Pesanan Penaja

Sunday, May 29, 2011

Akhirnya Dia Pergi Jua Menghadap Illahi


   Lama kan aku tidak berblog? Maklumlah selama 12 hari aku berada di kampung, dengan kesulitan untuk on9 sebab terpaksa meminjam broadband mak saudara untuk on9 (cuma online fesbuk je sempat). sebenarnya ada entri lain yang aku hendak tulis.. namun kerna pemergian seseorang yang aku sayangi ke Rahmatullah memujukku untuk menulis satu entri mengenainya..

    Dia ialah nenek aku, dengan panggilan tok Munah telah meninggal dunia pada 8.05 malam (26 Mei 2011) pada usia 75 tahun selepas beberapa hari berada di hospital dan ICU selepas menghidapi pelbagai penyakit seperti kencing manis,paru-paru berkuman dan macam-macam lagi sehingga berada di dalam hospital swasta, Bagan specialist centre,pulau pinang selama seminggu.

     Bagi mereka yang ada facebook aku, aku pernah menulis status di mana aku berada di kampung,pulau pinang setelah didesak oleh ibu bapa untuk melawat nenek aku (pada waktu itu,nenek aku masih lagi dalam keadaan sihat),lagi-lagi dia selalu bertanya pada mak aku, "bila nasrul nak balik kampung???". Akhirnya aku dan adik aku,saiful balik kampung pada 16 mei dengan menaiki bas kerana pada waktu itu,keluarga aku dah balik kampung 2 minggu sebelum aku ke sana.

     Pada mulanya Allahyarham sihat,cuma terpaksa berjalan menggunakan tongkat. Namun keesokan harinya, dia berada dalam keadaan yang lemah dan terpaksa dipapah oleh Maksu aku dan kadang-kadang di bantu oleh aku,adik aku dan mak saudara aku. Memang agak susah nak bawa dia ke tandas sebelah sebab badan dia memang berat berbanding dengan kami, malah tugas tolong cebok najis dilakukan oleh maksu aku sendiri.

     Hari ke-3 dia dibawa ke klinik dan kemudian malamnya dia terpaksa dibawa ke hospital oleh ambulans kerana keadaan Allahyarham makin teruk. dia terpaksa dihantar ke hospital swasta sebab semua katil di hospital kerajaan terdekat sudah penuh.kemudian, ramai anak-anak serta cucu cicitnya datang ke hospital melawat dan menjaga dia bergilir-gilir. Dan aku serta adik aku terpaksa melanjutkan tempoh cuti kami bukan saja sebab Allahyarham sakit,malah sepupu aku pula mengalami demam campak dan kami kena jaga dia sebab nurseri tidak boleh menerima sepupuku yang demam campak ni.

     Dan akhirnya bila 10 hari berada di sana, pada pukul 5 petang kami pergi ke hospital untuk melihat arwah yang semakin kritikal dan denyutan nadi dan jantung terlalu lemah serta memerlukan bantuan mesin hayat. Malah arwah sudah 3x dibuat CPR sebab denyutan jantung berhenti. Akhirnya pada 8.05 malam, Allahyarham telah pergi dijemput oleh Illahi bersama-sama dengan suami dia yang sudah meninggal pada tahun 1995 serta anak ke-11 yang meninggal awal lagi.

gambar hiasan

     Arwah juga telah meninggalkan 10 anak termasuk Ibu aku serta berpuluh-puluh cucu dan 3 cicit. Keesokan harinya aku mengikut jenazah diusung ke tanah perkuburan Islam serta sembahyang jenazah buat pertama kali dalam hidup. Perkara ni amat-amat menginsafkan aku sebab aku terbayang bagaimanalah keadaan aku pula bila dijemput Illahi dengan amalan yang sedikit serta dosa yang bertingkat-tingkat..

     Aku tak menunjuk tangisan aku,cuma dalam hati saja yang tahu betapa sebaknya kehilangan nenek yang aku betul-betul sayangi. Yelah, Arwah pernah memberi aku duit yang agak banyak bagi aku sebab mendapat keputusan SPM dan Matrikulasi yang memuaskan dia. Banyak jasa dan pengorbanan dia sebagai nenek terhadap aku yang aku xmampu tulis dalam blog ini..memang banyak..

     Malah,perkara yang membuatkan aku sedih lagi kerana aku balik kampung selama 10 hari bukan kerana sekadar menjenguk Allahyarham yang selalu bertanyakan bila la aku nak balik kampung ni..tapi ia kerana aku ditakdirkan oleh Allah untuk bersama-sama dengan dia buat kali terakhir sampai ke tanah perkuburan,tempat dia disemadikan.

     Aku berdoa agar roh Allahyarham tenang di sana bersama-sama dengan orang yang beriman. Al-Fatihah.... :'(

p/s- entri ini terpaksa diringkaskan..dan xde masa nak upload gambar lama2

41 comments:

  1. innalillah semoga arway ditempatkan dikalangan org yg beriman

    semoga kamu sekeluarga tabah yep

    al fatihah

    ReplyDelete
  2. inalillah...moga roh arwah dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  3. al fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat....
    takziah ye...

    ReplyDelete
  4. takziah..

    nsb baik smpt jpa dia.. kalo x.. mesti nyesal seumur hidup.. ;)

    ReplyDelete
  5. Innalillah... teringat arwah nenek aku , meninggal dunia masa tingkatan 4...

    ReplyDelete
  6. takziah nas..semoga dia ditempatkan bersama-sama orang beriman..

    al-fatihah

    ReplyDelete
  7. takziah! al- fatihah

    nenek sy pun baru je xde..mmg sgt sedih coz arwah dgn sy terlalu rapat, but kita kena redha. sebab semua akan ke sana jua nanti..

    ReplyDelete
  8. Al Fatihah. Moga-moga roh nenek dirahmati oleh Allah SWT.

    Kedua-dua nenek saya dijemput oleh PenciptaNya ketika saya berada di Australia untuk tahun yang berbeza pada tahun 2000 dan 2009

    ReplyDelete
  9. Al-fatihah. kuatkan semangat nas. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

    ReplyDelete
  10. al-fatihah buat korang,,semoga rohnya dicucuri rahmat,,amin~

    ReplyDelete
  11. @adwafarahin amin,... hope so la.. sian kat mak aku je..kdg2 nangis sorang2 terkenang kat nenek aku ni :(

    ReplyDelete
  12. @Aisyah Aina thx ea aina... harap2 begitulah~

    ReplyDelete
  13. @illafira Aah.. mmg sudah ditakdirkan oleh Allah untuk aku bertemu dgnnya buat kali terakhir~

    ReplyDelete
  14. @Zik yeker? Al-fatihah buat nenek awak zik..

    ReplyDelete
  15. @: husna : yeker? nenek awak bila meninggal? betul tu..last2 kita juga akan ke sana suatu hari nanti.....

    ReplyDelete
  16. @akubiomed owh.. sedihnye.. sbb awak xpdt nk jumpa mereka sbb berada kat australia.. hu3

    ReplyDelete
  17. @a f i f a h thx afifah.. i hope so.. hanya Allah yg menentukan..

    ReplyDelete
  18. al-fatihah~~

    kematian, semua kn melaluinya..
    even hnya kucing...kucing aku yg mati...pun..baru2..ni..aku dh rasa sgt sebak....trutama saat nk tanam...(T_T)

    ReplyDelete
  19. innalillah.. dari dia kita datang, kepada dia kita kembali..

    ReplyDelete
  20. "Dan, Ingatlah... hanya dengan mengingati Allah... hati akan menjadi tenang."

    CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI WAKILKU ATAS SEGALA URUSAN. TIADA DAYA UPAYA DAKU MELAINKAN DENGAN KEKUASAAN ALLAH YANG MAHA AGUNG, YANG TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH SEMATA-MATA. MAHA SUCI ALLAH, SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN ALLAH MAHA BESAR.
    AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......

    Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
    2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
    3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
    4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
    5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
    6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
    7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

    Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??

    diy pasang sticker carbon fibre

    ReplyDelete
  21. Salam takziah.
    Sedekahkan al-fatihah dan doa buat nenek yg disayangi.
    Moga-moga berada di kalangan org-org yg beriman,amin.

    ReplyDelete
  22. al-fatihah buat arwah,...mungkin arwah dah boleh agak, tu sebab arwah beriye-iye nk korang balik,...

    hu3, semoge rohnye ditempatkan dikalangan orang beriman

    ReplyDelete
  23. sedihnya... semasa opah meninggal, saya tiada di sisinya.. al fatihah utk opah nas.. amin~

    ReplyDelete
  24. al-Fatihah, moga roh nenek dirahmati Allah..

    aku pernah merasai seperti mana ko rasai masa hantar jenazah atok aku dulu..

    ReplyDelete
  25. @cik aiskrimmj owh.. kucing pun kita rase sedih bila dia xde.. apetah lagi manusia yg da lama kenal.. hu3

    ReplyDelete
  26. @Ayieaah.. begitulah... kita akan menyusuri lepas ni~

    ReplyDelete
  27. @Afzainizam unik la komen2 ko ni bro..
    jejejee
    thx ea...moga2 arwah ditempatkan bersama org yg soleh dan solehah.. amin..

    ReplyDelete
  28. @MGMSabri amin... thx ea... aku mmg mengharapkan sebegitu~

    ReplyDelete
  29. @^ Uncle Syaf ^ aah.. mmg tu la aku pelik... nak sgt aku balik.. last2 meninggal dalam masa xsampai 10 hari.. hu3.. sedih2

    ReplyDelete
  30. @enyheartsdiamond owh.. yeker??? mmg sedih xdapat berjumpa ngan opah awak... anyway thx ea :)

    ReplyDelete
  31. Al-fatihah.

    Syukur lah sempat juga jumpa dengan arwah nenek tu kan?

    ReplyDelete
  32. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??

    jumlah claim insuran kereta kemalangan
    ...........................
    Setiap insan pasti merasa
    Saat perpisahan terakhir
    Dunia yang fana akan ditinggalkan
    Hanya amalan yang dibawa
    ...........................

    Al fatihah...moga2 arwah ditempatkan bersama org yg soleh dan solehah.. amin..

    ReplyDelete
  33. al-fatihah.
    kita pun penah kehilangan nenek tersayang dua tahun lepas.

    ReplyDelete
  34. Innalillah... T.T
    ak phm ap yg kau rasakan,

    ReplyDelete
  35. salam takziah,semoga roh arwah nenek kamu dicucuri dan ditempatkan dengan orang2 yang beriman,,amin...saya dapat merasa kasih syg nenek ketika tadika,tapi pertengahan tahun sya tadika tu,nenek dah pergi,ketika tu saya kecil lagi,tak mengerti,orang nangis saya nangis,bila dah besar sikit,barulah datang rasa sedih sangat ,sebab nenek kalo nak pujuk saya kan,dia mesti suruh saya ambil jajan atau gula2 kat bawah uma (dulu mak sedara jual jajan) .seronok sgt time tu.dulu saya tinggal dengan arwah nenek sekejap.tak sangka itulah kali pertama dan terakhir saya duduk dengan arwah nenek saya...huhu

    ReplyDelete
  36. innalillahiwainnailaihirajioun

    ReplyDelete

Thx sebab komen entri.. bagi mereka yang dari wordpress atau reader yang tidak mempunyai blog,boleh komen dengan klik pada name/url. then tulis nama dan/atau letak link blog korang dan publish comment :)
annonymous juga digalakkan memberi komen :P

Related Posts with Thumbnails