Pesanan Penaja

Sunday, October 3, 2010

Pakai Tudung ala-ala Tudung Tin Biskut: Sekejap Tutup Sekejap Buka

cantik sungguh bila minah ni datang ke kelas memakai tudung ,sejuk hati siapa yang melihat.
tetapi bila minah ni pergi shopping complex,habis semua terdedah....

     Aku menulis entri ini atas permintaan sahabat perempuan aku yang 'memujukku' menulis entri pasal ini kerana ada kaitan dengan kawan-kawan dia. Maaf kalau entri ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak kerana aku pun ada kawan-kawan yang sebegini,maaf banyak-banyak...

     Dalam banyak-banyak gadis yang memakai tudung serta memakai pakaian yang menutup aurat terutamanya sekali semasa ke kelas, ada sebilangan kecil daripada mereka membuka tudung selepas balik dari kelas. Kebanyakkannya adalah pelajar sekolah kerana di sekolah kerajaan mana boleh 'free hair'. Pelajar IPT tidak terkecuali dalam hal ini. Perbuatan mereka bagaikan buka tudung tin biskut,bila nak ambil biskut kena bukak tudung,kemudian kena tutup pula tin biskut takut-takut biskut dalamnya masuk angin.

     Maksudnya,bila ada kelas mereka memakai tudung,Namun,bila dah sampai ke rumah mereka dan pergi ke mana mana tempat seperti tempat makan,taman rekreasi,sukan, terus 'terbang' tudung mereka serta menayangkan aset mereka sepatutnya ditayangkan kepada suami ataupun mahram mereka.Sedih aku dengan situasi ini, kerana ada antara mereka yang lebih seksi pakaiannya serta rambut yang berwarna perang berbanding mereka yang free hair terus.

     Ada suara yang nakal menyatakan 'Daripada tutup bukak tutup bukak tudung, lebih baik bukak terus...' Amboi...salah tanggapan tu.. Bagi aku sama saja mereka yang tutup buka tudung dengan 'free hair',tetapi mereka yang bersikap 'chips more' tu lebih jaga adab sikit kerana mengelakkan lelaki sekelas mereka 'terdosa' kerana melihat aurat perempuan. Namun bila mereka berada di luar,takkan tiada lelaki yang 'terlihat' rambut mereka kot??
ada antara mereka yang bertudung di kelas,tetapi 'bukak' di luar (sekadar gambar hiasan ok!)

     Fenomena ini juga turut terjebak dalam dunia artis kerana ada juga artis yang mula-mula pakai tudung,kemudian buka tudung kerana nama mereka sudah naik. Ada juga yang mula-mulanya memakai tudung selepas pulang dari tanah suci Mekah dan tak mahu berlakon atau mengacara lagi,tetapi bila mula popular dalam pengacaraan,tudungnya makin pendek pula tudung dia sehingga 'ternampak' leher. Ada pula yang artis yang memakai tudung selendang,tapi makin lama tudungnya semakin mengecil sehingga dia seperti memakai scarf. Yang melucukan ada yang mengatakan 'artis X tu tudungnya semakin mengecil ke ataupun kepalanya semakin membesar??'

     Memakai tudung serta menutup aurat ialah perkara yang WAJIB bagi setiap muslimah,maka pemakaian tudung ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan. Maka mereka haruslah akur dengan perintah Allah ini demi menjaga maruah mereka. Jangan sekali kali mengatakan 'ala,perempuan yang memakai tudung pun ramai juga yang buat maksiat'.Ini kerana sesiapa saja boleh didorong oleh nafsu syaitan untuk berbuat sedemikian.

     Berdasarkan Firman Allah yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

      Bagi lelaki atau perempuan,ini satu tanggungjawab kepada mereka untuk menasihati mereka yang berkenaan terutama sekali lelaki yang ada girlfren macam tu. Aku akui sukar untuk menasihati mereka, tapi dengan entri ini,aku berharap sedikit sebanyak menyedarkan gadis 'tin biskut' dan mereka yang berkenaan agar insaf ea. Maaf sekali lagi kalau entri aku kali ini mengguris hati korang.

soksek- aku selalu je bukak tudung walaupun aku ni lelaki,bukak tudung saji bila nak makan nasik

pst: kepada syue serta fara farhana...tolong bagi link blog korang sebab aku tak dpt singgahbalas ke blog korang
reading

66 comments:

  1. Betul tu....sakit mata melihatnya....semoga mereka di beri Hidayah untuk berubah...amin...

    ReplyDelete
  2. haha nak ada gaya hilang semua nya nanti

    ReplyDelete
  3. huhu.. nak buat macam ne...memang kat ipts/ipta memang berlaku sekarang nie dekat m'sia.... untung la kat m'sia tak macam negara sekular sana tuh.. pakai tudung kena denda... ish2...

    ReplyDelete
  4. like entry ini, nas ;)

    sgt2 setuju. dulu budak satu IPG pon cmtu gak. time p kelas je pakai. tu pon sebab memang wajib. kalo tak, agaknye ramai la yg tak pakai kot. paling sedih bile time bukan kelas, dress up sgt menyakitkan mata. bukan setakat tak bertudung. seksi plak tu. huhu. harap2 dorg berubah la. moga2~

    ReplyDelete
  5. wah! aku TERasa di situ. ;)
    honestly, aku pun dlm golongan tu. hehe..
    but.. i'm hepy to be like that..
    as long as aku x pernah kaco idup owg len..
    skunk ni.. bkak tudung or pkai same je aku rse..
    tp bg yg mmakai tudung tu mgkn selamat bg dorg,, sbb bnde jht pe pun dorg wat.. bole ditutup dgn penampilan bertudung dorg tu.. klu yg free hair tu.. mmg la owg dh pdg serong kn.. so.. bg aku..
    dua2 same je.. cme jgn mnilai dr luaran. just pray for them utk berubah. sbb.. dlu aku ade kwn yg bertudung litup abes. ble tgk pmpn x pkai tdg.. mule la dye kutok2.
    but at the end ari tu aku npk dye dh free hair.. ciap jd minah rempit lg.. hehehe.. hah. tu lah kata dulang serpih, kata owg dye yg lebih. ;p ape2 pun.. I LIKE UR ENTRY THIS TIME NAS! ;) 5 STARS for u.. hee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat dunia ni ..bole la bagi alasan mcm2..tak penah kaco idup org la apa la.. cuba fikir hari esok..bila dh kiamat..alasan2 awk tu laku ke nanti.. hukuman tetap hukuman.. bertaubatla sebelum terlambat. kita mengingatkan .. tak baik bukak tudung bila kita dah memakainya.. kalau tak tegur..kita pun berdosa . oleh itu... fikir2fikirkanlah kalau mahu terselamat di akhirat nanti. tq

      Delete
    2. wahai cik adik manis....mmgla tak pernah kacau hidup org lain..tapi kita sebagai umat islam kena saling ingat mengingati..kita kan saudara sesama islam. diakhirat nanti ..adakah alasan anda sekejap pakai tudung dan sekejap buka ni laku di sana.. fikir-fikirkanlah.. kita hidup ni sementara.. akhirat tempat abadi kita.

      Delete
  6. Harap2 mereka yang free hair kuatkan hati untuk berhijrah..jgn pandang blkg lg..percaya Allah akan tlg kita jika kita benar2 ikhlas berubah kerana Allah..bukan disebabkan lelaki yang bernama 'boyfren'..

    ReplyDelete
  7. suka entri ni
    xdi nafikan rmai org pkai tdong p wt salah
    tp nk wtpe kite kesah
    janji kite pkai tdong
    n cpt2 taubat klw buat salah

    ReplyDelete
  8. suka entri ni
    xdi nafikan rmai org pkai tdong p wt salah
    tp nk wtpe kite kesah
    janji kite pkai tdong
    n cpt2 taubat klw buat salah

    ReplyDelete
  9. hahaha.. betul2.. nak tayang rambut sana sini.

    ReplyDelete
  10. ade gak ak jumpe yg gini..tp aku nk komen lbh2 pun xbleh..aku pun brtudung tapi x sempurna...(kadang2 ak nak berubah tp xtau nak mula dr mana)eh..tetiba plak kan..heee

    ReplyDelete
  11. hahahaaa..
    tajuk dia blh buat suri gelak heee..

    tul juga tuh nas irg skrg mmp pelik makan apa nth leh jdi bgtu..

    baik pakai serkup tudung salji jer heeee

    ReplyDelete
  12. @Nur Hayatyharap bgtulah..slgi ajal mash pjg..

    ReplyDelete
  13. ramai giler kwn aku yg cam tu. p kuliah pkai tudung, tp bila hang out ngan kwn2, tudug hilang tah kemana. ada juga yg dtg ke U pecat tudung. tp bila balik kampung pakai balik (ni sbb x nak mak bapak diorg tahu yg diorg freehair)... kesian la diorg ni. split personality aku rasa!

    ReplyDelete
  14. kawan zila pon same .. kt sekolah pakai tudung , bile kuar ptg2 tudung ntah ke mane .. ape lah salahnye kalo kekalkan penampilan bertudung

    ReplyDelete
  15. Memang ramai yg cmtu..
    G kje, g sklh je pkai tdg..
    Kuar jenjalan tgk rmbut dia, perghhh..
    Colouring..
    Huhu..

    ReplyDelete
  16. ohoi...entry ni..best..menusuk kalbu..huhu..sbb aku pun free hair kan..xdinafi kan,aku pun ade gak g kelas yg pakai tudung.esply kelas agama.kadang2 keluar pun ade gk pakai tudung walau pun xselalu..tp honestly,jahat sgt ke pmpn yg xpakai tudung ni kt mata lelaki?

    ReplyDelete
  17. kejap bertudung,,kejap bukak,,,free hair,,,nth pape

    ReplyDelete
  18. ddose tggung sendiri maaaaaaa..
    da beso pikir2 le heeeee

    ReplyDelete
  19. orang yg xkai tudung, n then kai tudung ag bagus dr yg kai tdung mulanye tp tudung tu da terbang wat slama2nya.. hehe

    ReplyDelete
  20. aku suke pompuan pagai purdah..siyes..tapi kalau yg tk pakai tudung, aku suke rambut kerinting mcm megi tuh..he3

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. ramai yg macam tu.. pelik betul la.. dah tak faham fungsi tudung agaknya.. huhu..


    semoga dijauhkan dari perkara2 yg tak elok.. amiin...

    ReplyDelete
  23. hmm..ada jgk mmber2 yg macam ni..tp nak buat cmne kan..
    nak tegur,takut terasa pulak..
    diorang pun dah besar,dah tau mana baik mana buruk..
    so,terpulang lah kat diorang :)

    ReplyDelete
  24. tak suka style tudung2 sekarang. makin merapu. macam mayat pun ada..

    ReplyDelete
  25. huhu..tudung tu bukan fesyen tp tuntutan agama..

    ReplyDelete
  26. gua selamber je free hair..makwe cun pun jeles..keh2

    ReplyDelete
  27. nampas sgt pakai tudung sbb terpaksa..bkn sbb btol2 nk ikut suruhan agama..hmm..budak2 zaman skrg....sabar je laa~

    ReplyDelete
  28. nak nasihat sikit kat orang perempuan terutamanya, kerana secara amnya merekalah punca segala zina…
    Al maklumlah, wanita itu adalah senjata syaitan..

    Maka korang orang perempuan, kena beringat, jangan sampai setan jadikan korang sebagai ‘senjata’..
    Aku bila terpandang wanita yang cantik dan seksi, yang memakai baju yang nampak ‘lurah neraka’ di jalanan berkata “oh! Kasihan kepada senjata setan ini…, lalu tundukkan pandangan dan membaca doa terlihat perempuan”
    (jauhilah aku dari fitnah wanita dan azab kubur).

    -->aku x ckp aq stim tg0k prmpuan. tapi aq tk0t org laki yg tg0k jadi stim. maka mula la berlakunya zina mata, zina hati dan bagai..!!

    ReplyDelete
  29. @syue

    Untuk pengetahuan korang wahai orang perempuan sekalian, orang lelaki boleh naik nafsu untuk bersetubuh adalah pada bila bila masa dan mampu stim dengan alasan yang simple sahaja, so korang kena jaga betul betul bila berurusan dengan orang lelaki, mereka orang lelaki ni, dengar suara orang perempuan dah naik stim, belum lagi bab tengok, tak tengok, just imagine pun boleh stim, kalau korang bagi peluang pada lelaki untuk pegang korang, bersedialah untuk masuk neraka dunia dan neraka jahanam!!

    ReplyDelete
  30. kalau bertudung ala biskut tu .. ikut fesyen bukan ikut tuntutan agama ..

    ReplyDelete
  31. wowowowowwo.. tak suka lorh gadis cmtu.. xde pendirian~

    ReplyDelete
  32. salam..

    thanx ekk sebab sudi tinggalkan komen kat entry HLN.sory lambat balas kunjungan. busy gila baru2 ni.



    p/s : mahu tengok awek/isteri kekal langsing sentiasa??? jom tengok advertorial pertama anna boleyn.

    http://hanalovenest.blogspot.com/2010/10/rahsia-kekal-langsing-u-must-read-this.html

    ReplyDelete
  33. tudung pesen skang mcm tu le,
    rasanya skang ni mkin ramai yg tak pakai..
    eloklah kalau pakai dgn sempurna bru org tak mengata..

    ReplyDelete
  34. nak tgok org oakai tdung dg smpurna mmg skit sgt..

    sjak ada staill tdung ct tu ala2 datin adeiii..

    ReplyDelete
  35. menarik jgk topik ko pasal tudung ni...

    ReplyDelete
  36. yeah..memang betul tuh! Patutnya semua perempuan kena la menutup aurat secara total. Jangan la pulak pakai tudung sebab kena paksa ataupun saja-saja...

    Lagipon muka perempuan ni la paling cantik bila bertudung...

    ReplyDelete
  37. hye..nass!! i'm backk!! lama benor..x brkunjug...sini...sya mlwt..sni..
    nas
    bagus..tahniah sbb berani buat entry mcm ni...keep it good job!
    nas
    u know, didikan agama dan pendidikan dari awal dri ibu bapa yg wajar ditekankan dalam diri anak2 sedari kecil
    stkat ini alhamdulilah, semua kwn yg fatin knl, brtudung, tpi skrg tak tahulah cmne kan..sbb dh abis bljr..dan ade..yg smbg bljr..tpi alhamdullilah, yg fatin knal, semua brtudung, tak ada yg cm tin biskut chipsmore

    nas,
    dlu pun fatin de..pngalaman mcm ini, tpi itu mse fatin drjah enam, x cukup umur lgi..bru pndh skolah bru, dri sekolah convent-ke skolah biasa, dlm kelas tu atin sorg je..x pki tdung, then...one day decide nk pki tdung tpi cume diskolah..igt waktu tu didrjah enam shaja..
    then..ble dh msuk skolah menengah...start bljr pki tdung fully..spenuhnya..
    alhamdulilah..stkat ini x de..mcm tin biskut chipsmore..tkutlah..dgn sekeliling..dan tkkut Allah..
    benar, fatin pun x sesempurna dri segi pemakaian tdung..tpi msih still dgn tdung bawal yg setia..huhu..sesekali..berselendang jgk...bkn yg nmpk jambul tu..tpi..brtutup penuh..huhuhu


    fuuhhh...pjg betull komen aku..ni..nah amik syarahan ini..hehehe....sorry2...tpi..nice entri..bgusla..dh de..org suh ko tlis...ni maknanya...dieorg suke..cara pnulisan..ko...

    tadaaa...chowww...huhuh

    ReplyDelete
  38. nash begitu berani menyatakan pendiriannya... bagus2... bakal pemimpin nie... vote for nash..hehe

    ReplyDelete
  39. bini gua nanti wajib pakai tudung. gua dah byk dosa. tak mampu lagi nak tanggung dosa bini :)

    ReplyDelete
  40. banyak je yang berkelakuan macam tong biskut ni...tak kurang jugak yang merasakan diorang lagi lawa bile free hair berbanding bertudung .....haish...ape la nak jadi ....semoga mereka tu di berikan hidayah olehnya...amin ...

    ReplyDelete
  41. sejuk hati tgk perempuab bertudung :P

    ReplyDelete
  42. nas..xde entri baru ke??
    thanx singgah blog sol

    ReplyDelete
  43. Apa yang penting adalah ISTIQAMAH dalam melakukan sesuatu amal kebajikan itu...
    (=

    ReplyDelete
  44. kdg2 bertudung ni hanya trend jer
    sbb tu ramai yg pakai tudung tin biskut
    anyway,aku harap muslimah bertudung tak melakukan perkara2 yg boleh memalukan muslimah lain
    kan kan

    ReplyDelete
  45. hoho. topik pns gk. hee. btw bnda dh biasa. bnyk mmbr aku, aku tngok mke baik je pkai tudung. mmng sah2 ingt budak ni xpnh bukk tudung la kt luar. then perghh. free hair. terbaik. bukk hbs. cun lak. hahaha :P

    ReplyDelete
  46. hahha..so..korng kene tutp aurat yer..xkire la laki ke pompuan ker...hmm..tutup aurat tu wajib..hmm..pasal tudung...mcm jenis tudung daa...huh!...plik2 la skrg nie..mcm2 gaye..tp ttp kelihatan tmbut tu..

    ReplyDelete
  47. so..tutup lah aurat anda.x kire la llki ke pompuan ker..hmm...tp aku tgk skrg byk wanita2 ni yg free hair..lau yg pakai tudung lak mcm fesyen daa...hmm..ntah la..

    ReplyDelete
  48. bersepah mmber ai mcm nih
    just mampu nasihatkan je
    skali

    kalo dorang takmoh dgr dahhh :)

    ReplyDelete
  49. Memakai tudung tidak mengikut hukum syarak tidak lebih menutup anggota aurat sekadar melepas batuk ditangga seperti juga menutup aurat tapi berpakaian ketat apa cer..

    ReplyDelete
  50. @yua zawa

    same mcm hari tu nek bas dr kg. nek kat stesen y sama ngan this pompuan. pakai tudung. smpai je kl terus buang tudung.

    ReplyDelete
  51. @Nur Hayaty Biar kesedaran tuh datang dari dalam tak payah marah-marah bila sampai masa pakai lar dia

    ReplyDelete
  52. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  53. jangan salahkan tudung.
    salahkan diri sendiri.
    bertudung adalah satu perintah dari Allah utk perempuan.ada hikmah disebalik perintah tu.
    p/s:hayatilah hikmah dan makna disebalik tudung tu.~

    ReplyDelete
  54. Rather interesting site you've got here. Thanx for it. I like such themes and anything that is connected to them. I definitely want to read more soon.


    Bella Kuree
    schweiz escort service

    ReplyDelete
  55. suke entry ie..mmg diakui,rmai pmpuan pakai tdung skrg sbb fesyen..kalo jnis yg mcm tu,mmg bile2 masa je bley hilang tdung tu..jjur,pnah dlu niat nk tyang rmbut tu ade,tp baru nk mlangkah kuar,dh rsa seram sejuk..x bese bila biar rmbut nie dilihat owg..trus batalkn niat nk kuar ari tu..alhamdulillah..sy masih disayangi Allah..n sy sokong,mksiat tu bukan atas fktor pkai tdung ke x,tp ats diri kita sndiri samada nk bwat ke x..(panjang plak komen..hee...)peace!salam..^_^

    ReplyDelete
  56. @~ZuRiSa~ yup2...mereka bertudung ader 2 sebab..
    1. berfesyen
    2. ikut kawan
    3. mak ayah suruh
    4. ingat pada perintah Allah..
    yg nombor 4 tu yg terbaik...
    baguslah..Allah masih sygkn awak..syukurlah...mmg bila nk buat bende terlarang mst ader rase serba slh...peace! wslm :P

    ReplyDelete
  57. suka entri ni,
    sbb ada member2 kat fb or even blogs,
    kadang2 tayang rambut,
    kadang2 tutup rambut,
    sungguh tak faham kenapa..
    sedih sangat..
    huhu

    ReplyDelete
  58. I copy some of ur statement from this entry in hope to realize women out there..tq.

    ReplyDelete
  59. kalau dah pakai tudung..tak perlu nak bukak balik..kat dunia bole la bagi alasan mcm2..kat akhiat nanti..laku ke alasan yang macam2 tu.. wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. norzalina, u bertudung x?

      Delete
  60. kalau dah pakai tudung kenapa nak bukak balik.. berdosa..

    ReplyDelete
  61. Was a free hair dulu.
    Now officially a niqaabis. :D Alhamdulillah.
    People, sometimes HATI berubah dan korang xkan sangka bila dan tiba2.
    In Shaa Allah. Allah lagi tau. :D
    Jgn lah korang hina2 freehair tu. Ntah2 freehair tu nnti dpt hidayah lagi BAGUS dari korang yang hina2 dia.
    u_u

    ReplyDelete

Thx sebab komen entri.. bagi mereka yang dari wordpress atau reader yang tidak mempunyai blog,boleh komen dengan klik pada name/url. then tulis nama dan/atau letak link blog korang dan publish comment :)
annonymous juga digalakkan memberi komen :P

Related Posts with Thumbnails