Pesanan Penaja

Saturday, October 1, 2011

Sebab Mengapa Kita Harus Perangi Perniagaan MLM!

   


     Assalamualaikum.. sejak akhir2 ni aku cuma update 3 entri dalam sebulan jerk.. teruk tol la.. Ok, kali ni entri aku pasal perniagaan Multi-Level Marketing (MLM) atau nama femesnya 'Melayu Lanyak Melayu' atau 'Menjadi Lebih Miskin'. Bukan apa, sampai sekarang belum lihat bisnes ni akan reda, malahan makin bertambah2 serta berjaya memperdayakan ramai bangsa kita khususnya.. Aku dah 2x terkena iaitu 1st daripada One Community Worldwide dan satu lagi Score A. Dan aku fokuskan MLM Score A... jom baca! :)

SISTEM MLM

     Sistem yang dipakainya secara basic adalah  sistem piramid. Mula-mula kita membayar modal yang tak kurang besarnya untuk join bisnes ni. Produknya kebanyakkannya cuma satu jenis seperti portal score A ni, dari dulu sampai la ni masih produk macam CD yang berharga RM796 tu. Dan biasanya produk MLM kualitinya seperti biasa-biasa je dan kurang berbaloi kerana harga asalnya cukup rendah, tapi dimark up setinggi yang mungkin.
amy search pun pernah kena tipu oleh salah satu bisnes pelaburan dalam MLM.. alahai..

      Selepas tu, kita perlu membeli produk itu sebelum memperkenalkan kepada 1-2 orang untuk join bende alah ni dan kita akan menerima komisen atau pembayaran seumpamanya. selepas tu, orang bawah kita juga perlu memperkenalkan produk ini kepada kawan-kawannya lain selain kita sendiri juga 'terpaksa' cari kawan lain. Maka, kalau xde orang bawahan, so tiadalah pendapatan, bukan?


7 Sebab utama kita perlu menjauhi sistem perniagaan MLM ni.

1. KITA AKAN KEHILANGAN RAMAI KAWAN!

     Korang nak tak hilang kawan2, apatah lagi kawan rapat sebab kita yang telah memperkenalkan bisnes ni dan mereka membayarnya sejumlah wang yang tak kurang besar dan akhirnya give up sebab tak tahan kerana terpaksa mencari kawan yang lain demi 'meneruskan hidup' dia dan ada yang terganggu pelajaran mereka sebab selalu keluar malam untuk hadiri seminar/talk/seumpamanya. Kalau korang nak sangat kena pulau dengan kawan, korang 'rajin-rajinkanlah' perkenalkan bende ni kat mereka!

2. HARGA PRODUK TERLALU MAHAL TAPI KUALITI 'SAMPAH'!

    Sebagai contoh salah satu produk Hai-O, BIO AURA korang rasa ada tak orang mampu beli penapis air yang berharga dalam RM2100 seunit, padahal kos sebenarnya jauh lebih murah. Bagi mereka yang 'terbeli' penapis air yang kononnya menapis bakteria serta menyihatkan badan, mereka sudah terpedaya kerana mana ada air yang tidak dijerangkan itu boleh membunuh bakteria? Adakah mereka dah lupa subjek sains di sekolah rendah lagi?? Jom baca entri blog ni yang membongkar penipuan BIO AURA

MLM score A cuma ade 1 produk je sejak tahun 1999 sampai sekarang.. cuma update je~

cuba kita fikir logik.. boleh ke kita minum air yang tak dijerang tapi cuma ditapis selain terpaksa beli dengan harga teramat mahal sangat2???

3. MEREKA COVER LINE BANYAK PERKARA PADA 'FRESHIES'

     Pernah tak korang kena ajak ke sesuatu tempat yang tidak tau spesifiknya orang seorang kawan tanpa kita ditemani oleh kawan-kawan lain? Bila ditanya, diorang banyak rahsiakan dan secara tiba-tiba je kita sampai dan terpaksa dengar ceramah berapi-api oleh "penggoda-penggoda" MLM. Kemudian kita pun terpedaya dengan janji manis dah kata-kata semangat yang kononnya mengubah nasib kita masa depan sehinggakan mengeluarkan sejumlah wang dalam rm50-500 untuk isi borang pendahuluan.

      Dan pada masa yang sama mereka banyak menyembunyikan fakta-fakta tertentu serta bagi warning beberapa kali pada kita agar tak bagitau perkara ni kat orang lain. Padahal mereka takut 'prospek' mereka ni lari selepas dapat tau perkara sebenar! Dan bila dah 'maju' sikit, diorang suruh kita beli produk terus yang mencecah ribuan ringgit!

4. PELAJARAN  TERGANGGU!

     Cuba tengok MLM ni, banyak mereka fokuskan kepada student2 IPT selain mereka yang bekerja dan mak cik-mak cik. Bisnes MLM ni boleh dikatakan mampu menggugat keputusan akademik serta mengganggu masa lapang seperti main futsal atau shopping. Ini kerana berdasarkan pemerhatian satu bisnes MLM yang aku pernah terjebak tapi selamat di pangkal jalan, (Community Worldwide), dalam seminggu diorang 3-5 kali kena keluar ke HQ yang agak jauh. Mana ada masa nak study dan rehat2??? ramai yang kantoi dan repeat beberapa paper sebab aktif dalam bisnes ni, kecuali segelintir yang masih sukses sebab mereka memang 'genius'.

5. HARAM

     Walaupun bukan semuanya bisnes MLM ni haram, tapi cuma segelintir je yang halal, Selebihnya haram kerana tak mematuhi syariah dan sistem muamalat. Ada yang mereka yang tak abis-abis tayang sijil pengiktirafan syariah oleh ustaz-ustaz terkenal, tapi boleh ke kita percaya bulat2?? Itu cuma sekadar 'marketing tool' lagi2 mangsanya kebanyakkannya orang Melayu Islam. Selain itu, diorang ajak la Menteri Pendidikan sebagai contoh untuk merasmikan program ni, Ini sekadar nak kaburi mata orang awam yang sistem ini sah (seperti program score A). Ingat.. rezeki yang haram tak berkat hidup kita di dunia dan membakar kita di akhirat kelak!

salah satu taktik depa...

salah satu pendapat lagi...

6. MLM MEMBANTU MELAYU KE??

     Boleh caya ke kalau join MLM ni membantu MELAYU mengubah nasib mereka? Sebenarnya tidak! Cuba kita lihat senarai orang-orang yang memegang jawatan top MLM seperti Hai-O, cuba cari nama orang melayu Islam, ada ke? Orang melayu cuma jadi kuli je... susah2 cari downline tapi orang atasan goyang kaki dapat duit! Aku bukannya bersifat racist dalam hal ni sebab aku berkata berdasarkan fakta bukan auta!

     Kemudian cuba kumpulkan berapa jumlah kaum Melayu yang sudah terperdaya dan hangus duit mereka semata-mata  mahu ubah nasib dan bandingkan sejumlah Melayu yang sudah berjaya membeli kereta besar dan bayar hutang setinggi "10 tingkat"? Nisbahnya tak sampai 9:1 pun!


7. RISIKO GAGAL AMAT TINGGI!



    Ini masalah orang2 yang gagal... mereka tak 'test market' dulu.. Mereka tanpa berfikir panjang tanpa buat 'analisa' terus labur sejumlah wang. Yang paling malang ramai yang terjebak ni tiada ilmu perniagaan yang kukuh!

KONKLUSI

     Amboi, panjang gila entri ni! maklumlah aku nak melepaskan geram amarah aku kepada bisnes yang banyak memperbodohkan orang sebab aku sudah terkena 2x dan malah ayah aku pulak terkena dengan MLM Hai-O yang jual penapis air tuh. Ingat, dunia ni sekejap je kita hidup, buat apa nak hidup mewah2 dan kerja tak susah2 tapi menyusahkan dan menipu orang lain? At least kalau kerja kat kedai burger je tapi IMAN itu ada, itu lebih baik :)

p/s: korang boleh baca blog Aidid Mu'addib yang banyak dedahkan penipuan MLM terutama sekali score A di sini

92 comments:

  1. erk...takut giler ah dgn benda alah ni..
    kat u ada gak kwn2 yg ajak join, tapi takut ah nak tanggung risiko + tak pandai and tak phm konsep benda ni sampai lah skung..

    better kalau nak cari duit tu, buat lah kerja part time yang betul2 sesuai dengan kita..tu konpim2 berbaloi =)

    ReplyDelete
  2. Kekadang terasa cam nak join jugak... tp sebab pemalas punye pasal tak join papepun sampai skrg... huhuhuhu
    Nasib baik..
    Thanks for sharing.. smoga ramai yg sedar dan berhati2 di luar sana... :)

    ReplyDelete
  3. cerita pasal MLM ni dah lama..
    rsenye ade kwan2 sy yg join..
    tp, ckp ngn dorg pun xguna sbb dorg tetap akan ckp dorg yg btol..
    in fact, mlm tu dah sah2 tipu..

    ~berhati2 la student2 sekalian, mmg org2 mlm ni target student utk ditipu..
    sbb dia tau kte ade wet pinjaman..
    dorg bkn peduli pun kte dpt wet pinjaman ke hape, janji dorg dpt wet tu..

    ~haila, dunia..huhu

    ReplyDelete
  4. bro..apa yg ko tulis mmg sebijik berlaku pd aku..cuma aku tak join pasal aku dah tau benda2 camni..

    aku siap bertekak dgn promoter2 tu..dia kta aku xkn maju kalo asyik kondem benda yg bleh majukan org melayu..

    bab kawan tu mmg betul..dulu kami punya rapat tapi sejak aku bertekak dgn abg tu kami dah tak rapat..kwn aku tu yg ajak aku join score a..

    btw, thanks bro kongsi benda ni..at least aku tau aku di pihak yang benar..aku akan share entri ni utk diorg tgk bukti score a ni btul ke tidak..

    ReplyDelete
  5. aku pun pernah la gak join benda nh. hahaha. tp aku tak promote ngan member2 sendiri. h0ho, tp skg dah stop. duit yg hangus tu biakan je lah. rezeki lain belambak lagi. :DDD

    dulu salu gak baca blog si aidit muaddib tu.

    ReplyDelete
  6. @ZWAN SABRI jom!!! tak tahan aku lihat bangsa sendiri ditipu bulat2 oleh kawan mereka!

    ReplyDelete
  7. @ninie_azriena betul tu... aku pun takut.... bukan apa.. risiko amat tinggi... kalau dalam 1 tahun cuma tak sampai 5-6% je berjaya... buat apa masuk dalam aktiviti yang berisiko tinggi??? pelabur pun xberani sangat melabur kat tempat kat berisiko.. apatah lagi kita yang xde ilmu perniagaan? lol... betul tu... part time yang bukan MLM..

    ReplyDelete
  8. @Razil Tahir sama2... aku nak sharing2 bende ni nak selamatkan orang kat luar sana... orang yang malas2 n nak kaya cepat je yg mudah terpengaruh..

    ReplyDelete
  9. @Umie Artoqiemie eh.. macam ade pengalaman jerk.. cuba cer2.. hehe

    ReplyDelete
  10. @zt-zati tu la pasal.. diorang ni macam da kene pukau da atau taksub nak kaya sampai lupa yang mereka sendiri tertipu... betul tu... harap2 student jangan tertipu dengan taktik depa ni... thx atas komen zati :D

    ReplyDelete
  11. @Blog Hangit eh.. seyes ko ade pengalaman??? hehee.. baguslah.. asalkan awak berada di pihak yg benar... betul tu... lepas kita terpaksa bertekak.. mesti hubungan da renggang kan... thx2...

    ReplyDelete
  12. @RIAN seyes ko pon penah terjerat???? adess sayangnya.. ok2 aku akan baca blog aidit muaddib... mungkin aku leh dapat info sket

    ReplyDelete
  13. Ha3.. memang aku tak minat mlm nih.. MLM oh MLM

    ReplyDelete
  14. anif pernah jadi mangsa benda ni 5** melayang weh..jom boikot!!

    ReplyDelete
  15. Hampir-hampir nak join dulu..tak ingat da nama apatah MLM tu tapi based dekat Puchong..mula-mula macam exited jugak nak join tu tapi sebab modal besar terus rasa macam ragu-ragu nak join time tu..tak lama lepas tu dengar MLM ni kena ambush..hmm,orang sekarang ramai yang suka amik kesempatan :D btw,like da way awak menulis..keep it up!

    ReplyDelete
  16. Harap kita jangan hilang kawan... Sebab kawan2 tak suka bila kita promote MLM ni


    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    stesen minyak dan petrol pilihan anda

    ReplyDelete
  17. Apa pun untuk berjaya didalam perniagaan perlu berusaha kerana rezeki tidak datang bergolek. Usaha tangga kejayaan :-)

    ReplyDelete
  18. aku dlu prnh nk join tp xjoin2 pun.. dua2 dari ajakn member tu yg agak percaya.. tp sbb xde duit aku xjoin.. heheh..

    ReplyDelete
  19. dah turun temurun orang kita nak cepat kaya...

    ReplyDelete
  20. @Anif Abdullah| AA tp anif, ko masih selamat sbb ramia yang da abis ribuan ringgit tau... haish.. nasibb2

    ReplyDelete
  21. @Lee-Yan-Naa owh.. tatau lak kat puchong tu ape aktivit MLM ea... tau xpe.. modal kene kuar besar sgt tp produk hampeh.. adehh.... thx.. harap2 aku dpt menolong ramai kawan2 yg lain :D

    ReplyDelete
  22. @Afzainizam absolutely correct! aku pun xberapa suka kat kawan yg promote MLM ni.. kadang2 sian gak kat mereka sbb diorang nt hilang kwn..

    ReplyDelete
  23. @akubiomed betul tu.. so jgn amek jalan pintas join MLM! :D

    ReplyDelete
  24. @MR. SYAH hehehe.. nasib bek ko xde duit.. kalau ko ade duit??? hehe

    ReplyDelete
  25. @azam ni la bila manusia diselubungi nafsu wang! lol

    ReplyDelete
  26. aku baru tau MLM tu apa...hehe

    score A? mcm nama tempat tuition aku la...haha :D

    ReplyDelete
  27. @Aisyah Aina hehe.. score A tu bukan tempat tuisyen..tp tempat nk jual produk mlm.. lol

    ReplyDelete
  28. jauhi MLM. haha

    score A tu mcm tajuk buku aku nak spm ngn pmr dulu jeh. ish2

    ReplyDelete
  29. eh aku ade penapis 2 kat umah.....

    ReplyDelete
  30. sebab tu aku tak pernah percaya MLM

    ReplyDelete
  31. owh saya mmg takut MLM..ada kwn selalu nak jumpa sebab nak promot jd downline dia..trauma beb

    tips mencantikkan bulu mata tanpa kos

    ReplyDelete
  32. Yang pastinya mana ada orang yang kaya ngan tetiba melalui MLM...

    bagi aku MLM ni kalau tak betul caranya jerat diri sendiri



    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    skuter sanyang motor sym

    ReplyDelete
  33. aku join 1 mlm,bertahun2 menyesal xsudah... siap ada lak tu yg add aku kat fb,aku approve je trus die promote,mmg sial la... pui... huh...

    ReplyDelete
  34. singgah at blog nas :) da lame xsinggah. huhu. aku xsuke MLM. so, xna komen. hahaa

    ReplyDelete
  35. I agree with U.
    saya dah kena sekali dengan kawan sendiri tapi alhamdulillah hubungan kami masih lagi kawan spt dulu.

    dia ajak kuar mkn, tp disebaliknya nk ckp psal bnda ni...siap suh gadai laptop n barang2 yg sy ada untuk join bnda ni....bila dah panas telinga, sy terus isi borang dan bayar yuran rm100
    lps fikir masak2, terus cancel....nasib baik tak terlibat betul2...klu tak rugi..

    ReplyDelete
  36. EEMMMM aku tak mau MLM ni pasal malam-malam cari pelanggan ... aku rimas betoiii...

    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    wiper silikon dan wiper kereta biasa

    ReplyDelete
  37. @i am S!L4H.. hahaa.. aku pulak ingatkan pusat tuisyen mana ntah.. hehe

    ReplyDelete
  38. @izzad b* hahaa.. jangan caye sangat penapis tu... bohong je.. samalah.. penapis tu pun ade kat umah aku.. sian ayah aku terbeli.. lol

    ReplyDelete
  39. @ABU samalah.. aku pun x suke n benci!

    ReplyDelete
  40. @Hans dulu aku terpengaruh.. skank da serik n xpercaya langsung :)

    ReplyDelete
  41. @princess ayu tu la pasal... nasib bek kawan aku xde la aktif sangat nak promot aku.. hehee

    ReplyDelete
  42. @Afzainizam biasenye mlm xkena caranya.. mmg banyak cara yg salah n langgar hukum syariah...

    ReplyDelete
  43. @alongxp sabar2.. asalkan pengalaman lepas dijadikan pengajaran buat kita supaya serik...

    ReplyDelete
  44. @asmaqhusna Alhamdulillah hub kawan aku ngan kawan lain still baik... tu la pasal.. sapa yg nak tergadai lappy la barang2 lah... aish... da la kene bayar yuran mahal...

    ReplyDelete
  45. @Afzainizam rajinnye ko komen.. saba ea.. nt aku singgah blog ko :P

    ReplyDelete
  46. follower baru ke 1067 lapor diri untuk beri komen..hehehe..\\

    betul tu saya sendiri pernah kena tipu..maklumlah masa beljar ni nak guna duit kononnya.....student selalu dia attack sekarang

    ReplyDelete
  47. jgn sbb nila setitik, rosak susu sebelangga. jgn slh kn score a la bro, kalau rmai budak muda bole verjaya, kenapa kau x? sbb kau suka duduk diam dapat duit. bukan aku nk mencela kau bro, aku bkn mlm score a tp cara kau lemparkan tuduhan dkt mlm malaysia, smua terkena, drpada kau buat cerita buruk2an org, baik kau tulis pasal syria skg ni, isu panas xkn xtaw nk ulas? pemikiran ko cetek. haha, aku xpnah kisah kalau org ckp mlm ni haram sbb sistem xharam, cuma org yg buat dia haram, fikir2kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tulis tunjuk mcm mana system tu berjalan bro, lps tu baru org cerita apa yang berlaku bila ada yang cerdik pandai dgn system tu cuba menipu atau manipulate orang. Memang lah akibat nila setitik rosak susu sekawah. Sepatut nya company kena do something lah supaya perkara tipu menipu tak berlaku klu tak nak dpt nama buruk, itu dah tanggungjawab company untuk jaga supaya tiada penipuan dlm system syarikat. Yang berjaya berapa peratus bro? Yang betul2 berjaya hari ni masih di syarikat yang sama? Jangan hina orang bro walaupun awak dah berjaya tp sejauh mana awk dah berjaya bro? Cara awk berjaya tu adakah awk tak pernah sesekali pun menipu untuk mendapat kejayaan tu? Sape yang cetek pemikiran skrg? Syarikat2 yang menggunakan system ni haruslah bertanggungjawab dlm pengurusan yang dilakukan oleh agent2 yang telah dilantik (agent yang berjaya awk kata tuuuu) bila ada masalah diadukan pada syarikat ahli ditipu agent ahli tak dapat duit apa syarikat buat? Cuba bro jawab skit apa yg syarikat buat bila dpt aduan mcm tu?
      Untuk pengetahuan bro system tu adalah "orang" system tu di reka cipta oleh "orang" yang mempunyai otak yang pandai membelit, kalau kita tgk bila ada mana2 agent yang bagi penerangan ni dia punya cakap punya janji berapi rapi meletop letop bagi harapan pada orang pasal dapat pulangan yang lumayan ni, tak lain tak bukan semua tu menjanjikan pulangan duit, sampai ke hari ni mlm mana pergi yang awk duk pertahankan sgt tu bro? Cetek nya pemikiran awk kan bro tak fikir jauh...fikir pendek kesian... Lain kali fikir dulu sebelum bercakap sebab bila bercakap ni kita membuka kebodohan diri bila kita tak fikir panjang...

      Delete
  48. skor-a melanda unimas skg.. adoiii... e-data punya pasl lh.. anyone from unimas? please be aware of them especially when the ptptn loan credited into your account hehehhe.. not joking..

    ReplyDelete
  49. seriously jom boikot MLM, aku benci manusia2 yang buat MLM and tarik2 orang join cara paksa, shitty,..

    ReplyDelete
  50. owner blog ni langsong takde ilmu..cakap main sedap mulut je..bro kalo lu brani..buang la ADS NUFFNANG kat atas tu..ko mmburukkan org laen padahal ko dapat duit dari visitor2 yg datang page ko..para pembaca pon tpedaya ngn ko..padahal ko dpt duit dari ADS NUFFNANG...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, owner blog ni bukan takde ilmu kalau dia takde ilmu dia tak akan cakap apa yang telah berlaku semua tu. Sebab dia ada ilmu lah dia masuk kan topik yang patut di cakapkan baru ramai orang akan masuk blog dia...sorry to say la bro to compare antara blog dia dgn blog awak Saya rasa jauh ramai dia punya dari awk, sebab awk takde ilmu tak tau macam mana nak letak topik yang bagus..Owner blog ni bagitau apa yang sebenarnya telah berlaku (kena faham betul2) dari pengalaman, dia bukan tuduh sengaja nak burukkan org tp benda tu berlaku faham tak? Berlaku tau? Atau it's happened.. Ada baik kita share perkara mcm ni sebelum terkena pada anak2 yang keluarga bukan nya orang kaya2, awk tau tak orang nak cari duit ni bukan senang tau tiba2 di tipu oleh si bedebah bedebah tu senang2 je..mcm mana kalau terkena pada anak2 awk? Adik beradik awak? Cuba awk tgk komen kat bawah ramai mana yang dah terkena. Masih nak backup lagi ke bro? Cuba awk tolong orang2 yang komen kat bawah tu kalau awak kata tak tipu, buktikan lah yang Owner blog ni salah kalau awk boleh selesaikan masalah orang yang kena tipu tu, jangan main hentam tanpa usul periksa bro.
      Saya pun kenal sgt perangai orang2 yang cari makan mcm tu sebelum dpt pelanggan cakap manis bagi Janji dan harapan pada org ya Allah cukup dgn tunjuk warak tp bila orang dah bagi duit fuh mula lah nampak sikap sombong, munafik, tak kisah dapat rezeki dgn cara menipu orang...
      Apa lagi bro buktikan lah yang Owner blog ni salah Dan awak yang betul...
      Selamat maju jaya 😊

      Delete
  51. aku just nak ckap kat snie .
    ape yg penting dlam idup adalah USAHA ..
    aku takk ckap MLM nie tipu .
    Sbb konsep die adalah USAHA ..
    klau kauu usaha kau dpat .
    klu takk .. kauu hanya idup pada thap yg sekarang jelarhh . :)

    ReplyDelete
  52. One community worldwide pun MLM ke ?

    ReplyDelete
  53. Salam Nas. Saya dah terkena dengan One Community Worldwide sekarang. Dan saya sedang berhutang dengan membe-membe. Mampos nak cari cara nak bayar balik. Salah saya jugak sebab tak but research dulu. Entah sebab apa saya mcm senang je isi borang mula-mula yang membe (si macai MLM) kasi tu. Dah kena RM250. Lepas Open Case, saya kena bayar RM3 300. Saya dah bayar, cuma tinggal RM800 lagi tak bayar. Sekarang baru sedar macam dah kena tipu. Cilakak betul. Punyalah cakap yang saya ni grad nanti mungkin tak ada kerja. So kena joinlah benda tu dari sekarang. Konon dapat income belas2 ribu sebulan sebab buat bisnes. Nas, boleh ceritakan lagi pengalaman kat One Community Worldwide.

    ReplyDelete
  54. to annonymous yg komen 16 nov tu, boleh x emelkan facebook akaun awak kat emel ni: nashes90@gmail.com... nt boleh saya sembang panjang lebar pasal one community worldwide tu... saya da xaktif berblog da selama setahun.. hehee

    ReplyDelete
  55. kpd Anonymous august 13 : ko usaha kn?? apa yg ko ada skrg?? apa yg ko dapat?? cakap dh mcm anak datuk lak... ko dah jd billionaire ke? dah rasa hebat sgt dh? mmgla...hebat kena tipu SEBAB ko tu BODOH...!

    ReplyDelete
  56. wow. giler ah. ramai gak terkene dgn one com. aku pon weh. dapat pengajaran giler. .

    ReplyDelete
  57. aku rasa ramai yang kene disedarkan.

    ReplyDelete
  58. Wahai hamba Allah yg dirahmati, semoga anda diberi petunjuk ke arah kebenaran, dlm dunia ini tiada konsep 'triangle' kita hidup dlm cycle, andaikata kamu pernah ditindas @ dihina oleh org yg lebih brkuasa maka kamu msih boleh menadah tngn mohon kpd Allah swt agar Allah memberi petunjuk kpd golongn itu. Berwaspadala dgn apa yg diungkapkn, agar kelak apabila Allah dtg 'sharing' dgn kamu, hanya action/bala yg akn diberi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumitnye nk fahami kata2mu.. huhuhu

      Delete
    2. hidup xde triangle sbb hidup mcm roda..sekejap di atas,,sekejap di bawah...bisnes pn mcm roda...kejap ada di atas sbb untung...kejap dibawah coz rugi...lagi 1...perniagaan memerlukan modal pusingan..so phm kn pusingn ibarat roda..ade ke perniagaan x perlu modal pusingn..heheheh..juz pndapat je

      Delete
  59. salam... tntg one comunity worldwide...sy prnh pegi treatment nie skali... sbb kwn sy yg pkse... now... boleh x sy nk kmpul kn org yg prnh trlibat dgn treatment nie... boleh tolong hubungi sy x? kalau cukup bukti kita akn cuba bawa perkara nie ke pengadilan... mmg ssh... tp kte akn cuba... sy xsnggup lihat yg mnjd mngsa anak mlayu.. dh tu kbnyakan yg brpelajaran.. jgn tkut klu kte di pihak yg bnr... Allah itu maha adil... tolong hubungi sy dgn kadar segera... cerita kan pengalaman anda.. tapi saya berharap anda berkata benar.. sy akan minta bntuan ayah sy... in shaa allah.. smoga Allah permudahkan urusan kita... bg kwn sy yg bwk sy ke treatment nie hari tu.. sy bkn nk jtuh kn org lain... tp sy syg kn kwn2 sy even bru knal... apatah lg ade yg dtg dr kg bwa amanat kluarga utk dtg stdy.. tp trjebak dgn aktiviti yg xsht nie... sy sgt brhrp ade yg akn hubungi sy.. ini email sy zaina_reezana12@yahoo.com... walau pown lpas nie mgkin sy akn di serang oleh mreka2 yg tdk brpuas hti... sy redha.. tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok saya akan reply confidentially perkara ini melalui emel awak.. TQ

      Delete
    2. just found this blog...pasal one comm tu...sy dah rugi rm30,000...please contact me...sy pun nak menegakkan keadilan jgk...i've shut my mouth about this thing for over than 2years sbb fikir takde org akn faham..but i think now ramai yg senasib dgn sy...

      Delete
  60. salam... tntg one com...sy prnh pegi treatment nie skali... sbb kwn sy yg pkse... now... boleh x sy nk kmpul kn org yg prnh trlibat dgn treatment nie... boleh tolong hubungi sy x? kalau cukup bukti kita akn cuba bawa perkara nie ke pengadilan... mmg ssh... tp kte akn cuba... sy xsnggup lihat yg mnjd mngsa anak mlayu.. dh tu kbnyakan yg brpelajaran.. jgn tkut klu kte di pihak yg bnr... Allah itu maha adil... tolong hubungi sy dgn kadar segera... cerita kan pengalaman anda.. tapi saya berharap anda berkata benar.. sy akan minta bntuan ayah sy... in shaa allah.. smoga Allah permudahkan urusan kita... bg kwn sy yg bwk sy ke treatment nie hari tu.. sy bkn nk jtuh kn org lain... tp sy syg kn kwn2 sy even bru knal... apatah lg ade yg dtg dr kg bwa amanat kluarga utk dtg stdy.. tp trjebak dgn aktiviti yg xsht nie... sy sgt brhrp ade yg akn hubungi sy.. ini email sy zaina_reezana12@yahoo.com... walau pown lpas nie mgkin sy akn di serang oleh mreka2 yg tdk brpuas hti... sy redha.. tq..

    ReplyDelete
  61. Ya Allah,nasib baik tejumpa blog ni, saya pun dah terkena ckit, sama sebijik apa yg saya lalui,tapi alhamdulillah takde bayar sampai seratus pun, agak2x kalau mintak refund diorang bagi tak kalau betullah diorang ni kaya sangat, setakat duit yg sikit tu takkan refund tak mampu? dan kalau betullah benda ni jujur, tapi kalau hangus duit tu saya redha. tapi sedih sebab tu titik peluh org tua saya bukan sebab duit tu sangat, alhamdulillah, Allah bagi tunjuk sebelum kubur saya gali dalam2x,sebenarnya benda ni tak menarik hati compare dengan 'friendliness' org kat sana mcm 10 tahun dah kenal,tu yg buat kita terpukau, ingatkan bayar rm250 je,baca kat atas rupanya lepas tu ada lagi rm3300??? tu dah masuk musykil ckit, pastu diorang ,macam paksa kita berhutang??pelik kan, kenapa kita nak gali kubur dalam2x, kata nak tolong kita sehat, tapi dengan hutang keliling pinggang, bukan setakat sakit, boleh kena stroke...memang betullah benda ni buat hilang kawan, menyusahkan kluarga, yelah suruh pinjam duit je...kalau bayar cepat takpe. bila tanya macam mana nak berjaya? tak ada siapa pun yg nak terangkan, balik2x pengalaman diorang yg ckp benda tu elok. semua asyik cakap benda ni elok, tapi takde sorang pun boleh bentangkan macam mana kertas kerja dia. benda kalau elok tak payah paksa, orang akan beli jgk. memang sayang sebab ramai kenal org kat sana, semua baik2x(kita bersangka baik)insya Allah, dah jadi macam ni, kawan hilang kemana,memang sedih lah, tapi kalau hutang kita dah keliling pinggang, agak2x kawan2x ni tolong kita x? wallahualam, kebenaran hanya Allah yg tahu. Orang kata tidur dgn perut yg lapar lebih elok dari tidur dengan hutang yg banyak. hampir2x kita nak tenggelam, tapi Allah bagi petunjuk. kebenaran hanya Allah yg tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx... awak terkena produk MLM ape bro/dik/akak? untungla xbayar, sbb majoriti yg terkena mmg kene bayar ratus2... pastu mintak ribu2.. then paling tinggi tahapnya sampai puluhan ribu... mmg friendly sangat org2 MLM... sayangnya friendly mereka pandai menipu.. tu yg masalah tu... mmg mereka akan paksa kita berhutang kalau kita xde duit beli produk cth mesin terapi dsb..mmg juga mereka ni akan hilang kawan sbb diorg asyik mencari 'prospek'... bila prospek mereka 'lari', abesla, diorg bukan kene marah je, tp hilang kawan... hu3.. tu la.. baik xyah berhutang, better keje makan gaji atau keje kutip sampah drpd keje2 cmni... hu3 thx for ur comment... :)

      Delete
    2. btol2...hutang2 2 semua diowang nk bayar ke kalo kte mati....mati xkire mase kn..hahaha..ce ckp cmni at diowg kalo suh pnjm2...hutang ni berat dalam islam...hutang di bolehkn apabila diperlukan n terpaksa..bukan dipakse...

      Delete
  62. saya (akak =)) terkena one community worldwide tulah~ saya lepas baca blog awak saya terus buat research, jumpa jugak blog lain yg cakap pengalaman yg sama, semua sebijik macam org tu bercerita tentang apa yg saya lalui,memang practice ke apa diorang ni, pukau modern ni, memang terpegun tengok tempat dia sewa mahal kan,pandai diorang,memang pakar buat benda ni, steven yeam tu kan pengasas dia,kata bukan MLM tapi pengasas dia buat MLM kot dulu, cakap tak jujur ni, perniagaan yg bermula dengan penipuan ingat ada ke keberkatan kat situ,jangan kejar sangat harta dunia ni, tak kaya mewah tak apa, janji keberkatan rezeki, tanam kat diri mungkin esok aku akan mati, nak tanggung dosa tipu kawan, akhirat esok nak jawap apa?, paksa kawan masuk, baik2x diorang belajar, pergi suruh diorang pinjam kawan2x,mintak duit mak bapak, berhutang keliling pinggang, sahabat ke namanya yg menyusahkan sahabat lain? tu namanya ambik kesempatan, kalau berkawan biar kerana Allah, bukan sebab nak kawan ni masuk tu masuk ni,menyusahkan hidup dia, konon kata nak tolong, tapi tu bohong, kena sedar, bukak mata, bukak hati,baca Al-Quran, tak payah nak kejar sangat kemewahan, dunia ni sementara je, esok lusa entah hidup entah tak, semua perbuatan kita malaikat catit,memang akan ada org2x dia akan hentam awak dan saya sebab cakap macam ni pasal community yg diorang join ni, tapi berkata benar biarpun pahit, demi Allah, takde niat nak jatuhkan perniagaan sape2x, tapi benda ni saya dah kena, bukan dengar pengalaman org lain,saya takkan cakap kalau org lain yg kena, saya rasa nak masuk haritu sebab saya rasa ukhwah persahabatan kat sana memang seronok (memang friendly tahap impossible, kalau seorang takpe,ni semua org, saya macam tak percaya(saya still anggap mereka semua ikhlas, husnudzon ) saya rasa macam bestnya kalau dapat support group macam ni, langsung x terfikir nak kaya ke apa ke, kita berkawan ikhlas kan, semua macam dah okey, tapi bila dia start suruh pinjam duit kawan lain, saya macam "hmm, pelik tapi takpelah husnudzon" still saya masih nak masuk sebab ukhwah, tapi lepas tu Allah gerak hati saya, saya jumpa blog awak, saya buat lagi research, akhirnya saya pasti saya taknak masuk, saya baru kena suruh bayar rm250,tapi tgk kat atas dah ada yg kena lepas tu rm3300, pastu kena suruh bayar rm25000 plak utk kerusi yg dikatakan baik tapi wallahualam, saya pun x pasti. mungkin baik (husnudzon) tapi kalau harga tak masuk akal menipu namanya,saya bagi contoh lah senang, pen harga rm1, tapi saya jual pen satu rm1000, memang lah pen tu berkesan tapi sama je dengan pen rm1 tu kan. Perniagaan islam takkan pernah ajar macam ni. menipu namanya, kawan saya ni baik dah, tapi belum bukak mata kot, saya tak pasti brapa dalam dah kubur dia gali(berhutang), saya nak selamatkan dia, tapi cara dia memang tak boleh sentuh dah perniagaan ni, sebab dia dah tak nampak dah benda lain, saya hanya mampu berdoa, kalau duit kita berjuta-juta tak apa nak beli 10 kerusi pun, terpulang, ni duit pun pinjam ptptn, pinjam kawan,mintak mak bapak,lagi nak menyusahkan diri, saya dapat tahu jugak rupanya dorang dapat duit kalau cari downline, patutlah bila saya kata tak jadi nak masuk,( saya tolak cara baik) dia terus marah saya sindir saya, saya fikir " aik, haritu bukan main friendly lagi" baru tolak dah ubah jadi org lain, tapi saya still fikir diorang ikhlas haritu (husnudzon),rupanya keperluan saya di situ.

    sambung...

    ReplyDelete
  63. sambung...

    Baru faham tapi takpe saya maafkan awak, sebab saya kawan awak kerana Allah, awak tak perlu join apa2x nak kawan dgn saya, awak tak perlu pinjam duit kawan awak, mintak duit mak ayah awak, hutang sana sini, sebab awak sahabat saya, saya takkan menyusahkan sahabat saya,=)Insya Allah. Saya kalau guna duit berniaga nasi lemak, lagi boleh kaya dari ikut benda ni kot, seronok hidup bebas hutang, hidup sederhana, tak berhutang hati tenang, kalau badan sehat(mungkin sekiranya kalau pakai elife tu lah kan, husnudzon) tapi hutang 10 keturunan pun tak habis bayar, buat apa, dalam islam pun hutang di bawa mati, Allah kata hutang dengan manusia kena selesai dgn manusia. Saya dengar org lain yg dah kena lagi teruk, hari2x upline tanya duit dah ada ke tak, gila hidup macam ni, kalah ah long ceti. Jadi part mana yg tolong kawan tu? saya tak nampak langsung.

    -Tolonglah jgn hancurkan hidup budak2x uni yg baru nak merasa hidup berkerjaya, hancur hidup diorang hutang keliling pinggang, hilang kawan, susahkan mak bapak, duit ptptn bukan buat belajar habis bagi kat community ni. sedekah kat palestine lagi bagus, Allah akan balas berlipat ganda.

    jujur pada diri sendiri, tanya diri seikhlas hati, betul ke apa yg aku buat ni? tapi kalau still nak ikut jugak, saya tak boleh nak buat apa selain berdoa. Moga apa yg dicari dapat.
    Allah beri akal kita fikir elok2x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BTW kak.. thx for comment.. xtau la nk panggil kak ke x sbb saya ni da masuk 23 tahun da... last year semester... hehee... komen panjang lebar tp apa yg akak kata mmg aku ngan kawan2 ex-elife ni mmg da rasa... sebijik! aku pon bersyukur gak sbb entri ni dulu pernah jadi 1st hit kat google bila org search one community worldwide, boleh la ramai org yg search pasal OCW tu bace entri ni yg lebih umum, xterhad mana2 MLM.. konsep MLM sama je.. penipu.. tu je yg aku boleh nk kata... orang Melayu kalau kene tipu ngan bangsa lain (maaf aku xrasis) mmg susah nk akui diorg kene tipu... diorg still nk pertahankan apa yg salah, padahal diorg xuntung apa2 pun..org yg kat 'atas' je yg untung.... byk point yg aku leh amek dr coretan akak di atas.. mmg benar diorg ni sporting sangat... rasa cm seronok ada akak n abang yg nampak lebih memahami... sbb aku ni xde kawan yg betul2 cepat mesra.. rupa2nya bertopeng... sian.. ramai student2 kene tipu.. diorg aim student sbb senang nk rekrut, kalau nk cari staff yg da keje mmg payah gile.. kesian.. aku doa2kan mereka bertaubat n insaf.. n doa2kan sama student2 xtertipu ngan agenda mereka ni..btw thanks skali lagi sbb akak buat pilihan yg AMAT TEPAT! utk masa depan...

      Delete
  64. owh saya (24 tahun ni) akak jugaklah kirakan=), sebab saya marah sangat diorang takde kejujuran, dulu almost hari2x message saya, tapi bila saya tolak taknak join, senyap sunyi, alhamdulillah, hidup lebih tenang=)tak diganggu 'ah long dalam selimut', memang menggali kubur sendirilah kalau still nak join, kalau duit berjuta2x tu takde hal lah, ni berhutang sana-sini, diorang marah awak, kata negative lah, apelah, tapi bagilah hujah yg bernas yg boleh justifykan perbuatan tu, ni tak, attack awak pasal awak guna nuffnang??, tolonglah, kalau awak pakai nuffnang skalipun ada awak mintak duit kat kitorang? suruh join itu ini? mintak duit sana-sini? berhutang sana-sini? takdepun menyusahkan hidup kitorang, tanya diorang pengasas dia steven yeam kan? perasan tak semua anak melayu yg ikut, sebab bangsa cina dah tak percaya sebab dulu dia buat MLM lampe berger, anak melayu tolonglah, online tu jgn bukak fb je, buat research dalam2x, cari kebenaran, jgn jadi macam lembu dicucuk hidung, takde pendirian main ikut je, saya rasa Allah tu jumpakan saya dan awak dgn org ni supaya kita boleh tolong sedarkan lgi orang ramai, yg tetap nak masuk, saya tak boleh nak buat apa tapi nilah yg akan terjadi kat life korang:-

    -pergi k.l tiap2x hari(tak kisahlah tinggal kat ceruk mana) 'charge' badan kat sana, (sehari kira2x rm15) + minyak kreta. rm15x 30hari(sebulan)=rm450 kalau rumah dekat, kalau jauh???.
    -chargenya 30minute je, tapi tak brenti di situ,awak akan dibawak lepak kat kedai mamak sampai 2-3 pagi, dia akan brain wash sampai sebijak mana pun awak akan terperdaya dengan keramahan mereka. sangat licik. awak akan diminta membeli voucher rm250 =) kerana awak telah terpukau, lalu awak pun membelinya. bukan sebab awak x bijak, tapi memang licik cara diorang.
    -ramai org akan approach awak macam 10 tahun dah kenal, lalu memberi tahu betapa 'awesomenya' product ni yg mengubah hidup mereka. awak duduk disana sambil mendengar tarbiah diorang.
    -ramai student yg awak akan jumpa, awak jgk akan diperkenalkan dengan produk2x yg harga tak masuk akal. tentu skali percaya sebab telah terpedaya=).
    -awak akan rasa gembira sangat sebab dah jumpa 'kawan2x' yg sungguh baik=)lalu mereka akan suruh awak pinjam duit kawan awak=). Semua mereka akan cakap macamtu kat awak (serious cakap, SEMUA akan suruh awak pinjam duit kawan awak=)Tapi tak ada seorang pun yang akan offer pinjamkan duit mereka ( nampaklah masuk benda ni boleh bagi hidup senang=))
    - kesan-kesannya, duit habis gi sana hari2x, duit minyak lagi, balik lewat malam, ingat boleh bangun awal pagi?, hmm,solat entah ke mana, class dah tak pergi dah, bagi sedekah duit kat sana je=), sungguh menyeronokkan hidup macam ni=) masih teruja nak masuk? memang kerja cop duitlah kalau still nak masuk.
    - 'datang lagi tau' itulah kata2x yg akan mereka katakan sebelum balik=).
    -buang masa lepak kedai mamak ,ingat org takde kerja ke nak lepak sampai tengah2x malam, dengar benda yg sama berulang2x,kalau baca Al-Quran dah khatam dah dari lepak kat sana sampai pagi.
    -if you guys wanna leave, better do now, pasal macam memang kalau dah bayar beratus2x akan sentap sebab dah dalam kubur dah tu tinggal nak timbus je lagi, saya bayar ckit pun sentap, tapi takpe saya rasa experience ni memang a GREAT lesson utk saya, awak akan hilang kawan sebab awak akan menyusahkan mereka dengan meminjam wang mereka, menyusahkan kluarga, memang takde penyakit cari penyakit.
    -still jugak nak masuk??? hm...hanya mampu berdoa awak selamat, yg pertahankan ni mesti dah invest beribu2x, sebab dah dalam kubur tu di gali jadi susah nak kluar, tapi it's not too late to start over, Get out Now!!Before dah tetimbus kubur tu baru terkapai2x nak kluar. Cari rezeki biar elok caranya, Insya Allah, hati akan tenang, rezeki Allah luas, jangan pergi kepada benda yg meragukan, pergi ambik duit jual cekodok pisang kat depan rumah, lagi bagus, halal pun halal, tak meragukan, jangan kejar sangat dunia ni...nak cepat kaya,nak short cut je...

    sambung...

    ReplyDelete
  65. sambung...
    Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: Tinggalkan apa yang membimbangkan kamu kepada apa yang tidak membimbangkan kamu Hadith ini Hadith Hasan soheh yang bermakna: Tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

    Nabi yg cakap, jadi tanya diri sendiri, org lain kita boleh tipu, tapi diri kita sendiri kita tak boleh tipu, sebab bila tanya org kat sana "elok ke lepas pakai mesin ni?", bolehlah sikit, hm..adalah kuranglah ckit," macam jawapan ni nak cakap, "takde pun rasa beza tapi ada kot" sebab dah join kan,takkan kata tak elok, I was like "okey~tak ada siapa yg pasti benda ni elok ke tak, cuma make-believe je" kalau adapun dengar fakta2x yg tak pasti kesahihannya. You doubt it but still digging your own grave. Saya sayangkan anak muda malaysia, saya taknak umur baru nak masuk 25, bankrupt, hutang 10 keturunan tak habis bayar, nak buat amal ibadat pun susah,otak asyik fikir pasal hutang....sedekah duit ni kat community ni...cari orang nak cover balik investment yg dah bagi kat syarikat ni... You really wanna live like this??? jawab seikhlas hati and make your own decision, sebab setiap downline korang yang korang susahkan hidup mereka, korang ingat tak menganiaya ke tu? hidup dunia tak senang, akhirat nanti jawablah sebab org2x ni akan datang tuntut pahala kat korang dan campak dosa.

    Yang dah masuk ni confirm antara nak kaya cepat atau memang kena brain wash belum sedar.

    Baginda SAW bersabda bermaksud: “Harta itu lazat dan manis. Maka siapa yang menerimanya dengan hati yang bersih (tidak rakus), dia akan mendapat berkat dengan harta berkenaan.

    “Tetapi siapa menerimanya dengan harta yang nafsu serakah, dia tidak mendapat berkat dengan harta itu dan seperti orang yang makan dan tidak pernah kenyang” (Hadis riwayat al-Bukhari).

    Jangan rakus sangat nak kaya, jual cekodok pisang mungkin sikit keuntungan tapi keberkatan yg kita kejar bukan harta. Nak kaya sangat kumpul amal untuk akhirat, nanti kat syurga mintaklah apa je. tu yang utama.

    Wallahualam~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..thankss kakk..sy hampir2 nk tkene..nasib bru isi borg..xbyr pape pun lg..sbb memg xde duit time tu..pastu siap dia tny dlm akaun memg xde lgsg ke..huhuhu..sy ckp la takdek..pastu dorg suh pinjam kawan..balik pun kul 2 3 pg sbb lepak kdi mamak..sedih jugakkk tgokk anak dara yg mlepak..alangkah sedihnye kalau ibubapa tahu..huhuhu..alhamdulillah sy jumpe blog ni..

      Delete
  66. Betul tu anonymous.. Sy pun sedih lihat ketaksuban mereka2x ni nak backup. Sehingga menjerit jerit mcm monkey nak tunjuk energize la sgt. Sbb sy dah ada pengalaman la sy blah je n x mau jejak lagi ke one world ni. Sy pun buat sales juga.. Tp hukum pertama buat sales kena bgtau apa yg kita nak jual secara jelas.. Bukan suruh labur baru nak bgtau..sy pun antara org2x yg agak tua dari budak2x tu.. Tp mak ai. Mana respect mereka2x ni. Hanya dgr ckp bos besaq mereka yg kaki propa tp x nak dgr org yg ada pengalaman mcm sy ni.

    Inilah anak melayu... Anak cina bz buat property main saham tp cgpa first class. Anak melayu dok MLM dok tipu org . Ajaran Islam ntah ke mana.. X jujur langsung.

    ReplyDelete
  67. salam.thanks for all the info. sy buat research psl OCW sblm trima ajkkn kwn yg ajak sy ke spa exclusive.Sy xtau knape,tapi mmg telah ditakdirkan tuhan,sy terfikir ni sme adalah 1 bntuk MLM dan sy search dlu apa tu OCW.terima kasih kpd blog awk yg menampakkan gmbaran sebenar apa tu OCW..

    ReplyDelete
  68. Such opinions you guys had....well, that's what the 80% people do when they don't understand what MLM indusrty is all about.
    Industry MLM is all about TIME & FINANCIAL FREEDOM.
    You guys must take some time & give yourself a tiny chance to know about this facts before its oo late. But never too late to learn right?
    Enjoy the video ^^
    https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=Sz1SLOkIg0Q

    ReplyDelete
  69. - Score A pun sama? Abg ipar sy kononnya berjaya buat biz ni. Umo 25thn, org2 panggil dia Tuan, ada kete audi, ada umah mahal n serba serbi mewah lah. Next month nak kawen hantaran 50k. Buat kat tmpt grand. Kasut bride LV. Bagi ayah semua hp sorang satu,bawa mak ayah semua g umrah. Ayah mentua agung-agungkn dia sampai suami sy sendiri dia ckp takda masa dpn(yerlah, keje biasa2 je takda gaji sampai 5-6 angka). Sy sabar, mula2 teringin nak join juga biz dia sbb ingat nak tambah income. Abg ipar baik n takda masalah dgn sy, mmg sgt2 positif orgnya, ckp pun manis2 dgn lemah lembut. Tapi sy tangguhkn niat nak join sbb takot tak dpt beri komitmen yg penuh. Sy buat research sikit2 tntg Score A ni, last2 dpt byk feedback -ve dari positif. Kalau benar ini cara mereka buat keje, tak berkat semua harta yg diberi tu. MasyaAllah. Sekurangnya sy terjumpa blog ni. Alhamdullilah,suami sy mungkin tak kaya mana tapi masih mampu sara keluarga, bahagia dan yg pasti dpt rezeki yg halal. Kami diamkan je diri tak beritahu ahli keluarga psl MLM Score A ni takot nanti memecahbelahkan keluarga pula. Allah swt masih syg, dia beri kita akal utk elakkan benda2 mcm ni. Terima kasihatas dugaanMu Ya Allah.

    ReplyDelete
  70. oh ditulis kat situ, mereka yang gagal adalah sekitar 95-97% because they try to cheat the system. Bukan system yang fail.

    Aku tak anti MLM sebab ia satu cabang pemasaran.

    Aku anti dengan ahli MLM yang twist the concept sampai ia jadi hancur dan tak boleh pakai.

    Scammer ada kat mana-mana. Bukan setakat dalam MLM. Even kat pasar Malam, restoran, ofis gomen pun ada scammer,

    ReplyDelete
  71. As salam, saya ucapkan terima kasih kepada saudara nas sebab sudi berkongsi artikel ini, utk mkluman saudara saya baru melanjutkan pelajaran, saya juga telah menjadi mangsa MLM one comunity worldwide..mula2 tu di ajak pergi treatment, lepas tuu dlm seminggu dsuruh pulak utk upgrade ke next level, saya ingat lagi mase tuu saya ade exam keesokkan harinye tapi dpkse pergi treatement.. Saya rase seolah dipaksa, mase saya melaburkan duit saya ade cakap laa dgn dorg yg nak minta pndpt parents dlu, tp dorg kate x perlu sbb parents xkan paham., ble parents sudah tahu sy mlburkn duit dorg surh mnta balek duit itu tpi pihak OWC bg alasan, kami pun pelik sbb mmg xde dokumen hitam putih, sape yg mgalami situasi same emel la saya ye, hunnyximici@yahoo.com

    ReplyDelete
  72. Kenapa perlu salahkan Perniagaan MLM.Sebab ramai yang tak guna otak masa nak menyertai sesuatau perniagaan MLM tanpa membuat kajian terlebih dahulu. Anda berhak untuk menolak sesuatu tawaran dari mana-mana syarikat atau individu..Setahu saya asas perniagaan MLM itu sendiri tiada paksaan sama ada untuk membeli atau menyertai. Mengapa pula ramai perserta MLM boleh berjaya. Jawapannya mudah..sebab mereka berusaha. Yang tak berjaya pula sebab mereka malas. Sifirnya mudah, ramai bebudak melayu masuk MLM nak dapat duit mudah tapi MALAS berusaha. Apa perniagaan@pekerjaan sekalipun kalau tak berusaha takkan berjaya..Ramai budak melayu masuk MLM nak duduk goyang kaki tunggu komisyen dari downline..Lagi satu masuk MLM sebab termakan rayuan agen yang CUN atau jejaka yang KACAK. Macam mana melayu nak maju berniaga ????

    ReplyDelete
  73. Saya sokong kenyataan sabree hussinApril 17, 2013 at 9:17 AM...Adik saya berjaya dengan perniagaan Shaklee setelah 3 tahun berniaga secara online. Tanpa perlu menipu dan memaksa pelanggan. Yang penting usaha..MLM adalah satu cabang sistem perniagaan berasaskan komisyen.
    Macam perniagaan jual kereta juga. Introducer dapat komisyen jika dapat membawa pelanggan membeli sebiji kereta.

    ReplyDelete
  74. OCW adalah serpihan dari group SYN pengedar DCHL. Sekarang pun DCHL masih hidup dengan perniagaan mereka yang dikenali dengan jual lesen atau franchising atau bahasa kasar dia head hunting. Head hunting ini bukan setakat head hunting tetapi juga pembelian pangkat melalui pemebelian stok atau bahasa kasar dia adalah investment game. Berhati-hatilah dengan DCHL kerana mereka sangat PROFESIONAL dalam brainwash.

    Jika didekati kawan lama yang bertanya khabar sambil mengumpul maklumat peribadi kita dari segi Financial, Occupation, Recreational, Money, Hobby, Dream. Berhati-hati. Pusat mereka adalah menara HLA di sebelah KLCC.

    Wahai penggiat DCHL. Sedarlah bahawa cara kalian dalam membuat jualan adalah secara head hunting (walaupun anda menafikan) dan juga investment melalui loan (juga walaupun anda menafikan) dan kaedah anda brainwash ini banyak unsur manipulasi dan mengambil kesempatan secara halus. Ambil masa anda sendiri dan fikir sejenak adakah betul kaedah anda dalam mencari rezeki dan abaikan sebentar Lesen KPDNKK.

    Anda lebih mengetahui bagaimana anda membuat SALE. Kalau sedalam-dalam hati anda tidak tenang. Fikir semula. Aku pernah disini. Aku berenti bukan kerana aku gagal tetapi kerana prinsip aku tidak memperolehi pendapatan dari air mata orang lain.

    ReplyDelete
  75. dh bertahun tahun org kena tipu...
    nmpak sngat la mangsa paling latest...
    nasib baik burn RM 50.00 utk therapy tu je...
    ada ke patut bile aku tanya prospek business die bleh ckap;
    A: ko xlayak ckap dgn aku.. klau ko nk tau, sila bayar RM240.00 baru bleh bincang...
    bapak die, tanya produk dgn cara market produk je..
    strategi business ape kau pakai malaun..
    duk aim bdak2 student...
    Buat2 budak tahun 1, Lebih baik ko ambik duit tu pergi Pulau tioman ke beli PC,
    puas hati dr duk join MLM a.k.a Member Lanyak Member@ Meniaga Lauk Malam..
    Lokasi BrainWash:
    Pelita Nasi Kandar Hartamas...

    ReplyDelete
  76. can u explain to me more about Community Worldwide please? thank you..

    ReplyDelete
  77. Kita bersama-sama boikot dan tumbangkan sistem MLM dalam negara Malaysia.

    ReplyDelete

Thx sebab komen entri.. bagi mereka yang dari wordpress atau reader yang tidak mempunyai blog,boleh komen dengan klik pada name/url. then tulis nama dan/atau letak link blog korang dan publish comment :)
annonymous juga digalakkan memberi komen :P

Related Posts with Thumbnails