Pesanan Penaja

Saturday, May 22, 2010

cerita lucu 3-Kanggaru


seekor kanggaru dari zoo negara sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. menyedari hal itu,seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi. menyedari bahawa kanggaru tak boleh melompat tinggi,pekerja memasang pagar setinggi lima kaki.

esoknya pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungan lagi. pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungan itu. sehingga cerita ini ditulis,sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknyer kanggaru itu terlepas lagi. pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu di masukkan kembali,jiran di sebelahnya, pak cik rusa pun bertanya kepada kanggaru itu,"agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?"

Kanggaru itu menjawab dengan selambanyer,"mungkin sehingga beratus kaki,kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam2 seterusnya"......

6 comments:

  1. ehehe.....len kali kunci...

    ReplyDelete
  2. wakakaka...cm sial...ehehe

    ReplyDelete
  3. salam ziarah..
    uik?..cam ner ni..kanggaru lebih bijak dr manusia?
    lain kali letak pegawai tu jew dalam kurungan..hahaAa! ;0

    ReplyDelete
  4. hahahahaha
    patutlah boleh lepas
    adoiii

    ReplyDelete
  5. ntala....bodo gak orang tue...huhuhu

    ReplyDelete

Thx sebab komen entri.. bagi mereka yang dari wordpress atau reader yang tidak mempunyai blog,boleh komen dengan klik pada name/url. then tulis nama dan/atau letak link blog korang dan publish comment :)
annonymous juga digalakkan memberi komen :P

Related Posts with Thumbnails