yelah,sebagai student akaun,saya perlulah menghargai setiap wang yang ada.(ehehe) .ini tips dari saya yang di ambil dan diedit oleh saya dari portal smart consumer:
Tip 1: Sediakan bajet kewangan
Ukurlah baju di badan sendiri okay!. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. yelah kalau bagi sesiapa yang mempunyai gaji kurang RM 1000 sebulan,tidak usahlah kita berbelanja membeli barangan yang mahal. sediakan bajet walaupun kelihatan ringkas. letakkan list perbelanjaan yang perlu didahulukan di atas,kemudian perbelanjaan yang kurang penting berada di list yang bawah.
Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan
Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. maksud saya kita simpan wang lebihan kita di bank. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan. banyak amanah saham yang ada contohnya amanah saham bumiputera,dan sebagainya.
Kurangkan makan di kedai mamak atau restoran . Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya.(peweet..:P). erm...tapi bagi pelajar memanglah sukar untuk masak sendiri terpaksalah kita belanja luar juga.
Tip 4: Bawa bekal ke pejabat atau sekolah
Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, ajarlah mereka membawa bekal ke sekolah. saya dulu masa sekolah rendah selalu bawa bekal yang mak masak. jimat katakan...:) maka, dengan cara ini kita dapat berjimat paling kurang RM3 sehari.
Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif kepada kereta dan motorsikal terutamanya pada mereka yang tinggal di kawasan bandar. Atau boleh juga berkongsi kereta atau motorsikal dengan rakan-rakan. saya semester dua saya berkongsi motorsikal dengan classmate saye,huhu...sori acap,saya nak belanja duit minyak ko tapi ko asyik tolak aje...tak sampai ati lak aku..:P
Kita perlulah menghargai nikmat ini dan elakkan dari pembaziran. Tutup peralatan elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan pendingin udara, begitu juga air di bilik mandi ketika mandi atau mencuci. janganlah selalu online aje..membazir tue..(aduh..terkena batang idong nie..hehe)
Tip 7: Beli secara pukal(banyak)
Ini jauh lebih murah berbanding jika kita membeli secara sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang-barang sama ada untuk stok seminggu atau sebulan. Ini akan menjimatkan wang dan masa.
Tip 8: Buat perbandingan harga dahulu
Amalan ini adalah penting kerana kadang kala terdapat perbezaan harga di antara kedai, lain tempat lain harga walaupun barang yang dijual adalah sama dari segi jenis dan kualitinya. Amalan ini membantu juga untuk berjimat. yelah,siapa ang tak tensen kalau contohnyabila kita beli kasut jenama xy kat kedai A rm 50, pastu minggu berikutnya,pabila pergi ke kedai B pula, kasut jenama xy berharga rm 40 aje.kan rugi kan. so,usha2 dulu sebelum beli ok..
Tip 9: Kurangkan pembelian barangan berjenama
Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya. sebagai contohnya,janganlah terlalu membeli barangan berjenama seperti kasut nike,jam rolex,dan sebagainya secara kerap,berpada padalah....ok..
nice post bro..
ReplyDeleteStudent UiTM gak..
tapi campus Kedah..
;)
Myblog: rugi tak baca pelbagai cerita yang aneh, pelik, comel, ajaib disini
erm...owh...uitm...smela....rezut periksa bilela nk kuar nie...huhu..:P
ReplyDeleteamboi ko! dah tak sabar nak kuar result nampak nye ye?
ReplyDeletehahah
ko akaun ka?
lol!
aku dulu amik akaun kat skolah!
tapi lingkup!
hahaha
Saya sgtla boros .. hihi susa nk berjimat cermat .
ReplyDeleteOuhh btw, tabung lembu tu comeyy . haha
baik Mr. Accountant!
ReplyDeletehahaha...
nasihat yg baik...
@sofee-aah..akaun...ehehehe...ala,ak pown mne ar pandai sgt,,,ak rse rezut subj akaaun lg terok drpd rezut subj bukan akaun..ehehe..
ReplyDelete@dhada-ahahahhaha...saya pown kadang2 boros gak,rambang mata katakan.....uhuhu....
@dauz-eheheh....jgn ckp cm2...xthu ar nk jd akauntan ke nie...ehehe
Nice tips! :) Hana suke amalkan yang no 3 tu. biasalah student kan..
ReplyDeletep/s: Jom tengok nota cinta kat belog Hana :)
anne,eheheheh......btol2..:P
ReplyDeletetq.. tips yang amat amat bergna untk uncle yang dah berkeluarga ni...
ReplyDeleteahaaa bagusss awal awal dah prktik apa yang dibelajar kan...
gud info bro..slng berpesan kan..thanks bro..
ReplyDeleteuncle joe...thx 4 ur galakan..ehehehehe...bersemangat eden nk menulis ag..huhu
ReplyDeletedin-okayh..welcome....:)
bgs2.... utk yg solo juga =)
ReplyDeletemiss....ahahaha...betol gak...:P
ReplyDelete