Main kutu. siapa yang tak pernah dengar permainan ini di negara kita. Permainan ini bukanlah permainan mencari kutu, ataupun bermain-main dengan kutu,tetapi permainan ini melibatkan dengan wang. Ok,aku akan menerangkan cara main kutu seba sedikit sebab aku dulu pun pernah main kutu dengan kawan-kawan,tapi masa sekolah dulu lah. Tak silap aku caranya dengan membentuk ahli sebanyak sekurang kurangnya 3 orang,kalau lebih lagi ok. kemudian tetapkan setiap minggu (biasanya) kena bayar sejumlah wang tunai,tapi masa dulu aku cuma bayar RM3 je kot dalam seminggu (lupa sudaaa..). semua wang setiap ahli akan dikutip dan disimpan oleh orang yang anjurkan permainan kutu ni (biasanya orang yang beramanah)
Kemudian bila cukup bulan,turn seorang ahli akan terima semua wang yang di'salurkan' kepada tabung duit kutu nih dalam tempoh sebulan, kemudian sebulan lagi turn orang lain pula yang akan terima sejumlah bayaran yang besar,dah berikutnya. ini beerti seseorang itu bila dapat duit kutu banyak2 boleh enjoy kot beli macam-macam..hehe..ada faham?? permainan ini memang ada beberapa kelebihan dan kekurangannya, seperti:
OK: mengeratkan silaturrahim sesama kawan.
KO: kalau tak bayar kutu,memang la akan berlakunya pegaduhan,bermasam muka,dan juga kena sound.
OK: satu cara simpanan tanpa interest.
KO: tapi bukannya cara simpanan yang terbaik sebab kalau simpan disini,korang takkan dapat terima faedah seperti simpan di bank. (updated: tapi bila simpan duit kat bank,dpt interest,itu kira riba kan? isk...)
enjoy sakan dengan duit kutu
Tapi bila aku terbaca surat khabar kosmo,terkejut gak bila mengetahui main kutu ni haram,tak kiralah individu ataupun syarikat termasuk aktiviti mengutip wang orang lain unuk membina rangkaian perniagaan. malah, Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya. "Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
petikan dari kosmo
Nah,akhirnya permainan ini diisytiharkan haram disisi undang undang. Tetapi yang hairannya kenapa lemah sangat penguatkuasaan undang-undang sehinggakan baru sekarang tahu bahawa permainan ini diharamkan walaupun sudah diwartakan sejak 1971. Tapi apapun baguslah akhirnya perkara ini didedahkan di akhbar. namun aku terkilan sedikit sebab permainan ini kalau dibuat kecil-kecilan,apa salahnya kan??? bukan main judi pun....tapi apapun undang-undang tetapi undang-undang,kena patuhi.
konklusinya,daripada main kutu,baik cari kutu kawan2 :P
bagi ain main kutu tu xharam..sebab jumlah duit yg kita bg = jumlah duit yang kita terima..xde riba' kat situ..
ReplyDeletederang heboh2 pasal main kutu ni..yang riba' berleluase tu xde plak derang kisah..xyah jauh..ptptn je..belum ape2 lagi dah naikkan interest..hurm..blum lagi interest umah..kete..dah berapa banyak dosa yang kita tggung sbb terlibat dengan riba'..
kalau main kutu dengan niat ikhlas apa salahnya. yang salah bila ada penyelewengan sahaja. jangan kerana beberapa orang yang buat, yang lain pun kena sekali.
ReplyDeletesalam. nk komen sikit sekadar berkongsi.. aku penah dgr gak sebelum ni yg main kutu haram dan di samakan dgn riba'. sebab riba bukan shj berkaitan dgn lebihan bayaran yg diambil dari pinjaman atau perniagaan. tapi riba' turut ada dalam urusan yang sia-sia. dalam kitab2 muamalat arab khususnya dlm bab Riba', mereka menghukumkan pertukaran emas dgn emas yang sama jenis dan berat adalah haram dan dikira riba'. begitu juga antara beras dgn beras, tamar dgn tamar atau apa juga yg ada nilai ditukar dgn bnd yg sama. ia dikira riba juga dan hukumnya haram. krana ia sia2 dan x de faedah. mcm konsep duit kutu. kita urusniaga dgn wang yg sama dan kita dpt pon sama. x untung x rugi.
ReplyDeletetapi ade gak pndpat yg mengharuskan. tapi kene ada syarat iaitu tiada penipuan, gharar, dan mesti kena ada akad yang jelas. (sbb akad adalah rukun dalam setiap muamalat)
terpulang la nk ikut mana.
klu ikut undang2 mmg tetap salah walaupon syarak mengharuskan. mcm kes poligami tnpa kebenaran mahkamah, mengikut hukum syarak adalah sah, tapi undang2 masih belum sah selagi x daftar dan komfem kene hukuman.
so, secara senang, kita ambik mana yg mudah dan tidak menyusahkan hidup kita..
=)
owh ada perasan gak... memang ada orang main kutu.. kat sini... huhu ,
ReplyDeleteak pn penah jea maen kutu..atas niat maen laa kot..i can't tell knpe haram ekk..amount y kite byr sme jea ngan amount y kite dpt..^^,
ReplyDeletePoligami kena mintak izin isteri jugak..=P tetiba.. haha...
ReplyDeletesaya tak pernah main.. tapi saya pon sangsi juak benda yang melibatkan duit ni..
haha,,
ReplyDeleteteringat masa skowla men..
minat glew kowt men kutu..
skung dah stop..
aku pernah main kot masa kecik.. aku rasa kutu ni xsalah.. bkn berjudi..
ReplyDeleteni semua duit kita jugak dpt balik.. cuma just dpt lambat atau cepat jer..
judi tu makin teruk kat negara kita sampai bola sepak pun bleh diperjudikn..
dulu mase skul2 pon pernh main kutu,,ngee...cam ada kutu kt kepala lak ase,,lalala :P
ReplyDeletebaru tau haram..
ReplyDeletepakal jew baru men sekali..
aik ! !
hee~~
Erm..
ReplyDeleteKutu dgn hoi tu sama la kot..
Kat tmpt aku ni org ckp main hoi..
Bla aku bc keterangan psl kutu ni mcm lebih kurang je..
So, haram gak la?
Erk..
Pada aku ok je..
~lalalala..
salam
ReplyDeletemana ada haram...
perbuatan selewengkn wang tu haram.
selagi ia bwa kebaikan, haram ker?
x kn...
hehehe...
yaty pun pernah main kutu...sebenarnya camni,kalo nak main kutu tu boleh,tapi kena ajak teman2 yang dipercayai...sama2 jujur dlm nak main kutu barulah tak ada gaduh2 ,masam2 muka...=]
ReplyDeleteadeh baik simpan duit sndri kt bank lgi slmat..bulan2 kena g bank ..heee
ReplyDeletehmm..aku xrasa kalo maen biasa2 tu haram..
ReplyDeletemaybe nih sbb a person, registered a company with CCM then their core business is "main kutu" nih.. sbb tu r yg haram..
kalo geng2 kita, nirmal ja kot..tmbh kt tmpat keja ak nih, staf2 maen je.. my mum also joined at her work place..hehe..
teringat gak, men masa skolah rendah, sehari 20sen, dpt sminggu sekali..
rm1.00 dulu, mcm2 bleh beli~
jom tgk setem 60sen lak kat blog Fiq~
dulu kwn aku ada ajak main kutu gak tp aku x reti bab2 main kutuk ni
ReplyDeletesalam nas,
ReplyDeleteberkenaan coin tu kena tgk komposisi dia ape.
Jika gold n silver kena lihat harga semasa didarab dgn beratnya+nilai esteikanya sempena apa.
Duit coin tu akn jdi berlipat kali ganda lgi jika pembuatan/tempaan nyer terhad.
contohnya coin gold tu.
pasal kutu pulak, x de pula sab baca kosmo hri rabu...tpi mcm pelik kn haram...kena tny ilmuan agama nih...hairan...mgkn di kosmo merujuk kpd kes tersebut yg dftr syarikat n ada seleweng...x pasti pula Sab akn hal ni.
wallahualam...
pada aku,main kutu ni tak salah pun..yg jadi salah dan bermasalah kalau ada pihak yang mengambil keuntungan dalam main kutu ni..
ReplyDeleteaku tengok ada je lagi yang duk main kutu..
salam,
ReplyDeleteade gak main kutu ni...tapi tak sangka plak ade org yang sanggup salah gune duit kutu ni....haish...x baek tau wat camtu..kan dah masuk mahkamah .....
tu la haram upenye. haha. kuar kt paper aritu. lawl. adoi. men kutu gk dlu. kutu bek pnya. hahaha :P
ReplyDeleteaku pena men kutu nie...waktu skula rndah..hahah...lgh best lau dpt yg last skali...berbaloi..hahha
ReplyDeleteMain kutu memang salah dari segi undang-undang kovensional tapi kalau tak main kutu macamana nak bayau duit road tax motor, kereta dan sebagainya. Setakat amount kecik takpe kot tapi law is law what to do yang mangsa pemain kutu secara kecil-kecilan
ReplyDeleteingat mufti yang mengatakan haram... rupanye undang2 je yang kata haram!!!... ala sebenarnya aku rasa laaaa... ini disebabkan org x melabur kat bank tu sebab dia org keluarkan isu nie... klu masuk bank dia org dpt la faedahnye.. cth wang operasi dll... cas ini cas itu ish3 :) ini just pendapat aku je laaa
ReplyDelete