permainan tenteng yang agak popular masa dulu.
Aku semasa kecil dan awal remaja dulu-dulu,pada tahun 1996-2003 memanglah agak aktif berbanding sekarang. Yelah,hampir setiap petang mesti aku turun padang atau pergi ke sesuatu tempat yang boleh aku dan kawan-kawan aku dulu-dulu bermain bersama-sama.(jangan fikir bukan-bukan ek :P)
Sejajar dengan usia,permainan mesti hampir tak sama bukan? Contohnya jika seseorang itu berumur 6 tahun,mereka bermain permainan yang tak sama dengan seseorang yang berumur 10 tahun. Aku dulu-dulu mula-mula agak kerap bermain dengan kawan-kawan perempuan,seperti main masak-masak,main tali skipping dan main kawin-kawin..sebelum beralih kepada permainan bersama dengan kawan-kawan sejantina seperti guli,rounders,bola sepak dan lain-lain. Jom usha-usha permainan yang selalu kita kedengaran semasa kecik-kecik dulu:
1. Batu seremban
Ada 5 biji batu seremban,biasanya 'batu seremban' itu dijahit dengan kain dan diisi dengan beras atau kacang hijau. Biasanya perempuan selalu main, namun aku pun pernah main juga.
2. Police and theif-
Permainan ini biasanya ada sekumpulan yang digelar polis dan sekumpulan digelar pencuri. Bila dah semua pencuri ditangkap,kumpulan polis akan bertukar menjadi pencuri pulak (kalau tak silap aku).
3. Main nyorok-nyorok.
Antara permainan yang popular dulu-dulu.. Main kat dalam rumah pun boleh...
4. Main tutup botol.
Main dengan menggunakan 5 biji penutup botol minuman. Sekarang susah nak cari penutup botol kerana banyak botol air menggunakan botol plastik berbanding botol kaca.
5. Tali Skipping.
Biasanya tali skipping ini 'dibina' dengan menggunakan gelang getah bungkus nasi dan lain-lain dan dikitat banyak-banyak sehingga membentuk tali. Biasanya lagu 'popular' dalam permainan ini ialah seperti berikut;
'Money money let trojan..what is your name tergoyang-goyang..A..B..C!' (sambil terlompat-lompat)
6. Rounders.
Permainan ini menggunakan bola tenis dan permainan ini seakan-akan sofball cuma cara membaling bola lebih 'sopan' dan menggunakan kayu bepermukaan rata seperi kayu meja yang patah. Antara permainan yang selalu dimainkan semasa darjah 5-6 dulu-dulu.
7. Main masak-masak atau main kahwin-kahwin.
Ini antara permainan yang tidak kurang popularnya di kalangan perempuan serta sebilangan kecil lelaki yang suka dengan permainan ini. Aku akui aku dulu-dulu masa tahun 90-an selalu juga bermain permainan ini dengan kawan-kawan yang majoritinya perempuan,Lelaki cuma 2-3 orang je. Biasanya bahan memasak ialah cuma daun-daun hijau,rumput,dan lain-lain (semulajadi).
8. Main guli.
Ini permainan favourit aku kerana aku antara 'budak terrer' bermain guli di kawasan perumahan aku sekitar 2001-2003. Permainan ini tak sukar cuma buat satu bulatan di atas tanah dan letak beberapa guli didalamnya (biasanya setiap pemain yang berjumlah lebih dari 4 orang kena meletakkan 2 biji guli) dan setiap pemain berusaha mengeluarkan biji guli sebanyak mungkin. Maka,pemenangnya biasanya mempunyai banyak guli yang 'dirampasnya',manakala mereka yang 'loser' pula pulang dengan tangan kosong (habis semua gulinya dirampas..hehehe)
Dan lain lain seperti:
- Main baling selipar.
- Congkak.
- Galah panjang.
- Main layang-layang.
- Main di padang permainan.
- dan banyak lagi!
Cuma zaman sekarang jarang untuk melihat budak-budak bermain dengan permainan rakyat ini. Mereka lebih gemar bermain permainan yang lebih popular seperti bola sepak,Badminton,playstation,permainan maya di facebook,dota dan lain-lain lagi. Maka permainan rakyat dulu-dulu kini seakan-akan dipinggirkan. Harap-harap mereka teruskan menjaga warisan permainan ini,takut telan dek zaman pula...
pst= Korang pula ada tak pengalaman yang boleh dikongsi disini? :)
semua aku pernah rasa main time kecik2 dulu..rindu pulak nak main sekarang ni..tapi batu seremban main guna batu-batu kecik je..
ReplyDeletebest la entri ni....teringat zaman masa kecik2 dulu... suka main sorok-sorok dengan galah panjang...best sangat2... sekarang ni dah tak main sangat sebab tak de masa... D:
ReplyDeletesemua permainan tu aku main.. ikut musim masa kecik2 dulu.. plg best aku ada 2 botol besar guli sbb aku asyik menang.. hahah..
ReplyDeleteaku main ape ke benda nama nye ntah mainan tuh,
ReplyDeletefreeze kot!
haha
nas...tau x ain power main tutup botol..hehehe..time matrik dulu ade pertandingan permainan tradisional..ain masuk lawan tutup botol..ain dpt 1st prize..heee...
ReplyDeleteps: demam kamu dah sihat ke blum?
haha.. paling suke main batu seremban. bawak p skolah dulu.. tapi skrg kalo anak murid men batu seremban. mesti nak rampas. sape suh main dpn cikgu kan. hehe.
ReplyDeletet'igt mse kcik2 dlu..smu pmainan 2 pnh main..tp fara plg xske men kawin2..bese r dlu join bdk laki je..huhuhu
ReplyDeletehahaha..
ReplyDeleteteringat nostalgia lama lah..
semua permainan tu mmg favorit ninie masa kecik
agy2 yg no 7 tue..
(n_n)
wah kebanyakannya memang favourite masa kecik2 dulu .. lg2 lompat getah dan batu seremban
ReplyDeletekalau kat ganu, main mnyorok2 dpanggil main 'tennusuk'.. perghh..
ReplyDeleteone of my favorite game.
ten ten..hahahaha
ReplyDeletesuke main bnde ni... guna kaca pecah jd 'buah'
ReplyDeleteak palinggg suka main kawin2:PP
ReplyDeletemerasa gak main sume pemainan tu..
ReplyDeletememang teror la time dulu2
bdk2 skang msti da xlayan
kitorang ad blaja sme ni. cumel j msk silibus.keke
ReplyDeletebetul...tu..skrg bdk2..lyan games...kt fbla..sonyla..zman..aku dlu..main aeiou stop...la...mcm2la...rindu btul zman bdak2..dlu..aiyaa...
ReplyDeletesemua tu kami dah main..
ReplyDeletepaling suka police & thief..:)
mmg bdak skang kbykknnya tk main benda tu dah, plg diorg suka PS2..
Best kan dpt main mainan tradisional..
ReplyDeleteX mcm bdk2 zmn skrg..
Dok umah lyn internet..
Sbb tu x pndai sgt nak berdikari..
Tp otak mmg superb..
Mana tak nye, ade bdk2 lyn video blue..
Kenyataan kan?
Tul tak..
ya saat tu mmg suir budak hingusan..mak sllu cakp suri cam budak tomboy huhu...
ReplyDeleteeh,,main lompat getah tak der pun??
huish....tu tak campur lagik main perang2 pakai buah cermai...berbintat bai...duduk berkampung kat dalam dusun sebab nak lestik tupai,peh...zaman kecik2 memang heaven...bebudak skang tak merasa ek semua tu~~~
ReplyDeleteGorengbaek - Inalillah
jom main seremban jom..
ReplyDeletengee~
semua pun pernah main masa kecik..semua pun best..hehe
ReplyDeletedulu masa kecik2 main cikgu cikgu.. sekarang dah dewasa jadi cikgu betul2.. rindunya zaman kanak2 dulu huhu
ReplyDeletegua teringin nak main game (no.7) tu lagi.
ReplyDeletemain kawin2. best woo. teringat awek2 masa gua masih umur 5 6 taun. haha
suka sangat2x,,,rindu sangat2
ReplyDeletemain pemadam hehe~
ReplyDeleteAccountant to be from Sydney,
izulman
aku slalu main police entry,nyorok2,tutup botol dan main guli cuma kawin2 je x sbb masa tu ramai plak nk jd laki aku? biasalah org kacak? hahaha..
ReplyDeleteP/S=sedih plak teringat kenangan masa kecik2 dulu
♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)♥
ReplyDelete♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•. ¸_)♥
Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..
oohhhh meriah woooo memasa kekecik dulu... semuanya aku main best giler...
cuma aku tengok bebudak zaman sekarang ni suka main game playstasion aje.... eeeemmmm budak zaman sekarang tak macam dulu dahhhh
Sakit badan main baling bola rounders alangkah manis kalau dapat kembali pada zaman itu
ReplyDeleteSakit badan main baling bola rounders alangkah manis kalau dapat kembali pada zaman itu
ReplyDeletemain ting2... batu seremban, kanda-kondi, main getah... dan macam2 lagi.... lumban sungai...
ReplyDeleterindu permainan zaman kecil dlu :D
ReplyDeletebest kowt. zmn tu men je kje. aha. rindu gle :p
kesemua permainan yg disenaraikan aku pena maen..hohoh~ waktu kcik2 dlu la...hahah
ReplyDelete*batu seremban kat tempat aku main tujuh bijik.
ReplyDelete*main kawen-kawen aku tak penah.
*kecik2 dulu suka ikut kazen2 berendam dalam sungai. tengahari kluar petang baru balik. mengamuk mak ayah.