Pesanan Penaja

Tuesday, May 25, 2010

TATU:faktor,kesan,dan akibat.


hari ni saya mahu membincangkan tentang tatu..yelah..budak-budak zaman sekarang nie gemar pula mahu membuat tau.walaupun jumlahnya tidaklah begitu ramai, namun 'penyakit' ini patut dielakkan bukan saja menyakitkan badan,malah salah disisi agama. yang paling 'kurang ajar',ada yang melukis tatu kalimah Allah atau ayat2 suci al-Quran..


antara FAKTOR tatu dibuat ialah:


Agama dan Spiritual.
Tatu dibuat kerana beberapa sebab. Di antaranya adalah kerana hubungan spiritual dan agama seseorang. Pada sesetengah agama tatu boleh menghalau hantu dan syaitan.

Budaya
Kaum Iban di Sarawak mengamalkan tatu terutama di kalangan pahlawan mereka waktu dahulu. Ini menunjukkan semangat keberanian dan kepahlawanan mereka.

Identifikasi atau pengenalan
Kumpulan Yakuza iaitu satu kumpulan mafia Jepun dikenali kerana tatu mereka yang mereka pakai. Di Malaysia terdapat kumpulan kongsi gelap (biasanya cina) yang mencacah tatu di badan mereka sebagai tanda satu kumpulan. Ada juga tatu yang bersifat pangkat.
Jikalau tatu helang atau tatu harimau, maka pangkatnya adalah tinggi sedikit daripada tatu ular. Atau tatu naga yang paling tinggi pangkatnya di kalangan semua tatu contohnya.

Kosmetik
Ada orang yang mentatu kawasan kulit yang bermasalah untuk menutup kelemahannya. Walaupun tidak bagus sebenarnya mentatu kulit yang bermasalah, tetapi seorang wanita di barat telah mentatu separuh badannya kerana masalah kulit yang dihadapinya ketika terkena cahaya matahari.

namun,kebanyakkan mereka yang membuat tatu sekadar untuk menunjuk-nunjuk atau menonjolkan kegagahan atau kecantikan mereka....


AKIBAT GATAI TANGAN BUAT TATU:


Jangkitan
Jangkitan adalah masalah utama tatu. HIV dan Hepatitis adalah jangkitan virus yang boleh menyebabkan kematian. Ini disebabkan penggunaan jarum yang sama bagi pelanggan-pelanggan. Jangkitan kulat dan bakteria juga boleh berlaku dan mengakibatkan luka susah sembuh dan kadangkala bengkak dan bernanah. ish-ish-ish...

Alahan
Alahan kepada bahan dakwat yang digunakan pon boleh terjadi. Ini boleh menyebabkan kegatalan. Ada sedikit insiden tatu menyebabkan alahan teruk seperti sesak nafas.

MACAM MANE EK NAK MEMBUANG TATU

1. Cara yang paling berkesan adalah menggunakan laser.namun kosnya amat tinggi.

2. Ada juga cara lain iaitu melalui pembedahan.Cara ini lebih cepat dan dilakukan di kawasan yang tiada perkhidmatan laser. Walaupun begitu parut yang ditinggalkan adalah hodoh.

DARI ASPEK ISLAM:


Pertama sekali mencacah tatu adalah satu dosa. Ini dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, "Daripada Ibnu Umar, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang menyambung rambutnya, yang minta disambungkan, yang menyucuk kulit badan dengan jarum (bertatu) dan yang minta dibuatkan tatu."

Sekiranya, anda ingin bertatu, tolonglah fikir bejuta-juta kali tau. Ia adalah satu perbuatan mensabotaj diri sendiri. Malah sabotaj ini boleh dikategorikan hampir kekal. Sekiranya anda ingin membuangnya, ia akan meninggalkan parut yang boleh menghantui anda seumur hidup. Parut fizikal boleh ditutup dan dibuang, parut mental kekal ke akhir hayat.

Bukan itu sahaja ia juga melibatkan pembaziran wang yang besar. Dulu anda membuang wang untuk membuat tatu,but sekarang anda membuang wang untuk membuangnya. kan membazir..??

Ingatkan Allah dan ibu bapa sebelum anda mentatu diri anda. Ramai di kalangan orang yang ditatu menyesal tidak sudah setelah ditatu dan terpaksa menerima hakikat hidup dengannya seumur hidup....:)

7 comments:

  1. entry yg menarik...
    merosakkan kulit ja wat tatu...

    ReplyDelete
  2. erm...ak wat pasal tadi ak ternampak dak2 remaja melayu 3 orang ade tatu di lengan..isk2..

    ReplyDelete
  3. sangat bagus sumber ilmu dan faktanya )

    ReplyDelete
  4. Smlm, baru dya tgk cara2 buat tatu kat 1 blog nih.. geli tau~ sbb dia tunjuk kulit yg kena siat huhh~

    Pelik gak.. apsal la diorang sanggup sakit2 cmtu.. buat tatu bkn cntk pun.. huduh lagi ada la~

    Ada akai x mo pk huhu~

    ReplyDelete
  5. erk, hari tu tgk drama Melayu tu, dia buang tatu guna seterika..ish2, sesal dahulu pendapatan..nsib baik dibuka hati utk bertaubat, tp tu drama la..

    ReplyDelete
  6. dya adriza-memang...saye pown da tgok da...kat pompuan tu kan??? mmg la sakit...errk..
    mommy-btol2...da nyesal nak wat cmne..da terlmbt...isk3..

    ReplyDelete

Thx sebab komen entri.. bagi mereka yang dari wordpress atau reader yang tidak mempunyai blog,boleh komen dengan klik pada name/url. then tulis nama dan/atau letak link blog korang dan publish comment :)
annonymous juga digalakkan memberi komen :P

Related Posts with Thumbnails