Maka janganlah kita selalu sibuk melayari internet atau kerja2 lain saja sehinggakan kita melupakan amalan wajib ini. Apatah lagi kalau amalan solat berjemaah amatlah penting terutamanya pada para muslimin..(aku sejak kebelakangan ni kurang pula pergi solat berjemaah..:( ).so kat sini terdapat enam kepentingan solat kepada kita sebagai muslim:
Pertama : Solat merupakan tiang agama. Islam akan runtuh apabila Solat ditinggalkan penganutnya.
Kedua : Solat termasuk dalam perkara penting selepas melafazkan dua kalimah syahadah. Ia merupakan salah satu cara kita melahirkan rasa syukur serta membuktikan keimanannya. Sabda Rasulullah s.a.w, "Islam dibina atas lima perkara; Mengucap dua kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan Solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan". ( H.R Muslim )
Ketiga : Ibadah Solat tidak disyariatkan melalui perantaraan malaikat, tetapi Allah telah mengangkat Rasulullah s.a.w ke langit dengan Allah sendiri mewahyukan fardhu Solat lima waktu kepada baginda. Ini berlaku dalam peristiwa Isra & Mikraj.
Keempat : Solat dapat membersihkan segala kesalahan dan dosa. menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, ?Apa pendapat kamu jika ada sungai di hadapan pintu rumah kamu yang boleh kamu mandi di dalamnya lima kali sehari, adakah masih tertinggal dakinya ? Mereka berkata; Sudah pasti tidak akan tinggal sedikit pun dakinya. Baginda bersabda: Itulah perumpamaan Solat lima waktu. Allah telah membersihkan segala kesalahan dengan mengerjakannnya?. ( H.R Bukhari & Muslim )
Kelima : Solat membezakan antara seorang Muslim dengan kafir. Ini bermakna, meninggalkan Solat dengan segaja menjadikan seseorang itu kafir. Jangan meninggalkan Solat dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan Solat dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan Allah dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat.
Keenam : Solat merupakan perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari kiamat nanti. Abu Hurairah r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik, dia telah berjaya dan maju. Jika rosak, dia telah celaka dan rugi.maka kalau kita hanya melakukan amalan baik yang lain,tetapi meninggalkan amalan solat,maka memang sia2lah kita...
pst-saya kongsikan info ini kerana saya merasa amat kesal dengan segelintir umat islam yang alpa dalam kehidupan,mencari keseronokan dunia hinggakan tidak menunaikan solat.apatah lagi ada segelintir orang lelaki yang tidak menunaikan solat jumaat seperti yang berlaku di kawasan perumahan saya. yang baik datang dari Allah dan yang lemah datang dari kelemahan saya jugak..:)
ahh..malu malu..gua janji solat penuh lepas ni!
ReplyDeletehaaaa...taw pon ko....ak pown xperfect sangat...janji nak wat semayang penuh..:)
ReplyDeleteManusia selalu lalai kan . Kena muhasabah diri ;)
ReplyDeletebetul tue...thx..:)
ReplyDeleteoleh itu..jgn lupe solat ~
ReplyDeleteishiko...yup..betul3...:)
ReplyDeleteSolat tiang agama...
ReplyDeleteSab pun slalu lalai gak...
dh lah...mau balik bilik n solat asar..
got to go...bye2
asal mana tu?
ReplyDeletehelloww
ReplyDeletesab-bagus2..ehehehhe..
ReplyDeleteekako-huii..asal kl..kamo?
very stju...n hrap dpt wat solat sunat gak selain fardhu
ReplyDeleteermmm...bagus2...amin..
ReplyDeletethanks bro ingat kan!
ReplyDeletekdg kdg kite tgk dosa zina tuh macam besar sgt padahal dosa tinggalkan solat lebih besar.
tapi bile org tinggalkan solat tak kene pape pon tapi kalo org berzina, kecoh satu dunia.
hmmm
entri menginsafkan (T_T)
ReplyDeleteadoi
@sofee-emmm...betul tue...kalau berzina leh lak masok paper...tp kalu xsemayang,xmasok lak...pelik2..ehehe
ReplyDelete@miss-erm....insaf2...im x perfect..:P