Aku menulis entri ini selepas terkedu sekejap semasa mendengar khutbah Jumaat semalam pasal ruginya orang yang tidak berpuasa pada 10 Muharram serta Keruntuhan moral remaja masa kini di mana disebut ada kes adik-beradik yang berusia 11 dan 13 tahun ditangkap selepas video dan gambar mereka sedang buat aktiviti seksual telah tersebar. Sedih aku dengar perkara yang berlaku pada zaman ini. Muda-muda lagi sudah terlibat dengan aktiviti tak sihat, nanti bila sudah meningkat remaja,apa la nak jadi pada remaja berkenaan...
Berbalik kepada tajuk di atas, Umumnya telah mengetahui bahawa subjek pendidikan seks yang menggunakan istilah "Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial(PEERS)" akan diajar Di Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah pada....walaupun terdapat beberapa bantahan daripada pihak-pihak tertentu akan keberkesanan subjek ini demi membanteras gejala tak sihat di kalangan remaja masa kini. Bace lagi~
Tidak dinafikan bahawa pendidikan seks yang bakal diajar kepada golongan yang 'sedang membesar' adalah bertujuan baik,cuma bagi pendapat aku serta beberapa pihak lain termasuk penyampai khutbah di Masjid al- Amaniah,Gombak adalah sebaliknya. Sebelum itu jom lihat skop pembelajaran mereka:
Sekolah rendah tahap satu:
perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata tidak kepada sentuhan yang tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan.
sekolah rendah tahap dua:
bagaimana mengurus konflik, perubahan fizikal, akil baligh, sistem reproduktif, kemahiran memelihara kehormatan diri, risiko hubungan seks sebelum nikah, jangkitan penyakit seksual dan kemahiran berkata tidak kepada rokok, alkohol dan dadah.
sekolah menengah rendah:
kecekapan psikososial atau ‘lifeskill’ menangani situasi berisiko, pengurusan tekanan, jangkitan penyakit seksual, perkembangan sifat seksual sekunder, identiti dan orientasi seksual, perhubungan dan kesan buruk alkohol, rokok dan dadah.
sekolah menengah atas:
kemahiran kecekapan sikososial, kestabilan emosi dan mental, kehamilan remaja, kekeluargaan, jangkitan penyakit seksual, langkah pengawalan dan pencegahan rokok dan dadah
Aku berpendapat sedemikian kerana Subjek PEERS ini bersifat terlalu umum serta kurangnya penerapan nilai Islam di dalamnya. Ini kerana tujuan pendidikan seks cuma untuk membuatkan golongan tersebut takut serta mengelakkan diri daripada terjebak dalam seks bebas,seks songsang,kelahiran anak luar nikah,pembuangan bayi,penuaran penyakit AIDS dan seumpamanya tetapi tidak membuatkan golongan berkenaan takut kepada Allah. Ini kerana jika kita sudah takut kepada Allah,semestinya kita akan takut membuat semua perkara yang terlarang termasuklah seks bebas!
Bagi pendapat aku juga,pendidikan seks wajar diajar secara tidak formal oleh ibubapa mereka. Ini kerana pembelajaran yang terbaik adalah datang dari rumah. Namun yang menyedihkan,kebanyakan ibubapa 'lalai' dalam mendidik anak-anak mereka akan bahayanya seks sebelum kahwin kerana terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing serta mempunyai pemikiran yang masih tertutup apabila ditanya oleh anak mereka berkenaan dengan seks.
masih ramai ibubapa yang tak pernah ajar anak mereka mengaji~
Sebagai contoh,bila anak mereka bertanya 'Ayah,apa itu seks hah?'. Maklumlah budak-budak sekarang,bila baca suratkhabar yang tulis seks yang tidak diajar semasa sekolah akan perkataan seks, namun mereka juga ingin tahu. Yang menyedihkan,sebilangan besar ibu bapa enggan menjawab pertanyaan itu,kalau dijawab pun berbunyi begini:
1. 'Along kecik lagi,tak perlu la nak tahu pasal bende tu'
2. 'Along,nanti besar nanti baru abah bagitau ek'
3. Dan berbagai perumpamaan lain berkaitan dengan seks.
Perkara ini telah membuatkan mereka terpaksa mencari maksud tersebut di internet atau kawan-kawan yang akhirnya telah membuatkan mereka terjebak dalam seks di usia muda seperti tertonton video prono selepas cari keyword 'seks' dalam google search.
Selain itu, pengenalan subjek seks juga membebankan pelajar-pelajar kerana bertambahya subjek baru, maka bertambahnya masa belajar mereka! Padahal subjek ini patut digabungkan dengan subjek pendidikan sivik dan kewarganegaraan yang bagi aku kurang 'relevan' berbanding dengan subjek Sejarah dan pendidikan Islam dan Pengetahuan Moral.
Namun,ini cuma sekadar pendapat saja,ada baiknya jika perkenalkan subjek ini,cuma 'lebih elok' jika 'pendidikan seks' ditekankan dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral' serta 'diajar'oleh ibubapa mereka. Ibu bapa serta guru-guru juga mempunyai peranan yang tersendiri demi mendidik anak bangsa kita supaya tidak terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat ni.
Ops..tak lupa,media massa pun perlu ambil peranan ini. Ini kerana media massa terutamanya televisyen selalu menayangkan pergaulan bebas antara remaja-remaja serta menayangkan babak teman lelaki datang ke rumah teman wanitanya tanpa kelibat ibubapa mereka. Takut perbuatan ini ditiru oleh mereka pulak..
Gambar di atas membuktikan peranan media massa amat penting!
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruknya datang dari diri sendiri. Mintak maaf la kalau entri aku nie kurang lengkap serta menyinggung perasaan sesetengah pihak ok..hu3
p/s: maaf sebab aku petang nanti nak balik kampung untuk beberapa hari..nanti bila balik nanti aku singgahbalas :D
klu nk ikutkan memang lah macam tak sesuai diajar di sekoalh.. tapi hakikatnya ibu bapa sendiri tak mampu nak beri pendidikan infomal tersebut kerana kekangan masa dan ilmu.
ReplyDelete@mira_nas tu la pasal..sedih gak sebab ibubapa lebih utamakan kerjaya mereka~
ReplyDeletefor me lah kan, tak patut pun nak ajar benda alah ni kat bebudak sekolah..kalau nak kekang masalah sosial budak zaman sekarang ni ialah melalui agama tu sendiri..kuatkan lagi subjek pendidikan Islam & moral kat sekolah..kalau agama hancus, life pun hancus..
ReplyDeletebagi zila , x payah la ajar benda2 mcm tu . budak2 dah lagi advance . huu . kena cari solusi lain . lagi dikata kgn buat , lg mereka minat nak mencuba .
ReplyDeletenas :) thanks for sharing ur thoughts :) aku kagum la sbb ko pon tahu pasal syllabus dlm subjek ni :)
ReplyDeleteactually, sume tu diajar dlm subjek pendidikan kesihatan. tahun depan akan mula diajarkan pada sume tahun 1 kt skolah rendah. skolah menengah aku tak tau sbb aku cikgu skolah rendah. hehe.
so, nanti pas ajar, aku share mcm mane reaction pupils and also their parents eh :)
pendapat aku, aku sgt setuju subjek ini didedahkan di peringkat skolah rendah since parents tak penah nak mention psl nie kat anak2 dorg kan. so, peranan guru lah pulak. dan untuk nilai2, memang diterapkan dlm syllabus tu. cuma ianya akan lebih untung jika guru tersebut beragama Islam di mana boleh dikaitkan dgn ajaran Islam pula. pengajaran selalunya begitu. berhubungkait.
anyway, setuju ngan ko. parents memainkan peranan yg penting. amek tahu pasal anak please. kalo tak, takkan lah budak darjah 2 skolah kwn aku dh pandai tulis surat lucah. ko leh baca kat entry aku yg ni: http://ordinarysoffea.blogspot.com/2010/08/this-is-really-happened-astaghfirullah.html
wahh.. panjang plak comment aku. hehe.
xptut ajar..lame2 dah besar diaorg tahu la sendiri...
ReplyDeletememang tak patut diajar....ibubapa perlu mainkan peranan utama, perlu kuatkan pendidikan agama di rumah. zaman sekarang mereka serah bulat2 kat sekolah pasal pendidikan. so, nak salahkan sape??
ReplyDelete@Hamizah Syamimi Supian tu la pasal....walaupun silabusnye memang umum..xde show cara nak buat seks sehat..cuma aku rase better kuatkan pendidikan islam tuh...:D thx idea
ReplyDelete@Nur Azila Ismail hu3...mereka mencuba sampai terjerumus..tu la sedey..hu3
ReplyDelete@soffea sama2..aku tahu sket2 je..cuma aku cari kat google nak lebih tahu lanjut...yup2..aku tahu ko cikgu..hehee
ReplyDeleteerm...memang agak setuju gak kalau diajar..cuma betul kata ko...better diajar cikgu agama..maybe depa leh bagi hadis2 ker..nasihat dlm btk keagamaan..lagi better kan...hehehe
erm....thx 4 ur komen yg betul2 baik! i like that :D
@nurayunni tu la pasal...cuma baik ibu bapa beri tahu gak la...
ReplyDeleteaku nk bukak tuisyen psl subjek nie, bley x?? hueh3x :PP
ReplyDeletesume nk arap kt sklh, parents kt umah wtpe?
pndai wat, pndai lar jaga,
ank anugerah Allah, syg kalu kecik2 da rosak, huuhuhu :)
hehe. thanks nas. bagus gak idea tu. cuma aku rasa takde masalah diajar oleh guru yg bukan guru agama. itu perlukan inisiatif guru tu sndirilah pulak utk berbincang ngan guru agama ttg ini. mungkin boleh boleh tukar2 ilmu ttg hadis, atau cadangkan beliau juga menyelitkan perihal nie dlm kelas beliau. kerjasama tu penting. dan ya, parents n masyarakat luar sana pon memainkan peranan yg penting. berfikiran positif dan terbuka. tapi dlm masa yg sama, terbatas dalam hal2 yg tertentu :)
ReplyDeleteevery inch in our life has it's pros n cons. terserah kita mcm mana nak menerima n make it useful in life :)
*best plak discuss kat sini nas. hehe.
aku rasa kalo tak diajar kat sekolah pun bebudak sekarang lebih pandai explore mende cmni. kalo di ajar agaknya lebih dahsyat. dunia sekarangkan macam2 boleh jdi. :)
ReplyDeleteezzue: sebab tu perlu di ajar. supaya budak2 lebih mengerti. supaya mereka ada sedikit kesedaran. bukan ajar cmne nak buat ke ape. boleh rujuk content dlm syllabus utk lebih faham :)
ReplyDeleteeh. aku lak yg bls komen sini. haha.
sharing thought, nas :)
soffea : hee. thx. tul gak ckp kamu tue. sebenarnya benda cmni depends kat individu tue sendiri. kalo die bole terima benda nie mybe bole jd kebaikkannya tapi kalo disalah gunakan mungkin bole jd sebaliknya. :)
ReplyDeleteaku paling suka bc komen sis soffea..setiap prkara neh ade pro n kontra dia.ade baik n buruk dia.tp xsalah nak mencuba kalau-kalau bila dah budak2 tahu ape kesan bila buat benda ni diaorang akan takut n berfikir.
ReplyDeletekan Nabi S.A.W pernah bersabda yang anak itu lahir atas fitrah yang suci macam kain kaler putih bersih.
ReplyDeletemaka ibu bapa dia la yang akan mencorakkan anak tu nak bagi kaler camne pun.
jadi kat sini, apa apa pendidikan pun bermula dari ibu bapa. Kalo ibu bapa jenis tak ambik peduli camne anak nak membesar dari aspek fizikal & mental, tu yang jadi haru biru masyarakat.
aku setuju dgn kau nas.. sepatutnya subjek ni ditekankan dalam pendidikan islam dan moral.. lgpun klu cikgu tersebut tidak menerangkan dgn jelas ttg seks pasti bdk2 tu semakin ingin tahu dan internetlah jawapannya..
ReplyDeleteaku sokong ko nas.. mak bapak patot mainkan peranan penting. takleh nak harapkan cikgu je. masalahnye mak bapak sekarang ni bnyk yg biar anak2 depa..
ReplyDeletecabaran umat di akhir zaman memang mencabar... oleh yang demikian bersedialah kita semua ... tangani masalah ini dengan serius.... perlu atau tidak.. itu bukan persoalaannya..
ReplyDeletemacy ase macy da kumen byk kli sal ni. jht ke klo macy ckp mls na cte da? haha ;p
ReplyDeleteSaya setuju denga pendapat bro agar subjek ini diajar bersama dengan subjek pendidikan islam dan pendidkan moral.
ReplyDeleteKalau tak saya yakin yang masalah sosial sekarang tidak akan berkurang bahkan akan menjadi lebih parah.
syllabus yang ko tulis tu semua dah ada kat dalam syllabus sekolah agama kat johor dulu2...aku taktau nape dimansuhkan...
ReplyDeletetula apa yang aku tulis dalam entri aku dulu...semua ni salah susu..hahah
Gorengbaek - Ini kah tahap kewartawanan Malaysia??
Hangit habis dah - What the hell??Fcuk off damn it...
ssh nk debat psl benda ni sbb mentaliti kita lain2.. tp pddkan seks yg betul ni perlu utk budak2 knl mana baik dan buruknya seks bebas. pendedahan tu mgkin sedikit sukar tp ada faedahnya bila dorg tau lg2 bila dorg dah tau mnilai dr pndidikan tu.,. like this post
ReplyDelete★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
ReplyDeletebuat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Salam kunjungan salam ziarah…. ade baik ade buruknyerrr tapi kalau diajar dengan kefahaman agama rasanya lebih elok dan bertepatan lahhh... mencegah lebih baik dari mengubati...
tapi terpulanglah penerimaan orang ramai... rasanya lebih ramai yang tak setuju... buat masa ni rasanya kerajaan akan memperhalusi lebih mendalam lagi pandangan kita ni sebelum keputusan dibuat...
bagi aku jika berlandaskan syariah agama tak salah pun
sertakan sekali nilai takwa dalam setiap murid2..kita yg dah besar ni pun perlu ada nilai takwa..
ReplyDeletetiap kali Jumaat, khatib menyeru kita supaya bertakwa..dgn takwa tu semua boleh dielakkan..
aku sokong juga pendapat ko tentang perlunya pendidikan ni ditekankan dalam pendidikan Islam dan Moral..
kalau ikutkan PEERS ni..Pembimbing Rakan Sebaya juga..
@soffeaPihak Kementerian Pendidikan memang senang mengarah pihak sekolah mengajar subjek berkaitan seks manakala penjawat awam seperi cikgu mejadi mangsa. Adakah cikgu-cikgu yang mengajar subjek ini bersedia dari segi mental. Maklumlah anak-anak zaman sekarang lebih bijak mengunakan teknologi dari orang dewasa. Masakan ebook yang diberikan kepada pelajar di Terengganu disalah guna untuk simpan bahan lucah. Sekali lagi beban diletakkan pada bahu pihak sekolah. Saya mengharapkan ia memberi impak bukan sekadar tuntutan akademik sahaja apabila subjek ini diajar disekolah bagaimana pula ibu-bapa pelajar hendak menjawab soalan-soalan yang bakal diutarakan oleh anak nanti. Apa beza anak-anak zaman dahulu dan sekarang cuma beza kerana teknologi dan kkemodenan sahaja. Saya lebih mengharapkan komuniti kejiranan lebih prihatin dan masyarakat menjadi mata dan telinga. Sekadar menjadikan sukatan pembelajaran membuatkan saya rasa amat kecewa. Tanggungjawab yang perlu dipikul bukan satu kelompok sahaja.
ReplyDeleteMacam Aceh penguasaan aurat dan zina memang dipantau dengan ketat oleh pihak berkuasa disana. Saya pernah bertanya pada satu sahabat yang berasal dari Aceh, beliau mempunyai pendapatnya sendiri. Penguatkuasaan itu baik tapi manusia manjadi pura-pura untuk menutup aurat kerana takut didenda bukannya takut dosa atau kerana Allah. Beliau juga mempunyai point yang saya sendiri pun tidak terfikir
ikutla sptmana yg ditetapkn mengikut hukum syarak
ReplyDeleteoh, kenapa tak perkasakan subjek agama dan moral? alahai.
ReplyDeleteaku xthu nk setuju ke x? sbb masa aku dulu cikgu xpnh ajar plak pendidikan seks? hehehhehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteaku pon pelik tgk budak zaman skrg.. kecik da pndai tgk bnde tak baik.. lepas tu nak bngge..aku nie x penah pon tgk bnde2 mcm tu.. okey je! pelik ! tpi kn gmbr frst tu mmg tak boleh bla..
ReplyDeleteade baiknye pendidikan seks nie.. tpi ade buruknye jugakk.. tapi kan bnde nie tak payah aja pon budak da tau.. haha !!agaknye ape la amali pendidikan seks nie kan.. hahak !
aba aku selalu aja adek2 aku ngaji.. tpi dowg tetap gi ngaji dgn org len sebab beliau lebih pakar kan.. aba aku pon still mengaji lagi kot.. tpi masalhnye kat aku la.. sebab lepas katam jarang ngaji.. teruk nye !
media massa pon 1 kes gak.. kdg2 ape2 je yg keluar..
yg baik dtg dari ALLAH yg buruk dtg diri diri sendiri.. betul !!
mintak maaf kalau komen aku nie pon menyinggung mane2 pihak ! !
budak-budak zaman sekarang memang advance kot..tgk kecik-kecik daa ade fb sume..kite dulu internet tuh ape pun xtahu..for me laa kan, kalau diorg asingkan subjek tuh jadi satu subjek laen pn..xde beza nya..better tambah jea silibus tuh lam PAI ke moral ke..wallhualam..^^,
ReplyDeleteUntuk diajar du sekolah rendah rasanya tak sesuai lagi kot.Budak pun tak akhir baligh lagi.Sekolah menengah pun dah ada ajar cuma tak detail sangat.Untuk sesi pelajaran seks di sekolah menengah,patut siajar secara berasingan,lelaki dan perempuan.Dan guru yang mengajar pula patut lebih memberi tumpuan mengikut jantina.Guru perempuan untuk pelajar perempuan dan sebaliknya. Ini hanya pandangan sy shaja.
ReplyDeletexpatot ajar kot,,parents ade kan,,patutnye parents lebih tahu what to do,,tmbhn dak2 sekarang ni advance,,,da xmacam dak2 dulu
ReplyDeleteaku rase patut ajar. especially utk kanak2.. sbb klo nk tunggu mak ayh ajar.. mcm payah jer.. bila ank2 tye pasal seks and something like that mula la ckp ank2 nie gatal la apa la.. sepatutnya diorg perlu diberi penerangan yg betul.. bukan kena marah. hehehe..
ReplyDeleteand the most important thing is pendidikan agama. itu tunjang utama utk atasi masalah sosial.. dats my opinion la.. hehehe
@fariehan ibrahim hahaha..ko bukak la...mst xde nak masuk sbb subj nie xmasuk dlm exam besar...hehe...tu laa..harap2 parents buat tanggungjawab mereka
ReplyDelete@soffea aah..nice gak ko punyer idea...kerjesama antara guru2 agama n guru biasa...hu3...peranan masyarakat pon penting :D
ReplyDelete@ezzue tau xper...budak2 skank nie dasyat woo..explore kat internet tengok blue
ReplyDelete@soffea orait3...hehehe...xper...ok je..sori sbb aku xleh nk reply sbb aku balik kampung dgn lama sgt..hehhee
ReplyDelete@ezzue betul tue...depend kpd individu sendiri...tp peranan persekitaran luar dan dalam pon penting gak...
ReplyDelete@echah mashuri aah..komen dia paling bernas aku pernah dapat..hehehe...
ReplyDelete@pipoq setuju gak ngan ko...ibu bapa punyer peranan amatlah penting bagi mencorakkan masa depan diorang...sedih la tengok mak bapak skank~
ReplyDelete@mR.sYaH aah..tu la sbb aku nak jelaskan kat sini..patot ditekankan dalam subj p.islam n moral..namun komen soffea baik gak~
ReplyDelete@arenaah..tau xper...mak bapak biar je anak depa buat pelbagai perkara tanpa monitor....tp sebahagian jela,bkn semua
ReplyDelete@Zikri Husaini memang cabaran zaman sekarang makin dasat..hu3
ReplyDelete@maCy xyah komen pon xpe..haha
ReplyDelete@Rahsia Buah Pinggang Sihat bukan pendapat aku je..pendapat org len gak...hehe..tapi nk buat cmne subj nie da akan diajar thn dpan...nak tak nak kene harungi gak la
ReplyDelete@Along Tapa erks...same ker? hu3...
ReplyDeleteape lak salah susu? salah susu lembu ker? haha
@.sweet-ants. memang susah nak debat...takot2 aku nie org ckp menentang dasar kerajaan plak..hu3..
ReplyDelete@Afzainizam thx idea..cuma harap2 kita dapat tengok keberkesanan subj nie..kalau meningkat gak kes2 maksiat..mmg kne banned kot :P
ReplyDelete@tengkorakemas erk...ek..sama gak ek singkatannya...
ReplyDeleteaah..harap2 kita semua bertaqwa..dengan bertaqwa kpd Allah..kita dapat elak buat segala jenis maksiat n amalam munkar`
@akubiomed thx atas komen panjang lebar nie..baik! hehe... tu la..memang senang..macam ajar PPSMI.. jadikan pelajar cm tikus makmal lak..last2 kene ganti plak...hu3..betul tuh...tanggungjawab bukan dipikul oleh 1 pihak....semua pihak bertanggungjawab...
ReplyDeleteaku suka cara acheh melaksanakan undang2 mereka~
@Pencacai Alim betul2..setuju :D
ReplyDelete@Faaizz d. Zul aah..tu la pasal...subjek ini cuma sekdar nak dapat lulus atau A je dalam exam~
ReplyDelete@NICK IRFAN ek? hhahaa..diajar dlm p.islam..cuma secara halus :D
ReplyDelete@shimah zaba eh..komen ko dah hilang? hu3
ReplyDelete@Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza haha..gamba first saje nak buat gimik :P
ReplyDeletebetul tu..semua perkara nk dibuat ada baik n buruknyer..erks..amali? itu aku xkomen..hahahhaha
media massa selalu tayang bende xelok..tu la xpuas ati tuh..
hehehe..harap2 aku pon sama..harap2 entri aku xmenyinggung sesiapa~
@Emilia Emira tau xper..kecik2 da ader fb..takot bukan bukak fb je..bukak bende lain gak..hu3... aah..setuju gak ngan komen ko tue :D
ReplyDelete@Kamal Mustafa yup2...memang terlalu awal sangat...maybe yg sesuai kalau mak ayah ajar mereka time kecik2...
ReplyDeleteidea ko pasal cikgu yg diajar jantina xsama dengan anak murid mereka mmg baik! hehe
@iszieylyanziy huhu....budak skank mmg da advance da..tu la aku cuak gak..hu3...atau ko takot sbb ko akan jadi cikgu :P
ReplyDelete@cik @!en nice gak...mak ayah nie payah nak ajar..segan nak ajar atau persepsi yg sempit...hu3
ReplyDeleteaah..pendidikan agama itu la yg penting~
Aku nank puasa aritu tp x berkesempatan sbb aku tertidur jam 4 pg..
ReplyDeleteMknan dlm bilik ostel pun xde..
Kalo kat umah maybe aku dah puasa kot..
hehe :) sik hal bah nas ;)
ReplyDeleteand ya, thanks to akubiomed. nice opinion. betul. sgt2 setuju. komuniti memainkan peranan yg penting. sgt penting.
Assalamulaikum.... walaupun entri 2 tahun tlh brlalu... terpanggil akak nak beri komen... so now apa kata anda.... KPM melaksanakan ini sebagai pembuka jalan kpd ibu bapa untuk mendidik anak2 mrk tntang tgngjwp mrk trhadap amanah yg telah ALLAh kurniakan kpd mrk(anak2). Disebabkan ibubapa tidak mnjalankan tgnggjwap mrklah KPM telah memilih untk mwujudkan PEERS ini diperingkat sekolah.
ReplyDeleteJangan pulak awak lupa semasa Pendidikan Agama ISlam ada tak ustaz2 & ustazah anda meeberitahu anda... tntang pndidikan seks .. ini. sebenarnya ada... tp anda tidak perasan...Ibu bapa yg alpa dan lupa jgn lah melepas tgungjwap inikpk guru2 dan pihak sekolah shj....krn anak anda andalah tgunggjwp anda.... untuk itu anda perlu membaca.... blog - dnobiz.com/...pendidikan.... sekian.