Pesanan Penaja

Monday, July 4, 2011

BERSIH: Melayu Jangan Bergaduh!

   
      Assalamualaikum semua, lama gila aku xupdate blog... dalam 2 minggu kot... keje n fesbuk punye fasal la nih.. hehehe... Ermmm.. Last2 aku 'terpaksa' juga nak update entri yang berunsurkan politik walaupun dulunya aku mmg xkan tulis entri yang ada unsur politik sbb aku xmau la pembaca blog ni ada yang xsedap hati bila membacanya.. Korang semua rakyat Malaysia mesti tau kan pasal Perhimpunan 'Haram' Bersih yang akan diadakan 9hb julai ni kat area dataran Merdeka. ala.. da nak dekat daa.. bukan je BERSIH je yang nak buat, tapi PATRIOT pun juga bakal nak buat demo bagi membantah BERSIH..
   
       Aku rase amat terkilan la dengan perkara ni, bukan apa, pasal perhimpunan ni je nak bergaduh2.. pihak pembangkang cuba mempertahankan tindakan mereka buat BERSIH sebab tujuan utamanya nakkan pilihanraya yg bersih walaupun dahulunya mereka buat pertama kali berjaya memperoleh 5 negeri serta mengurangkan hampir semua undi2 yang diperoleh drpd BN pada pilihan raya umum 2008. Manakala pihak kerajaan pula mendakwa BERSIH ni kotor sebab adanya Ambiga, unsur2 komunis, merugikan peniaga2 dan negara dan sebagainya. erm.. cuba baca tuntutan bersih nih:

Ok.. dah baca? xbaca pun xpe :P

 kata sesetengah pihak, BERSIH yang pertama ni sedikit sebanyak mempengaruhi PRU lepas..
aneh bukan, dulu dibantah tapi xde la dibantah sekeras2 pada masa sekarang

      Tengoklah, laman sesawang blog dan fesbuk ramai bangsa kita 'berperang' sesama sendiri, ada yang menyokong, ada yang membantah. siap ada yang mencarut2 lagi woo... Pelik! aku lihat orang bukan melayu xde pulak yang 'amek port' sangat pasal ni. Apatah lagi kat media massa terutama sekali Utusan Malaysia ni sejak akhir2 ni setiap hari letakkan tajuk muka hadapan pasal 'BERSIH'.. xcaya, korang belek2 la paper tu.. belum lagi kat berita kat TV.. BERSIH.. BERSIH.. BERSIH.. muak la aku! Baik layan video 'lama' Maharaja Lawak lagi berpekdah (+_=)

Aku bersetuju jugak dengan pandangan blogger ni pasal BERSIH.. sejiwa kot.. hek3:

1.    Kenapa tidak dibiarkan saja Bersih 2.0 diadakan, dan seperti negara-negara lain pihak berkuasa bertanggungjawab mengawal keadaan supaya tiada berlaku perkara yang tidak diingini?
2.     Kenapa perlu ada "counter rallies" dari Pemuda UMNO dan Perkasa pada hari yang sama yang mana bila bertembung dengan Bersih 2.0 boleh membawa kepada kemalangan jiwa?
3.     Yang saya pelik kenapa tidak pula mereka yang hadir demonstrasi Patriot ini ditahan kerana menganggu ketenteraman?
4.     Bila nak tahan warga Bersih, mereke kaitkan dengan akta hasutan tapi kenapa bila ada ucapan mengugut dari warga Patriot tidak pula mereka didakwa di bawah akta hasutan?
5.     Kenapa begitu takut akan Bersih, kenapa dikatakan sebagai propaganda parti pembangkang sedangkan tuntutan oleh Bersih itu adalah logik dan rasional?
6.     Apa yang pihak berkuasa lakukan sebenarnya? Orang yang jual baju kuning Bersih 2.0 ditahan, orang yang pakai baju merah Patriot diiring, double standard kah?

     Ok.. dah2.. aku xmau berpolitik sangat.. nanti ade pulak orang yang xsuka dan xnak berkawan ngan aku... Aku neutral.. xberpihak mana-mana parti politik.. tapi aku lebih bersetuju dengan BERSIH ni asalkan buat demo dengan aman... sudahla...

   Then, aku xmau dengar lagi pasal BERSIH... Kesian aku tengok bangsa sendiri yang bergaduh2 pasal bende yang 'kecik' ni dan memperbesar2kan perkara ni...Bagi Pelajar2 terutama UiTM, jangan gatai2  nak join perhimpunan ni, karang kene 'dismiss' aku xtauu..hu3...

p/s- Dah....aku xmau citer pasal politik agy... tapi tenang sikit sebab dah luahkan apa yang aku nak luahkan selama ni 'berjaya' :P

23 comments:

  1. hehe..betul2..
    takut kena dismiss tak pasal2 jer..
    bnda nie boleh settle cara baik kalau nak..
    ni msg2 nak tnjuk betul,,payah ah..
    tgk jer ah pa jadi t..

    p/s: busy nyer dia yer..ninie jer dok tanam anggur kat umah nie..aduyai..-___-

    ReplyDelete
  2. Aku jawab satu2 ye..

    1. Camne nak biarkan Bersih 2.0 ni? Dulu masa Bersih 1.0 bagaimana keadaan dia? Susahlah.. Aku mungkin tak terasa tapi yang dok kat KL camne? Dan ramai penganalisis politik jangka berkemungkinan BERSIH 2.0 kali ini lebih teruk dari 13 Mei 1969..

    2. Aku pun tak sokong PERKASA dan Pemuda UMNO nak buat perhimpunan PATRIOT.. Aku cuma sokong matlamat PATRIOT yang cuba nak halang orang ramai dari pergi ke perhimpunan tersebut.. Alaaa, PERKASA tu pun bukan pro-UMNO sangat.. Dorang pun kutuk Pemuda Umno lah..

    3. PATRIOT dah buat demontrasi ke? Erm.. Itu tanya polis ek.. Aku takde hak nak jawab..

    4. BERSIH dan PATRIOT sama je, bila dah hangin memang tak ingat dunia.. Masing2 nak pertahankan diri dan gunalah ayat2 kasar.. Dua2 pun salah ok.. Kalau kau masuk grup politik lagi2 yang parliment fb, kau pun takut woo.. Tengok dorang terlalu taksub..

    5. Aku faham tuntutan tu tapi kau tahu tak sebelum ni Ambiga pernah jumpa dah SPR.. SPR dah terangkan pada dia pasal tuntutan dia yang tertakluk kepada perlembagaan.. Sekarang Ambiga guna jalan raya sebab??? Kepentingan politik..

    6. Kalau dah baju BERSIH tu ade kaitan dengan penghidupan semula kefahaman komunis memang patutlah ditahan..

    Entry Terbaru 1 : Titah Khas Agong Mengenai Perhimpunan Haram 9 Julai
    Entry Terbaru 2 : Sokong Bersih Tapi Tak pernah Mengundi

    ReplyDelete
  3. AKU BARU NK BERSUARA..TPI KAWAN AKU TIEAH NI DH BERSUARA..HEEEEE

    ReplyDelete
  4. Sy Xsuka Politik..
    Tp Sy Setuju Pandangan dn Persoalan d_Tieah..

    ReplyDelete
  5. kenapa penganalisis politik kate lebih teruk dari 13 mei?
    sedangkan ni antara melayu dan melayu.ade pembunuhan ke mcm 13 mei..

    kalau mcm tu
    aku takut..

    Ya Allah selamatkan la negara Malaysia..

    newpost :5 youtubers pilihan qarr

    ReplyDelete
  6. nice entry and pandangan bro.

    like u, aku pon tak pihak mane2. sebab pada aku rally jalanan adalah satu benda yang menyusahkan banyak pihak (non political benefits).

    so macam bersih, patutnya jika tak dibenarkan cari jalan lain yang lebih diplomasi untuk adakan satu tuntutan yang tidak terlalu menggangu gugat keamanan negara or mengacau lalu lintas seperti yang dah terjadi di penang hari tu. tengok sendiri kan penangan baju merah macamne. jalan jam, polis pon diorang rempuh selamba badak je.

    dan kewujudan lak si baju merah yang kononnya nak pertahankan negara, tapi derr cara ko pon jalanan gak, tak rase ke 2 X 5 je. so kalo baju merah kate si kuning bangsat, apa mereka tak bangsat? sendiri mau ingat...

    negara demokrasi adalah negara yang membenarkan rakyatnya bersuara melontarkan pandangan secara sihat, bukan secara keganasan atau menimbulkan huru hara.

    cuma pada aku, rally jalanan adalah cara terakhir untuk mendesak kerajaan ANDAInya kerajaan itu terlalu kejam yakni dasar kuku besi. TAPI aku tak rasa kerajaan sekarang sebegitu teruk sehingga perlunya ada rally jalanan.

    Dan paling a NO NO. Jangan babitkan orang lain dalam hal-hal politik. Kanak-kanak tidak sepatutnya terlibat langsung.

    Yang paling sedih seperti mana ramai orang berkata, yang dok bergadoh, yang join rally jalanan ni mostly melayu, bangsa lain tengok dari tepi tepuk tangan. What a shameee!!

    Hindari rally jalanan, hindari provokasi. Andai ada pihak ingin bersuara, berikan mereka ruang dan peluang, itu barulah demokrasi namanya.

    ReplyDelete
  7. Apa yang cuba ditonjolkan kedua-dua pihak ini? Bagi saya lebih banyak bercakap orang itu tak betul orang ini betul lebih baik buat kerja dari bisibg-bising di tv dan suratkhabar. Tidak ada faedah. Ingat kuasa undi ditangan rakyat. Tidak guna cakap banyak tapi tidak ada tindakan untuk menyelesaikan masalah rakyat dan bangunkan negara.

    Undi saya hanya untuk pemimpin yang bekerja dan bukannya untuk pemimpin yang banyak cakap :-(

    ReplyDelete
  8. sensitif betul bnda ni
    aku kadang kadang khusyuk pulak duk baca orang duk gaduh kt fb sbb benda ni

    hee nas
    lama x jmpa
    =)

    ReplyDelete
  9. @ninie_azriena aah.. aku pun takut kene dismiss jerk...
    aku pon rasekan bende ni kene settle dengan cara baik... hope so

    ReplyDelete
  10. @Hansamin.. aku harap begitulah.... cuma sehari je kan

    ReplyDelete
  11. @d_tieah ok.. aku pun nk jawab lah

    1.aku dok KL.. so aku leh merasa cmne bersih 1 berlaku.. xde pon berlaku pecah harta benda awam..
    bagi aku, ia mungkin lebih teruk kalau drpd 13mei jika berlaku pertembungan antara pihak penyokong bersih n pembantah

    2. owh begitu... aku pulak sokong bersih dibuat tapi xmau la ade unsur2 komunis la,n mcm2 lagi

    3. dah buat... diorang buat kat tempat2 lain dulu seperti di perak kalau xsilap

    4. betul2... ni la orang melayu.. suka sangat nak berbalah... mmg taksub sangat2... aku teringin nk tengok melayu macam dulu

    5. owh.. pasal ambiga aku langsung xamek port...

    6. yes.. mmg kene tahan n aku pun boleh je repot polis kalau ade nak hidupkan komunis scara besar2an...

    ReplyDelete
  12. @merahitujambu owh.. ingatkan ape tadi.. hehehehee

    ReplyDelete
  13. @Shafiq ok.. no hal la.. aku terima mana2 pendapat dengan terbuka.. xkesah pun :)

    ReplyDelete
  14. @QaRr JaliL ntahlaa... 13mei kan time tu pertumpahan darah antara melayu n bukan melayu.. yg ini pulak melayu n melayu
    hope so mereka berhimpun tanpa bergaduh...

    ReplyDelete
  15. @Shukjessa thx atas persetujuan.. mmg aku pun agree walaupun xsepenuhnya yang perhimpunan ni xmenguntungkan sesiapa kecuali dr aspek politik.. aku pun rase pelik la..baju merah ni pulak nak 'menyebok' nak pertahankan keselamatan negara, padahal dahulu bersih 1.0 xde pulak jadi kes2 keselamatan negara tergugat.. aneh bukan?

    yes... negara ini negara demokrasi.. rakyat perlu bebas diberikan hak bersuara... janganlah terlalu menekan rakyat sgt dengan menggunakan polis untuk menahan org2 yang bakal dan akan buat perhimpunan bersih...

    erm... ok... aku bersetuju gak, xleh gunakan rakyat dalam hal2 politik.. kalau 5 tahun sekali apa salahnya kan? xmerugikan sesiapa pun.. asalkan xbuat demo setiap tahun atau setiap bulan mahupun setiap hari....

    btul gak apa yg ko ckp... org melayu aje yg suke demo.. bangsa lain just sokong tp xminat nk buat demo.. alahai

    ReplyDelete
  16. @akubiomed setuju apa yg bro ckp.. agak tersirast disitu... hope so jangan bising2 dalam media massa xkira la kerajaan atau pembangkang.. buat apa yang diorang perlu buat demi rakyat.. that's All

    ReplyDelete
  17. @syahira ariff hye syira.... lama gak aku xjumpe.. hehehhee...
    tu la pasal.. aku xkusyuk main fb sbb kes ni.. last2 aku terpublish entri nih :P

    ReplyDelete
  18. aku sangat sokong komen Shukjessa
    benda2 macam nih sebenarnya untuk kepentingan politik
    bila pihak satu nak tunjukkan kuasa
    maka pihak satu lagi taknak kalah
    yg jadi mangsa ialah manusia2 yang mengikut membabi buta
    aku tak suka manusia yang taksub
    bila taksub kita tak akan nampak mana betul mana salah
    bagi aku perhimpunan nih merepek
    aku lebih suka dengan apa mamat khalid cakap
    tunjukkannya sewaktu mengundi
    itu lebih bagus
    :-)

    Ukur Baju Di Badan Sendiri

    ReplyDelete
  19. haihhh. politik2

    ReplyDelete
  20. tbaik ah
    hari ni kat mesir pun ada perarakan bersih gak
    tak berani komen lebih2 sbnrnya pasal ni
    nnti kang ramai yg blainan pndapat
    hehehe

    ReplyDelete
  21. salam....lalala....
    no comment....
    study dulu....

    ReplyDelete
  22. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip tip cuci enjin kereta

    Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr...

    bersihkan hati bersihkan jiwa moga hindari dari Noda....

    ReplyDelete

Thx sebab komen entri.. bagi mereka yang dari wordpress atau reader yang tidak mempunyai blog,boleh komen dengan klik pada name/url. then tulis nama dan/atau letak link blog korang dan publish comment :)
annonymous juga digalakkan memberi komen :P

Related Posts with Thumbnails