Pesanan Penaja

Friday, May 21, 2010

Shisha Lebih Merbahaya Dari Rokok?




SHISHA, antara sedar atau tidak, dianggap trend atau kecenderungan yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yang sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita.

Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi. Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini.

Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan. Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.

Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.

Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.

Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri.

Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.

***sumber ni ak dapat dari roomate aku budak mass comm,yang tersiar kat Berita Harian...**

12 comments:

  1. em...member aku ada gak ajak isap natang ni...jgn risau,benda2 aku xsentuh lgsg..=)

    >>>>> mmg sisha lebih bhy dr rokok

    ReplyDelete
  2. hmmm...apepun,lebih baik xisap rokok langsung...huhu:P

    ReplyDelete
  3. jangan hisap apa2..
    senang..;)

    jenguk2 lah blog saya k;)
    http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. ehehehe...hisap air dari gelas ok la....hahahaha...nt sye datang ye...

    ReplyDelete
  5. bhye gk ke? xtau lk...ingatkn xbhyer,, tpi bukn selalu pun hisap cm rokok hisap setiap mase..

    ReplyDelete
  6. kan paip yg orang duk isap mende alah ni tu yg tukang jual tu basuh ke tak

    ReplyDelete
  7. shafie-bahaye gak...better jgn isap slalu....btol2...

    miss havoc-maybe tak...eiii...geli tak isap paip bekas bangla...wakakaka

    ReplyDelete
  8. mmg bahaya...
    xperlu isap natang yg x bgi manfaat pun.
    sedut air menggunakan straw juga bhy.
    adios...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. waaaaa....ermmm....ape ag isap yg ley?? huhu...:P

    ReplyDelete
  11. isap gula2 sakit tekak tu leh lah...
    xpun hisap lah apa2 yg best...
    chop2 ker...

    ReplyDelete
  12. wokeeyhh...hehhehe.....thx comment...

    ReplyDelete

Thx sebab komen entri.. bagi mereka yang dari wordpress atau reader yang tidak mempunyai blog,boleh komen dengan klik pada name/url. then tulis nama dan/atau letak link blog korang dan publish comment :)
annonymous juga digalakkan memberi komen :P

Related Posts with Thumbnails