ini menyusahkan orang untuk buka browser lain pula. Maka,biarkan paparan blog kita seragam!

8. TOLONG JANGAN COPY PASTE ENTRI ORANG!


     Ini perkara yang semestinya ramai blogger yang tak suka bagi sebilangan kecil blogger yang copy paste entri tanpa edit serta memberi kredit kepada penulis blog tersebut. Lagi satu,jangan copy paste entri daripada berita online tanpa memberi ulasan. Daripada baca entri yang dicopy paste berita online,lebih baik kita baca berita daripada berita online,bukan?

9. RAJIN MENULIS SUMBER ARTIKEL YANG DIPEROLEH

     Bukan semua entri yang ditulis keluar sepenuhnya dari ilham serta minda kita (skema plak ayat aku makin lama..hehe), Maka sebaik-baiknya,jika kita mendapatkan sedikit 'input' daripada blog seseorang untuk dikongsi bersama dalam blog kita, letaklah juga nama serta link blog tersebut. Ini sebagai cara menghargai susah payah penulis blog berkenaan menulis entri.

kredit kepada scientificfasting

TAMBAHAN:
setelah tak sampai sebulan aku letak poll di side bar blog pasal jantina pengunjung blog ini,ini keputusannya:
     berdasarkan vote2 yang diterima, 73% dr pengunjung blog ini adalah lelaki/wanita sejati manakala selebihnya tidak..hehehe...ntahla...mungkin ada yang main2 kot :P

reading

80 comments:

  1. aw. ramai peminat perempuan.

    err, blog aku ok ke?

    (aku tgh nak final ni, takde masa nak update)

    ReplyDelete
  2. blog aku ok x ? sje je nak mnta pandangan sket :P

    ReplyDelete
  3. @Affan Ruslan xde la ramai sgt..seimbang gak..hehehe...blog ko ok je kot :P

    ReplyDelete
  4. @Siti Wardah nice gak..nanti aku singgahlagi ek...hehehe :P

    ReplyDelete
  5. budak kecik!
    aku punya blog ok tak?

    ReplyDelete
  6. @Zuewairy dulu blog ko nampak gelap gelita...skunk ungu...da cantik da :P

    ReplyDelete
  7. sampai la nie cheq tatau cmne nk letak iklan antara entri... huhu

    latest entri :
    http://alkisahsibelalang.blogspot.com/2010/12/hantaran-tinggi-la.html

    ReplyDelete
  8. bila sifu berkongsi ilmu,,ahha

    thanks you ye,,,hehe

    SUKA PELIK

    ReplyDelete
  9. @Encik Bell (beLalaNG) boleh je....tp ikot ko gne template mana...ko letak kod iklan kat atas entri atau bawah entri kot...aku xreti sgt..aku letak atas je

    ReplyDelete
  10. @iszieylyanziy same2...xde la sifu2....aku bukan da lama :P

    ReplyDelete
  11. eh nas! blog biru aku tu ok x? mcm tadika pun ada kan haha! eh tolong la komen pasal blog aku nih ek. pliz..

    ReplyDelete
  12. blog cikgu namanya HANTAM SAJALAH

    ReplyDelete
  13. Bab pujukan atau trick supaya pengunjung klik iklan tu kena amik serius..boleh jadi shubhah hasil pendapatan tu nanti..

    jgn risau sgt tentang iklan, kalau menarik pasti akan ditekan tanpa disuruh pun..

    p/s:yg 'masih keliru' tu tak boleh blah haha

    ReplyDelete
  14. banyak betul ilmu di curahkan hari ini, TQ

    ReplyDelete
  15. blog ak plak cmne?uhuhu..
    semua org nak dgr komen tntg blog dri en nas.;p

    ReplyDelete
  16. ehhhh..navbarrr akuuuu tuhhhhhh!!hahahah...nas kantoi ko.ak baru perasan.!grrr..;p

    ReplyDelete
  17. nas . aku rasa orang main2 jer tekan bapuk tu . haha . weh tq taw bg tips ni :)

    ReplyDelete
  18. apa pun simple tu pntg. tp macy syg na buang ladybird kt blog. uhuu

    ReplyDelete
  19. haha.sape la yg vote khunsa tu ek. haha. adeyhh.

    ReplyDelete
  20. pergh~! encik nas da best lh, mmg professer, err, profesional.
    ensem plak tuuu,
    auww~ hahaaha XD

    ReplyDelete
  21. aku sokong !
    aku nak buang navigation ! !
    lalalalalala

    aku nak tnye ?
    kau rase blog kau kelihatan profesional n cntek x ?
    huhu!

    ReplyDelete
  22. Blog sy blog kampung je...tak ada blig2, tak ada apa2. Bagus lah tips dari awak. Saya akan ikut. TQ

    ReplyDelete
  23. Blog sy blog kampung je...tak ada blig2, tak ada apa2. Bagus lah tips dari awak. Saya akan ikut. TQ

    ReplyDelete
  24. hurmm..blog aku mmg la wane gelap..ahhaha..aku nye blog mmg xnampak pro lgsg..sbb cam diari aku je..hihi..tp pape pon..tringin gak nak blog aku jd cantek...thanks bg tips ni..=)

    ReplyDelete
  25. @dya adriza blog ko ok jerk...hehhehe....nanti aku singgah blog ko n komen...tp jgn risau la...hehe

    ReplyDelete
  26. @IMANSHAH hahahah..xper2...tak kesah pon :P

    ReplyDelete
  27. @tengkorakemas tu la pasal....mmg hasil pendapatan mmg xhalal cm2..aku da lama insaf dah...hu3....
    tu la pasal...mmg xleh blah :P

    ReplyDelete
  28. @Biela Sapine xde banyak mana pon..hehhe..sama2 biela

    ReplyDelete
  29. @echah mashuri blog ko ok..nice!!!! malu la..aku bukannyer pengkomen yg terbaik,.....hu3

    ReplyDelete
  30. @echah mashuri muahahaha...mmg terkantoi suda...mmg nav bar ko..nk suruh ko ubah :P

    ReplyDelete
  31. @Nur Azila Ismail tu la pasal..xkan 11 orang bapuk kot....hahahhaa....same2 azila~

    ReplyDelete
  32. @maCyladybird? xper2...at least kita ader hak sendiri pada blog kita...hehehe

    ReplyDelete
  33. @rockinsudu tu la bro....2 orang lak tuh....giler laaa :D

    ReplyDelete
  34. @fariehan ibrahim xde la profesor n profesional sgt...hu3...xde ensem la..hu3

    ReplyDelete
  35. @Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza hahaha..buang jerp..hehehe...aku rase masih tak rase profesional lagi..masih banyak kekurangan lagi kne tambah..hu3

    ReplyDelete
  36. @Azierazwan thenks...xper...tak kisah..cuma kalau nak kelihatan profesional try la tips nie..hehehe

    ReplyDelete
  37. @Biela xper...maybe ko ske marne gelap kan? hehehe....lagipun blog ko just a diari...its up to u :)

    ReplyDelete
  38. aku stuju dgn tips2 yg diberikan. blog skrg tumbuh bagaikan cendawan dan bnyk blog yg widget bersepah2. sgt merimaskan + melambatkan loading blog.

    blog aku ok x warna dia? hehe.

    ReplyDelete
  39. nak tukar header la kalo camnie..huhu..

    ReplyDelete
  40. satu lg psl poll. hak2. lawak2. dorg main2 kot. haha. mcm2 lorh.

    ReplyDelete
  41. Thanks nas atas perkongsian di atas.Sememangnya amat penting untuk menjadikan blog kita kelihatan profesional.

    Kajian yang dibuat menunjukkan blog-blog atau laman web profesional bukanlah yang mengandungi terlalu banyak design yang menyakitkan mata.

    Blog atau laman web yang profesional ialah yang simple je,tak terlalu kuat warnanya.Link diletakkan di tempat yang jelas.Yang penting info.

    Aku paling suka blog yang dimiliki oleh google.Tak kiralah blog gmailke,analytic ke.Sangat simple dan nampak profesional.

    Dan laman web google lagi simple.

    ReplyDelete
  42. @RedBoys thx...tu la...mmg byk blog skank...widget mereka mmg xsusunatur betul2...hu3...ok? nnt aku singgah blog ko :D
    mst ok nyer :D

    ReplyDelete
  43. @bardboo eh..yeker???? xtahu la..takot susah payah nk buat baru kot..hehe

    ReplyDelete
  44. @RedBoys tu la pasal...rase2 mmg orang main kot..hehehe

    ReplyDelete
  45. @Panduan Buah Pinggang Sihat sama2 bro buah pinggang..hehehe taw xper..banyak blog2 yg pro xde la design yg pening mata bila tengok..hehehe...yup2..info paling utama...tau xper..website google mmg simple..hehee..thx atas pendapat panjang lebar ni..aku hargai~

    ReplyDelete
  46. betul tu ,kalau nak copy paste sila beritahu then credit to that blog balik...

    hai nash..lama tak singgah kat sini..hehe

    ReplyDelete
  47. nas! blog aku okey tak?? hehe.. ;)

    ReplyDelete
  48. thanks nas sudi kongsi.. nampak gaya mcm byk jer aku kena ubah blog aku nnt.. hehe..

    ReplyDelete
  49. menarik info ni..navbar elok hide rupanya...huhu...

    ReplyDelete
  50. mekaseh... asenyer belog i lagi ringan kot~ ;)

    kosong jer kan..

    ReplyDelete
  51. bagus tips2 nie...tolong tgkkan blog aku, ok ker?

    ReplyDelete
  52. @Cahaya Kehidupan tu la pasal...kne credit...kalau xpon..copy paste then edit banyak2...hu3

    pst- tau xper..da lame xsinggah :P

    ReplyDelete
  53. @-iEkA DaRLink- erm...nanti aku singgah..hehehehe..xp aku xpandai sgt menilai blog orang 100% :P

    ReplyDelete
  54. @mR.sYaH same2 syah...harap2 ubah la...tp ok je kot blog ko :D

    ReplyDelete
  55. @Catherine- hahaha...xper2..nanti tambah2 widget sikit :D

    ReplyDelete
  56. @Ali ridha hehehe..bagus2..itu yg aku harapkan :D

    ReplyDelete
  57. @intankuterpilih nanti aku check kat blog ko ok...hu3 :D

    ReplyDelete
  58. klu aku punye blog macam mana plak nas?? ^^

    ReplyDelete
  59. @a i d a ; blog aida ok jerk....hehehe...weyh..ko da check rezut x? hu3

    ReplyDelete
  60. hahaa.. nas :) aku bru on9 nih. ada nama aku di situ ya. thanks beb. for the review. thanks jugak for the compliment. nie pon blaja dr ko jugak :) time kasih sifu~ hehe :)

    nanti nak mintak tlg ko lagi ye. nway, blog aku pon ade nav bar tu, yg mcm ko amek kat blog echah. hehe. kne hide eh? akn diusahakan :)


    thanks again nas :)

    ReplyDelete
  61. woahhh bagus nih!
    thx a lot for sharing ;D
    thumbs up~

    ReplyDelete
  62. nas kalau mengulas mmg terbaik!! hehee.. nas, blog aku camne? ok ke tidakkk

    ReplyDelete
  63. cuba nas komen psl blog cik tom ok x??pe lg yg perlu diperbaiki??cik tom nak tahu jugak..

    ReplyDelete
  64. nas , tlg edit kan blog aku , hahaha :D

    ReplyDelete
  65. my blog plak cmne..??
    any komen..??

    ReplyDelete
  66. tq sbb ku byk belao berblog dr hang...so jgn r stop berblog k.... hidup uitm shah alam

    ReplyDelete
  67. assalamualaikum..apa kabar?sy kbr baik(xtny pun sy nk gtau gak).kahakz!nice2!

    ReplyDelete
  68. Salam..berkunjung sini..baca entri ni..sudi berkunjung ke blog saya yaa..huhu..tinggalkan komen kat entri erk

    ReplyDelete
  69. tapi harinih aku dapat BE.. kalau aku tak suruh org klik, rugi la aku.. MUAAHAHAHA

    ReplyDelete
  70. NICE ENTRY, AKU DAH TERJAH BLOG KAU SEPERTI YANG DIJANJIKAN.FOLLOW LA PLAK

    ReplyDelete
  71. Suka baca perkongsian info yang mantap ni. Terima kasih dik.

    ReplyDelete

Thx sebab komen entri.. bagi mereka yang dari wordpress atau reader yang tidak mempunyai blog,boleh komen dengan klik pada name/url. then tulis nama dan/atau letak link blog korang dan publish comment :)
annonymous juga digalakkan memberi komen :P

Related Posts with Thumbnails